KENGKAWAN

Monday, May 06, 2013

Demam pilihanraya di puncak Bukit Tabur

Ngantukyerr.. berjaga sampai pukul 3.00 pagi duk tunggu result pilihanraya. Result, as expected. Lega rasanya bila pilihanraya dah habis. Kalau tak, sakit hati je tengok orang tua berkempen, bergaduh macam budak kecik. Tak matang langsung. Kalau bagi ceramah, mesti nak terjerit pekik keluar anak tekak sampai apa yang dicakapkan pun aku tak faham. Haih. Perlu ke? Pastih, sila kira balik berapa kos yang dah keluar sebab PRU13 nih eh.. esp bab advertisement berkaler penuh ber-page-page yang duk keluar paper setiap hari. Membazir. Sangat membazir. 

Anw, aku cuti arinih. Cuti atas inisiatif sendiri. Saja apply AL. Aku dah agak, tak mungkin gomen kasi cuti arinih. Derang memang saja buat hari mengundi hari Ahad. So that korang boleh bersusah payah balik kampung jejauh pastu berkejar bagai nak gila balik KL layan jem dan bekerja esoknya.. huhuhu. Kalau kedekut nak kasi cuti, buat lah hari mengundi hari Sabtu. At least orang rilek sikit nak bergerak ke mana-mana. Haih.

Dah stop. 

Layan je lah trip berkempen kat puncak bukit tabur. Tak sangka geng yang naik semua berlainan fahaman politik tapi seee... we dont act like kids like some of our friends yang beria cakap debuk debak tapi tak pernah mengundi walau umur dah 40 lebih.. ish ish ish. Aku start dari aku boleh mengundi masa umur 22 tahun dulu, sampai sekarang never fail tau.


Layan trekking pukul 3 pagi. Ikut jalan short cut. Setengah jam dah sampai puncak wehuuuu..

Ekceli plan nak naik awal. Tapi aku tertido pulak masa tidokan the kids. Hampunnnn geng.. lama gila korang tunggu kan... tskkkk

Jalan short cut nih takde view. Takde angin. Takde apa-apa yang interesting la. Cuma trek pacak je.. huhuhu. Tapi nak cepat punya pasal, layankan je..

Kejap je dah sampai kawadan dinding batu ni. Tapi hazabbb layan pacak, sampai memasing tak bersuara.

View KL dari puncak.

Almost there.

Sekali kat puncak ada satu team pacak khemah.. Terpaksa lah cari port bawah sikit untuk landing

Tido tipu-tipu. Ekceli aku tak boleh tido langsung. Agas banyak gila kot. Ubat nyamuk lupa bawakk huwaaaa... Memang silap lah kan.

Terpaksa buat unggun api untuk halau agas. Thanks to Mamoru for the unggun api hihihi

View bulan. Hmm.. still tak pro lagi. Next time nak try lagi

View KL dari puncak

Bila dah tak boleh tido, snap gambar je la kejenya

Opss termasuk gambar Afzan tengah cari kayu api

Lumut kat puncak

Pagi kat puncak..

Layan subuh








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...