Monday, July 23, 2012

Wiken yang hebat!

Hari pertama berbuka spend kat kampung Kuala Selangor dengan the in-laws. Aku yang baru baik dari demam dengan bersemangatnya telah berjaya memasak 5 jenis juadah seorang diri for the family (dengan bantuan cik abang sayang la kan): Rendang Cendawan Raja, Siput sedut campur pucuk ubi, sambal ikan kembung, pekasam ikan tenggiri & Bubur kacang hijau campur durian. Aku masak non-stop dari pukul 12 tengahari tau. Tu tak termasuk aku masak lauk sup untuk hidangan putera-putera comel lagi. Fuhh..


Untuk juadah puasa hari kedua pulak aku just masak Siakap ala Thai & Siakap kukus 3 rasa. Sikit je sebab derang buat BBQ ayam.


Paling best, semua lauk yang aku masak licin taim berbuka (walaupun aku masak untuk kuantiti yang besar). Licin. Bersih. Nak bawak ke sahur pun tak sempat.. hihihi. Suka dengar orang puji masakan kita sedap. Siap suruh buat lagi. Tapi nanti lah dulu. Next week turn berbuka di Melaka pulak :)  


Salah satu menu untuk berbuka yang aku masak aku ambil dari blog Che Mat Gebu (CMG): Rendang Cendawan Raja (yang aku dah alter coz masukkan ayam sekali sebab Mamoru tak makan cendawan)


Sebelum balik dari Kuala Selangor semalam, aku sempat singgah pasar pasir penambang beli stok sotong, ikan, udang, sayur mayur segala. Not sure macam mana aku nak cope memasak bila balik keje nanti. Tapi aku cuba gak lah. Plan nak ajak adik-beradik datang berbuka sini sebab Mamoru takde. Nak berbuka sensorang macam sedihh je :(


Layan je la gambar kat bawah:




Bebahan mentah: Cendawan raja (aku pilih baby king mushroom - comei sikit bentuknya). Pucuk ubi tu aku simpul ikut teknik dari blog CMG juga. Tapi resipi aku buat sendiri.



Ni la hasilnya. Rendang cendawan raja campur ayam. Sedap gila. Sila google blog CMG untuk resepi asal sebab aku dah banyak alter ikut anak tekak sendiri hihihi











Siput sedut dengan pucuk ubi simpul. Ngam-ngam tinggal sepiring je taim sahur. Kalau tak, mau aku sahur makan nasi dengan kicap je hihi.


Bubur kacang durian yang aku buat sepenuhnya guna gula Melaka asli!! Masak seperiuk besau. Tapi aku just sempat rasa sepiring je taim berbuka. Pastu habis licin semua.. huhuhu


Sambal ikan kembung fav Mamoru :)


Hidang gegamai sementara tunggu Maghrib
Siakap ala Thai. Aku masak 2 ekor. Yang tinggal just kepala dan ekor. Tulang pun lesappp.. huhuhu


Siakap 3 rasa. Pun licin taim berbuka :)


Berbuka hari ke-2

2 comments:

Biqque said...

ha lama dah u tak post pasal masakan :D bestnyer ramai2!

Miss B said...

superb arr akak aku..ngeh3.. len kali bley berbuka kat rumah kau. Hikhik..next wik hokeh!! masak sodap2 gini tahu!! :)