Sunday, January 19, 2025

Hiking Bukit Penarikan, N9

Throwback xtvt hujung tahun lepas. Hiking Bukit Penarikan, di Bahau, N9.

Trail senang. View superb. 
















 

Hiking Peak Garden kat Setia Alam

Hike dengan Juju & Safrul. Kami sama² bawa anak² excercise kat sini.

Trail pendek ja. View cantik juga cuma banyak dapat view construction site dari view hijau 😅












 

Sunday, December 15, 2024

Kak Su's retirement party

Celebrate birthday kak su & her retirement from Maybank. She's 60 and still gorgeous! Wonder ehat I'll look like at my 60 (in another 15 years) 😅

We suprised her with her photos at the Bukit Bintang giant billboard.

Had fun with my ex ofismate in my previous department.

Ada mak orang, ada anak dara. Yang gila² semua mak² orang.. yang anak² dara biasalah, kontrol ayu.. hihi

Me antara yang gila² tu.. haha



Karaoke challenge.. yours truly pantang dicabar tau. 
Missed them all




 

Saturday, December 14, 2024

Private tutor

Dah hampir ke penghujung tahun 2024.
Tahun berganti tahun, anak semakin membesar. Mommy & daddy semakin menginjak usia tua. 

Ada beberapa perubahan yang mommy dah mula buat untuk persediaan tahun 2025. First, mommy tukar kelas tusyen anak² dari kelas fizikal di pusat tuisyen kepada kelas online one-to-one. Special kelas ni sebab ada private tutor. Jadi guru boleh lebih focus dekat seorang pelajar sahaja. Ariff dah start bulan ni. Amarr insyaAllah start bulan depan. Aleesya pula, mommy arrange private tutor datang ke rumah. Dah 2 kali cikgu datang ke rumah. So far, Aleesya suka. Lebih enjoy belajar katanya. 

Perubahan kedua, mommy tukar waktu bekerja. Kalau selama ni mommy masuk ofis pukul 9 pagi, now mommy tukar ke pukul 7 pagi. Maknanya, mommy akan balik awal hari². Pukul 4 petang dah boleh balik rumah 🥰. So, tak perlu berdepan dengan jem. Work-life-balance gitu.

Actually mommy aim nak balik awal masa bulan puasa nanti. Sebab nanti masa bulan puasa, kalau mommy  masuk ofis pukul 7 pagi, mommy boleh balik pukul 3.30 petang! Boleh masak juadah berbuka hari² kan kan kan?

Ada lagi changes² yang still dalam planning tapi mommy prefer tak share kat sini. Coz not everything we can share here. Nak elak penyakit ain 😁

Next year dah masuk form 4. Dah kena lebih serious plan untuk masa depan 🥰

This one nak masuk form 3 tahun depan. Still honemoon lagi 😘

Mommy dan daddy dah start excercise. Mantain fitness untuk explore the world bila kiddos leave their nest someday. Which in less than 2 years, the boys will soon finishes their SPM dan insyaAllah lanjutkan pelajaran masing² . Its a scary moment bila anak² bertukas status dari penghuni rumah ke tetamu yang hanya berkunjung sebulan sekali. But thats the way it is, we need to brace it.

Ha, tinggal yang ni peneman kami. Tahun depan masuk darjah 4 ❤️

 

Sunday, December 08, 2024

Ayah masuk pertandingan Dam Aji

 

Semalam punya cerita.
Ayah masuk pertandingan dam aji peringkat negeri melaka.
Ayah menang 2, kalah 2.
Tak dapat pergi peringkat akhir.
Tapi seronok dengar ayah enjoy. 
Ayah memang pandai main dam, catur, ping pong. 
Cuma game malam tadi special sikit sebab yuran pendaftaran ayah ketua menteri melaka yang bayarkan siap pesan dongibab.. 
Congrats ayah. Semoga hari² ayah dipenuni dengan perkara² bermakna dan penuh kegembiraan. 

Update: Ayah kalah mlm td. Che Nuar sebalah ayah tu menang no 32. Game sampai kul 12 mlm. Balik tu Tok Raop (KM Melaka) belanja ayah mkn asam pedas. Pukul 3 pagi baru sampai rumah. Tak menang pun dpt special treatment kan. Maklumlah, KM Melaka tu org kampung kita kikiki. Geng mancing dak ayah 😁😁




 

Tuesday, November 12, 2024

Gym senagai motivasi masuk keje

4 bulan.
Rutin pagi tak pernah miss pegi gym kat ofis.
Pukul 7 dah start workout kat sini.
Pukul 8 mandi.
Pukul 8.45 naik atas masuk ofis.
Hari² rasa bersemangat nak pegi ofis.
Bukan sebab nak pegi bekerja.
Tapi sebab nak masuk gym
Lain macam betul semangat bekerja bila pagi² dapat excercise tau

Ramai kawan² yg aku kenal kat gym ingat umur aku baru 20-an.. kikiki. Kembang akak uols. 





 

Saturday, October 12, 2024

Aleesya warded

Aleesya jarang sangat demam/sakit. Kalau ada pun sehari dua dah baik. 

Kali ni, lain macam penangan virus. Start dari Jumaat malam, badan dia tiba² panas dan dia terus lemah tak boleh bangun. Makan minum semua taknak. So no choice, kena lah admitted. Doc cakap dia kena Influenza B. Kena kuarantin. Peliknya, influenza ni kan penyakit berjangkit, tapi kami semua tak kena jangkit, even kami tak pakai mask duduk dengan Aleesya.

Apapun, alhamdullilah, pagi ni dah boleh discharge. In total, lebih seminggu juga Aleesya ambil masa untuk cure dari virus jahat ni. 

Now lets go home babygirl. Happy mommy tengok awak kembali lincah macam selalu.