KENGKAWAN

Saturday, March 26, 2016

First comeback race tahun ni

Yey!

My first race in this year! First race after c-section delivery. And its a trail race. 12km. Tak agak2.

Highlander Bukit Kutu 12km. Best organizer! Definitely going to register for their 2nd Highlander series :)

Aku drive all alone dari KL ke KKB. Drive macam onggiler sebab bangun lambat. Start lari pun lambat. Orang dah 17 minit lari, aku baru hegeh2 nak park keta kat Kg Pertak.

Nyaris aku nak give up tanak lari sebab takutt. Aku dah la 2 bulan tak training. Baru baik demam lak tu.

Tapi semangat pagi tadi memang luar biasa tau. Mood pun happy sangat. Hepi dapat "me time".

Honestly aku tak tau performance badan macam mana. Belasah je lari. Agak2 tak larat kang DNF je lah. Apa susah kan kan kan.

Starting point start kat Balai Raya Kg Pertak. Pastu lari ke trail Lata Medang & patah balik ke simpang trail Bukit Kutu.

Sampai kat trail Lata Medang, semua orang dah start buat u-turn. Aku still last person masa kat sini. Tapi tak rasa tertekan pun sebab semua yang nampak aku kasi aku semangat. Happy!

Bila start masuk trail Bukit Kutu, aku dengan happynya pintas sorang demi sorang. Sampai kat kawasan Batu Besar, aku dah take over more than half of the participants. Double happy.

Masa lari turun Bukit Kutu, aku rasa enjoy sangat. In fact aku cheer semua orang yang aku jumpa.

Dah lama tak rasa camni. Enjoy buat xtvt yang aku suka!

Bila sampai finishing, orang kat registration counter tu terkejut tengok aku. Last person lari tapi manage habiskan race awal. Aku pun suprise aku boleh buat camtu. Finish strong & injury free. Maybe sebab aku dah biasa dengan trail kat situ kot.

I didn't win tho. Sokay. Pasnih kena training. Baru boleh podium.. haha.

Special thanks to Mamoru sebab bagi peluang untuk aku terus berlari & offer diri jaga kiddos & baby. Mamoru pandai handle EBM okay! Impressed.

Habis event, masuk dalam keta terus pump susu. Tetek bengkak uols.. haha. 5 jam tak pump.. tskk

Im so happy today! Happy dapat lari. Happy jumpa kawan lari. Miss them so much!

Muka ada vangga

With the girls kat Batu Besar

Really anjoy my race :)

Pose lagi & lagi

My my trail girls. Makan, gossip, plan for next trail run. Love them!

Food by organizer.. mewah gila.. ada sirap ais & cendol.. dapppp!

View dari atas jambatan kat sungai kg Pertak. Kering kontang.. dulu kat sini boleh buay water rafting tau. Sedih.

Carboloading session dengan Syah a night before race. Thanks sebab hantarkan race kit TMBT tahun lepas. Suka sangat baju Adidas tu :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...