Korang penah makan bejah? Or dengar tentang resepi bejah? Aku try search kat internet. Jumpa version yang sangattt lain dari apa yang nenek aku buat.
Bejah ni masakan berasaskan kunyit hidup semata. Yer, sila bayangkan korang kupas kunyit hidup dan kunyah camtu je.. hihihih. Tapi, takde lah camtu sekali. Bejah ni makanan orang kat kampung aku. Makanan yang sangat popular dikalangan orang berpantang lepas bersalin.
Tapi kat kampung aku, bukan orang pompuan bersalin je makan bejah ni. Orang lelaki pun makan bejah. Hehari makan pun takpe. Sedapp katanya.. Dari aku kecik sampai aku besar aku tengok nenek makan bejah. Bapak sedara aku semua rebut-rebut ceduk bejah taim makan. Tengok cara derang makan memang macam menyelerakan. Taim sahur bulan puasa kalau letak bejah atas meja boleh terus segar mata memasing tau.. hihihihi
Aku sebenarnya baru je jadi peminat makanan bejah nih. Dulu aku tak suka. Pada aku dulu, gila apa nak makan kunyit hidup. Jangankan nak makan, nak cium bau lauk bejah pun aku tak sanggup beb.
Semuanya start masa aku berpantang lepas lahirkan Amarr. Nenek buatkan bejah untuk aku. Ekceli, dulu masa first berpantang lepas lahirkan Ariff, nenek ada jugak buatkan bejah. Tapi tekak aku masih belum terima untuk makan mender alah nih.
Masa kali kedua berpantang baru aku try makan bejah. Memula tu just makan main cubit-cubit je. Esoknya, fuhhhh... aku sorang je yang hadap bejah ni.. hhuhuhuhuhuhu. Bejah sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan masin tau. Baru feel.....
Dan sekarang, aku sangat suka makan bejah. Rasa dia? Tak rasa pahit / maung pun. Kalau kunyah kunyit yang kasar sikit tu rasa macam makan keropok. Rangup.. hihihi. Maybe sebab kunyit tu terendam dengan cuka.
Banyak khasiat makan bejah (kunyit). Google je lah. Kunyit baik untuk kesihatan. Kita selalu makan kunyit yang dah diproses jadi serbuk (memang nan haado la khasiat dia kan). Pada yang nak try makan bejah ni, aku share kan resepi turun-temurun nenek pada korang. Aku belajar dari nenek masa berpantang aritu.
Nenek aku kalau taim anak cucu dia balik, dia suka anak cucu dia duduk dapur temankan dia masak. Bukan teman kosong. Sambil teman tu, nenek akan ajar resepi dia. Tapi bukan secara directlah. Kena bertanya. Nenek takkan cerita kalau anak cucu tak minat. Kalau rajin tanya, memang nenek cerita sampai habis. Petua-petui semua dia keluarkan.
Orang kampung aku cakap nenek susah nak share resepi dia dengan orang lain. Tataw naper.. maybe resepi dia khas untuk anak cucu jer.. hihihi. Tapi aku suka je share semua yang aku dapat kat sini :)
Bebahan nak buat bejah:
- Kunyit muda yang fresh (aku guna setengah kilo hihihihi.. buat stok bebanyak)
- Lada hitam (dua genggam - tangan aku kecik hihihihi. Ikut suka nak banyak mana)
- Bawang merah kecil (5 buji - lumatkan)
- Bawang putih (5 ulas - lumatkan)
- Ikan bilis (dua genggam - lumatkan. TAPI kat sini aku tak campur ikan bilis sebab aku tak suka hihihihi)
- Cuka masakan
- Garam secubit
Nih plak, lada hitam yang dah dihancurkan guna lesung dan campuran bawang putih dan merah yang dah lumat. |
Camnih tumbuk kunyit guna lesung. Tumbuk sikit-sikit. Tapi jangan sampat lumat. Biar kasar-kasar sikit. |
Rupa kunyit yang dah ditumbuk. Lepas tumbuk, kena perah keluarkan air kunyit. Macam perah santan kelapa. Tujuannya, nak elak dari rasa maung dari kunyit nih. |
Kunyit yang dah diperah tadi, kita rendamkan dengan cuka masakan. Bubuh cuka sampai paras-paras dengan kunyit. |
Pastu masukkan lada hitam dan bawang yang dah ditumbuk tadi |
Gaul sampai rata. Masukkan secubit garam untuk tambah rasa :) |
1 comment:
ko kena bawa makanan ni masa camping bebila nanti ad.
Post a Comment