Minggu ni satu kompeni bz dengan budget planning untuk next financial
year. Dari Isnin sampai Rabu semalam keje aku asyik keluar masuk
meeting aje. Bz wei. Jangan kata nak update blog, nak pegi lunch pun
tak sempat.
Hari ni final submission. Bagus. Pasnih boleh pegi keje tanpa perlu
fikir pasal nombor macam orang gila. ~oh, in second thought, belum
boleh rilek bebetul lagi. Ada satu projek paper kena kejar dateline.
Paper tough pulak tu. Boss dah bagi hint suruh siapkan cepat ~ok,
sila pengsan sekarang.
Esok aku amik cuti half day. Ada follow-up medical check-up kat
Hospital Pantai, Bangsar belah pagi (kes Bronchiectasis aritu).
Ikutkan hati nak amik cuti sehari terus je. Aku bukan gemar amik cuti
sekerat-sekerat ni. Buang masa. Tapi adoiyaii keje banyak ler. Nak
tanak kena masuk ofis gak. Haih.
Takper, yang penting esok, adalah result medical check-up. Harap
doktor bagi good news coz esok adalah penentu sama ada aku dah boleh
start mendaki gunung semula atau kena sambung cuti rehat lagi.
~ Praying for the good news sebab aku dah buat half payment untuk trip
mendaki gunung Batu Puteh kat Perak minggu depan! Dasar tak menyempat
kan ~huhuhuhuhu.
Tak tau lah badan fit ke tak nih. Last aku naik gunung was like a year
ago (Korbu-Gayong in July 2011). Gasak ler nak treneng dalam masa
seminggu ni. Nak wat camner kan. Bila umur dah veteran ni, naik gunung
setahun sekali je. Itu pun, sekadar nak lepas rindu.
Tapi trip ini adalah rahsia ok. Rahsia dari certain people (especially
dari ofismate, boss and ayah aku). Buat geng ofimate yang ada terlepas
baca blog aku, "Kalau hangpa bagi tau kat orang lain pasai trip gunung
ni, aku tanak kawan hangpa sumer."
No comments:
Post a Comment