Thursday, April 28, 2016

Misi berlari

Nak tambah new mission lah (mission lagi?)

Haha

Err.. apa je eh mission yang aku dah list kat sini?

1. Mission makan nasi setiap kali breakfast, lunch & dinner untuk achive berat minimum 40kg (tengah berusaha.. tapi ada gak terrr-skip makan nasi time breakfast sebab lambat masuk ofis..huhu)

2. Mission Expressed Breast Milk 30oz per day sebelum bulan puasa (punnn tengah berusaha.. setakat ni masih 24oz lagi)

3. Mission travel negara2 jiran dalam tahun ni (flights confirmed - tinggal nak buat pasport untuk Ariff, Amarr & Aleesya)

Okay la tu. Semua mission ongoing. So, boleh tambah satu lagi mission kan kan kan..

Mission ke-empat adelah untuk achieve sub 4:30 dalam full marathon 42km!

Aku punya PB untuk full marathon: 5 jam 6 minit (that was two years ago.. huahuahua). Tapi kali ni nak try push limit diri sendiri. Nak cuba lari 42km dalam masa kurang dari 4 jam 30 minit.. gagagaga!

Next month ada Sundown full marathon 42km kat Singapore. Tapi yang ni takde la aku nak buat sub 4:30. Nak mampus, gila. Training pun takde. Sundown ni kira warm up je la.. amik mood (cewahh). Aku target buat PB masa kat Bali Marathon nanti.. *wink*

Wishlist sempena Mother's Day: 2XU MCS Elite Compressed Tight (Gold) - Ada sesiapa nak hadiahkan tak? Pwetty please with cherry on top! Tengok harga seluar tight ni RM700++ (kat The Garden) rasa nak nangis.. haha. Tapi kalau tak beli kang tak dapat sub 4.30 (ahaha.. takda kaitan.. uwaa).

No comments: