KENGKAWAN

Friday, September 21, 2012

Rindu nak pregnant lagi

Ariff sekarang sangat sweet dan prihatin.

Setiapkali aku masuk lif, aku akan make sure Ariff & Amarr masuk dulu
sementara aku berdiri kat tetengah pintu lif (tahan pintu in case
tertutup). Tapi sekarang, Ariff akan tarik tangan aku sambil masuk
lift sebab dia tersangat takut kalau pintu lif tu sepit aku.

"Mummy hurry up! Nanti sakit"

Pastu bila nampak aku sakit atau ada luka kat badan aku dia akan
cecepat cakap, "Mummy makan ubat". Sampai luka bekas kena gigit pacat
kat kaki aku pun dia beriya ambilk kain balutkan.

Dan setiap kali Ariff terlanggar Amarr atau buat aku marah, dia akan
cecepat cakap "Sorry"..

Awww..

Amarr pulak sangat manja. Suka buli abang Ariff.

Tapi protective macam abang dia juga. Sangat risau kalau apa-apa jadi
kat mummy dia.

Amarr tak pandai bercakap lagi. Antara word yang dia tahu, "mummy,
daddy, nak, nasi, aiskim, takut, ABC sampai Z, 123 sampai 10.

Sejuk perut tengok anak-anak membesar. InsyaAllah, kalau ada rezeki,
aku teringin nak tambah sorang lagi dalam tempoh setahun dua nih :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...