Wednesday, July 18, 2012

Sambung cuti lagi

Baru sampai rumah. Pekena megi mee sambil reply email Makeupfreak. 


Tadi masa kat PHKL (Pantai Hospital), aku buat lung test. Ada improvement sikit. Doctor kata aku punya recovery sangat impressive. Tapi belum sampai tahap 'Fantastic'. Sebab kalau tengok dari result test, supposed aku reach 86% tapi tadi just 68% sahajor. So, aku kena repeat test yang sama dalam masa 6 minggu lagi. Meaning to say, no outdoor xtvt for the next 6 weeks lah kan. Taper, I'll survive that. Dan Doc sambung lagi aku punya cuti (home rest) untuk 2 hari lagi. Next week laa baru aku masuk keje semula :)


Balik dari PHKL, aku straight ke HUKM. Melawat cousin Mamoru. Nak beli buah tangan tak sempat, aku just beli 1901 Hotdogs dengan Coco Cappucino dari Starbucks (itu je yang aku sempat grab kat PHKL).


Masa aku sampai kat wad 1B,Kak Nor still tidur lagi. Dia baru lepas buat biopsi. Ekceli aku dengan Kak Nor takde lah rapat sangat. Aku bukannya pandai nak berborak panjang dengan sedara-sedara sendiri. Sedara orang apatah lagi kan. Tapi, dalam Islam ada tulis, once kau kahwin dengan suami kau, kau kena sayang sedara mara dia sama seperti sedara mara sendiri. 


Memula nak start conversation memang agak memalu kucing. Dah la Kak Nor macam tak larat nak bercakap, lagik la keras aku jadinya. Tapi pastu ok sikit. Borak punya borak sampai Pak Guard datang halau aku keluar. Waktu melawat dah habis katanya. Over kan aku. Kata pemalu bagai tapi bila tang borak, tak hingat donia sampai ada orang kena stop kan.


Rasanya, lama lagi kak Nor kena tahan kat HUKM. Jumaat ni dia ada MRI. Harap keputusan test dia negatif dan dia boleh balik sambut first puasa kat kampung. 


Ya Allah, selamatkan Kak Nor. Panjangkan lah umur dia. Berilah dia peluang untuk hidup lebih lama di bumi mu ya Tuhan. Amin.


Ok lah. nak makan megi cecepat. Pastu nak masak Ketam masak lemak cili api & sup leher ayam. Incik Mamoru jangan kelioq ya. Weekend ni aD masak special untuk bb :)

No comments: