Julai dah tiba. Meaning, birthday aku is just around the corner: sila sediakan hadiah.. Huhu mati la kau. Apa glamer sangat kah sampai ada yang nak hantar hadiah? Orang sekarang just kasi wish je. Itu pun thru facebook (sebab sms adalah melibatkan kos - seposen pun berkira ok)..huahua.
Selalunya, bulan Julai adalah bulan yang buat aku bersemangat. Tapi in realiti, starting 1st of July, Irwan last day (colleague aku yang nak berhenti tu). Semakin berkurang geng piket cum geng sesi terapi anger-management. Untuk Irwan, selamat menjalani ketenangan yang hakiki.
Pagi nih pepagi buta aku kena sound dengan Madam-Perfect, "Do you know that you can not wear sport shoes during office hour?! Its wrong you know. Its against the dress code approved by the Bank. Bla bla bla"... Kamon lah, office hour start at 8.45 am. Ada lagi 10 minit ok. Gua baru sampai beb.
Hampir mendidih gelodak darah muda aku nih. Dah la aku penat berjalan dari LRT Plaza Rakyat ke tingkat dua puluh xxxx ofis nih. Nak duduk pun tak sempat lagi ni. Ringan je mulut aku nak menjawap. Tapi, nasib baik aku dibesarkan dalam persekitaran yang menitip beratkan sikap hormat pada warga tua. Aku senyum je lah. Malas nak layan. Bila dia dah start nak sambung balik tazkirah pagi Rabu, terus aku potong, "Saya ada kasut spare bawah meja". Senyap dia.
Whoosaaa.. whoosaaa.. (tengah meditate - anger management)
Kasut aku pegi ofis
Kasut yang memang sentiasa aku tinggalkan dalam ofis
2 comments:
pakai kasut trekking gi keje sbb nk training kan... ckp je kat macik tu ... kasut aku lg mhl dr kasut gombak ko lah.
hahaha...bagus pakai sport shoes, tak sakit belakang...
Post a Comment