KENGKAWAN

Thursday, September 20, 2012

Day 2 : XPDC Gunung Batu Puteh

Hari kedua pendakian.

Kak Syida dan makcik dapur yang lain dah siap bekalkan nasik berlauk untuk dibawa sebagai lunch-pack. Sebelum bertolak, memasing dah sarapan meehoon sedap.

Tepat pukul 8.00 hujan turun lebat gila. Serrjukkkk. 8.30 pagi kami start mendaki.

Bergambar sebelum mulakan pendakian ke puncak. Hujan lebat gila taim ni. Tapi memasing tetap bersemangat. Nasib baik lepas setengah jam, hujan reda dan renyai je. So, pakat redah aje lah.
45 minit mendaki kami sampai ke puncak view ni. Lupa lah apa nama puncak gunung yang Mamoru tunjuk tu.

Bergambar kat puncak view. Nampak gunung ganang kat belakang tu? Itu la trek yang kena kami tempuh.

Mamoru berlatarbelakangkan gunung Kak. Teringin nak panjat gunung ni tapi peralatan tak cukup. Batu kat puncak dia tegak dan curam, kata Sham. Takper, next time k.

Take 5 kat last water point sebelum puncak. Sham cakap view kat last water point cantik. Tapi takdenya aku nak turun ke bawah sinun. Kalau 7 tahun dulu, maybe lah kan. Masa darah tengah muda. Eager nak explore sini sana. Bila dah umur dah camni, sampai puncak tu pun dah cukup baik.

Tepat pukul 12 tengahari sampai Puncak gunung Batu Puteh. Aku orang yang ke empat sampai puncak selepas Sham, Sorang trekkers Cina (team lain) & Mamoru

Me & Sham. Tak sangka dah 7 tahun aku kenal mamat ni. Dia lah yang kenalkan aku dengan dunia pendakian sampai aku tak boleh stop sekarang ni.


Kawasan puncak gunung yang sanggattt luas. Team nenek kebayan tidur puncak masa hari ke dua. Kami just lepak gua Azan je dengan satu lagi team Cina

Dengan kekasih hati beta

Me pakai baju hujan kat puncak nak cover serjukkkk

Lepak + minum + menyengal

Dengan bendera sempena hari Malaysia pada hari ini

Pose lagik dengan cik Abe

Cinta membawa kami ke sini :)

Ni part yang best malam tu. Sesi suai kenal sambil membahan orang. Sangat enjoy dan seronok. Team yang happening. Aku sampai boleh hafal nama semua 30 orang yang pegi ni tau.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...