Bulan puasa ni memang agak tough la bagi aku sebab sepanjang kami kahwin, ni lah first time aku just dapat berbuka dengan dia taim wiken je. Sedih beb.
Selalu tu dalam bulan puasa ada banyak mender aku buat dengan Mamoru, e.g.,
- Jenjalan kat pasar ramadhan. Kengkadang tu bukan sebab nak beli makanan sangat, tapi sebab nak amik mood time bulan puasa. Suka tengok orang gegamai beli lauk pauk untuk berbuka (Ramadhan kali ni, belum pernah sekalipun aku jejakkan kaki ke mana-mana pasar ramadhan. Takde mood nak gi sengsorang)
- Jenjalan taim malam semata nak tengok lampu ketupat yang besar-besar sepanjang jalan kat KL. Kengkadang tu sampai dua tiga kali aku suruh Mamoru drive pusing kat tempat yang sama semata-mata sebab suka tengok lampu ketupat tu.. haha. Serius.
- Jenjalan kat mall yang buat decoration rumah mini traditional sempena raya. Tengok shopping kompleks mana yang buat deco raya tercantik.
- Jenjalan gi sahur kat luar atau berbuka kat luar
Anw, layankan movie raya kat bawah ni. Cerita lama, lawak bodo-bodo tapi aku suka tengok. Cerita ni keluar tv taim raya masa umur aku 16 tahun :)
Multiply user sila klik sini: http://www.youtube.com/watch?v=sQO4X3jCHPw&feature=player_embedded
No comments:
Post a Comment