Tuesday, June 07, 2011

Lauk pelik dan eksotik

Perkara yang aku suka setiap kali pergi buat job untuk majlis perkahwinan adalah, 'makan'. Siapa tak suka makan ye tak. Kalau wedding belah-belah KL ni aku tak heran sangat dengan makanan dia. Semua lauk pauk yang dihidang hampir sama. Tak kira la buffet, dome or set.

Tapi kalau wedding tu buat kat kawasan kampung, fuhh aku memang look forward sesangat. Jangan memain tau, walaupun aku nih kurus keding, selera aku besau.. huahuahua

Tapi ikut tempat jugak laa. Tak semua kawasan luar bandar yang hidang lauk pauk tradisional. Orang kampung sekarang pun dah advance ngko. Derang pun dah pandai guna khidmat katering.

Ada sekali tu masa kat Bahau, Negeri Sembilan, tuan rumah pengantin hidang nasi pulut dengan sambal petai dan gulai nangka. Tak masuk sangat lah dengan selera, tapi dek kerana aku agak kebulur taim tu, telan saja lah.. hihi. Lupa lak nak snap gambau.



Yang dalam gambau atas nih lauk yang diperbuat dari kulit lembu. Seriyes ok. Kulit. Memula tu aku cam geli nak makan. Tapi bila makcik sebelah cakap sedappp. Aku try amik sesudu. Pastu amik ngko, aku amik pinggan kosong bubuh lauk tu sesaja. Menghadap sengsorang. Oh sedappppp gilaaaaa! Rasa dia kenyal tapi lembut. Macam jelly. Kata makcik yang duduk semeja dengan aku tu, lauk kulit lembu nih eksklusif or eksotik hihi. Kulit lembu nih akan dijemur selama setahun sebelum boleh dimasak. Cara memasak pulak, kulit lembu tadi akan direbus sampai lembut pastu dikikis bahagian kulit luar dan putong kecil-kecil. Sedap dimasak gulai cilipadi. Try search resipi kulit lembu kat internet, ada kut. Aku makan lauk nih masa wedding client kat Sekinchan, Selangor.




Yang nih pulak desert yang dibuat dari sagu (rasanyalah). Dalam dia ada inti kacang hijau. Sedap gila bila dimakan dengan santan camtu.. ohh! Cari kat hotel pun tak jumpa beb! Aku makan mender nih kat rumah client area Keramat. Home made. Family client aku nih orang Kelantan.



Ada lagi lauk pauk yang pelik dan sedapp kat Malaysia kita nih. Nanti aku nak buat entry setiap lauk-pauk perkahwinan yang best pastu upload kat sini :)



3 comments:

Biqque said...

i suka kulit ayam! so i rasa kulit lembu bleh on kot :D

imal's said...

so far tak penah mkn lg kulit lembu. kalu jumoa resepi share la ye.

chik star said...

hi,
as salam..

hihi,
sye pon pernah makan kulit lembu. die kenyal dan macam rangup2 sikit.
eyh yeke. ssh la nk digambarkan. :DD