KENGKAWAN

Friday, July 06, 2012

Bila aku

Bila aku cakap aku nak pergi mendaki gunung, dia kata, "Tak kisah awak nak pergi gunung mana pun, saya sanggup temankan."

Bila dia dengar suara aku tak bersemangat dalam phone, dia offer "Saya balik temankan awak malam ni ya"

Bila aku marah dan membebel, dia cuma diam dan tunggu hingga marah aku reda. Tak pernah sekalipun dia tinggalkan aku.

Bila aku nakkan sesuatu, dia akan letak tepi semua keutamaan dia dan focus tentang kemahuan aku.

Bila aku keluar dengan kawan-kawan, dia letakkan sepenuh kepercayaan pada aku. 

Bila aku buat plan gila, dia orang pertama yang up for it. Walaupun plan tu mostly tak masuk akal.

Bila aku perlukan masa diri sendiri, dia takkan ganggu aku dan takkan bagi apa-apa pun interrupt  aku.

Bila dia tahu kelemahan aku, dia akan buat tak nampak. Pada mata dia aku terlalu sempurna.


Dan setiap kali aku mencari kesempurnaan, aku akan fikir, akan ada ke lelaki lain yang mampu bertahan dan layan aku seikhlas ini?

Jawapan aku, "Takkan ada".

Untuk itu, aku perlu setia.. hanya untuk dia.



2 comments:

zamrita said...

beruntungnya dapat hubby sebaik hubby puan..huhuh..harp suatu ari nti saya pun dpt seperti itu...

JaSmIn said...

romantiknya kak!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...