KENGKAWAN

Sunday, April 03, 2016

From Singapore with broken hearted

Dari semalam rasa berat hati nak lari kat sini.

Janji dengan adik perempuan no.6 nak pegi sama2. Aku register kan nama dia juga untuk race pagi ni.

Last minit, terpaksa gerak asing2.

Start dengan keta adik aku stranded kat imigration Singapore sampai pukul 2 pagi. And adik aku decide cancel run.

Aku pulak sorang2 gerak ke sini.

Dah rasa tak best dah time ni. Yelah, dalam kepala dah set nak gi berdua kan. Kalau awal2 gi sorang, confirm tak fikir apa time ni.

Aku sampai pukul 4.15am. Tunggu member yang tolong  collect race tickets untuk aku. Dia cakap dia belum keluar hotel. Tengah bersiap.

Sementara tunggu dia datang, aku gi tukar baju & pump susu.

Dekat pukul 5 pagi dia tak sampai2. Call & text takda reply.

Uwaa..

Sampai flag off pun tak nampak bayang dia.

Orang kat registration kaunter cakap, kalau aku nak tukar bib, kena add SGD15. Nak je aku bayar tapi dah lebih 40 minit race start. Memang tak terkejar la kan. Kalau nak join 10km atau 5km race still banyak masa lagi sebab start kul 7 pagi. Tapi tanak lah. Hati dah terluka :(

Takpa. Fikir yang baik2. Maybe henfon member aku habis bateri. Tu yang call tak dapat2. Dan maybe, ada sesuatu yang Tuhan nak halang dari terjadi masa aku berlari. Who knows.

Decided balik KL pagi ni juga. Kuasa nak spend even another hour kat sini. Aku bukan datang nak berjalan. Satgi nak singgah JB. Breakfast. Nak makan kenyang2. Apa yang ada dalam kepala sekarang just nak make sure EBM selamat. Tadi pump dpt banyak. Harap kekal fresh sampai KL.

Babai Temasek. Takda jodoh nak lari 2XU pagi ni. Jumpa lagi next month masa Sundown.


Tertarik dengan nama salah satu tempat kat Johor ni. 
"Kedai Berlima"
Hebat betul kedai2 ni. Wonder apa lima kedai yang hebat ni eh.. kedai makan ke? Kedai baju? Or takde kaitan langsung?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...