Tuesday, May 14, 2013

Blackout

Semalam memang hari yang tough.

Dah la takde suara. Demam lite-lite. Tapi tahan tanak amik MC.

Dekat nak pukul 5 petang tewas jugak akhirnya. Terus terkulai depan pc sampai boss aku naik risau. Banyak kali dia tanya , you ok tak ni? 

Aku angguk je lah. Bagi signal aku nak tido kejap kat atas meja tu. Nak cakap takde suara kan.. Boss aku punyalah risau. Dia takut aku tertido dalam ofis sampai ke malam.. haha. Boleh jadi jugak sebab aku dah totally lembik. Kepala berat gila.

Aku terjaga semula bila jam dah pukul 6.30 petang. Boss aku still tak balik lagi. Dia tunggu aku kot. Takut sangat aku pengsan tak bangun-bangun.. huhuhu. 

Aku paling takut dengan demam nih tau. Kalau aku demam, siapa nak jaga Ariff & Amarr? Mamoru jauh. Walaupun dia willing je nak berulang-alik dari Melaka, tapi aku tak suka. Not worth the anxiety. Aku lebih risaukan dia yang penat nak drive jejauh nanti.

Selagi boleh, aku tanak dia risau. Tapi aku update jugak lah situation aku (without details of course - tanak dia risau).

Anak-anak memang penawar yang luar biasa kan? By time aku nampak muka Ariff & Amarr yang tersenyum depan pintu BBIM, aku terus lupa sakit kepala ni. Magic.

Dan Tuhan memang takkan bagi dugaan yang kita tak mampu nak tanggung.

Sampai depan pintu rumah, Amarr dah terlena atas bahu aku. Ariff pulak lepas minum susu sebotol dah terlelap depan tv. Aku angkat bawak masuk dalam bilik. Padahal jam taim tu baru pukul 8 malam. Senang sikit mummy malam ni. Boleh la terlantar hina sambil berehat menunggu sakit ni hilang.

But then again, tak semua yang senang tu senang. 

Pukul 8.30 malam letrik takde. huwaaaa.... dah rumah aku ni apartment ja. Kalau takde letrik adelah sangat hazab oke. Panas. 

Masa letrik terpadam, aku ada dengat bunyi kat dalam power distribution box. Aku bajet ada suis yang tertendang ke haper.

Dalam sakit kepala tu, gagah jugak lah aku mencari headlamp. Jumpa dua tiga headlamp dalam drawer barang-barang outdoor. Tapi hampeh. Semua bateri dah kaputt.. Selongkar punya selongkar, jumpa torchlight. Tak terang, tapi okey lah dari takde. Aku guna torchlight tu untuk cari lantern dalam store room. 

Jumpa. Terang benderang sekejap rumah nih dengan cahaya lantern.

Pastu bab nak betulkan suis dalam Power Box. Haih. Bila dah duduk sengsorang ni, aku kena multitasking. Bukan setakat jadi mummy ja. Kena jadi Plumber dan Electrician sekali. Hebat kan aku?

Memula bukak box ni, aku perasan ada satu suis ter-off. Try on kan balik. Tapi nan ado apa-apa berlaku pun. Aku off kan semua, pastu on balik. Pun takde apa-apa jadi. Berpeluh ketiak memanjat dinding dalam gelap. Sekejap-sekejap kang, aku lari pegi kipas-kipas Amarr dengan Ariff. berpeluh derang tido sebab aircond tak jalan. Ubat nyamuk letrik pun terpadam. Pegi geledah barang outdoor lagi - cari ubat nyamuk pulak. Bakar ubat nyamuk dalam mestin ja sebab tak jumpa kaki dia huhuhuhu. 






Pastu pegi check semua plug point. Cabut semuanya. Pegi balik on dan off Power Box... Sempat aku google guna henfon cecara nak betulkan Power Box. Baca tentang wayar neutral, wayar bumi, etc. Ahh.. mengong sekejap. Ini semua subjek masa kemahiran hidup form 3 dulu.. huwaaa.. pening.

Last-last aku give up. Terpaksa call Mamoru, mengadu.. tskkk.. Mamoru ni bukan boleh, dia dah start enjin balik KL. Aku tak bagi. Berkeras tak kasi dia balik.

Call adik lelaki aku yang no.3. Dia datang bawak test pen. Godek-godek power box. Pun tak jalan. 

Call TNB. Technician TNB datang tapi tak boleh cek sebab takde kunci ke power room. Lerrrrr... apa pun tak boleh. Last-last dia balik camtu je.

Try contact management mintak kunci power room. Rupanya ada kat guard house ja kuncinya. Hawau. Last-last, guard kat bawah ni volunteer nak betulkan. Dan malam tadi, bukan rumah aku je yang bergelap. Ada satu rumah lagi yang senasib. 

Adik aku cakap, fius kat bawah terbakar. Kena suruh management tukar. 

Dekat nak tengah malam adik aku balik rumah dia. Dan dekat nak tengah malam jugak baru ada letrik semula. 

Haih.

Subuh ni bangun, aku tertido atas sofa - precisely, atas timbunan baju yang belum berlipat atas sofa. Penat gila. Terus decide MC. Tak larat.

Anw, MC pun belum tentu boleh rehat sepenuhnya. Nak gi management office kat bawah rumah ni. Nak suruh tukar fius terbakar malam tadi. Dan kejap lagi nak gi klinik. Pastu nak gi beli groceries. Stok nuggets, telur, sosej untuk the kids dah habis. Stok barang basah pun dah yilek.

Life seorang mummy tak semuanya mudah. Tapi takper, sebab life seorang mummy adalah sangat indah.



1 comment:

WNA said...

Go Mummy Go!