KENGKAWAN

Thursday, April 21, 2016

Aleesya jatuh katil :(

Jadi masa pukul 7 pagi semalam. Masa aku tengah bersiap nak pergi keje.

Time tu tinggal aku dengan Aleesya je kat umah. Mamoru dah keluar gi keje. Ariff & Amarr dah gi sekolah masing2.

Tak tahu macam mana dia jatuh. Tau2 je dah terbaring meraung atas lantai. Punya lah banyak karpet & tilam keliling katil, dia pilih landing atas lantai jugak :(

Aku punya raung lagi dasyat. Panik ok. Cuainya aku.. banyak kali aku salahkan diri sendiri :(

Melalak2 aku angkat Aleesya. Baringkan semula atas katil. Cek satu badan dia kut2 luka lebam bengkak or sakit.

Tak ada kesan apa pun.

Aleesya nangis kejap je. Pastu dia tertidur. Aku je still tersedu-sedu sambil pack barang Aleesya. Nak bawak dia pi jumpa doctor. Decided amik emergency leave. Nak buat further checkup.

By time sampai klinik. Aleesya dah gelak2 & aktif macam biasa. Tapi doktor cakap better bawak pi hospital. Monitor 24 jam. Kalau Aleesya maintain aktif & takde vomit or anything, means Aleesya sihat.

Dan alhamdullilah. Aleesya takda vomit. Syukur sangat2. Alhamdullilah ya Allah. Alhamdulilah.

:)

Dah alang2 cuti. Singgah jalan2 Mid Valley.. hihi

Laparr.. dari pagi sampai petang tak makan berat. Lunch lewat petang kat teppanyaki.. dapp! Tenkiuu! xo :)

Note: Sepanjang hari ni Aleesya ok, sihat macam biasa. Semoga Aleesya sentiasa dilindungiNya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...