Dia nak datang sini. Dia nak sangat datang. Tak pasti sama ada dia nak datang sebab dia nak jumpa aku atau sebab dia nak tahu kenapa aku suka sangat duduk di rumah Sarah & Lina berbanding dengan rumah aku sendiri.
Sarah tak suka dia datang. Lina pula tak kisah. Malah dia nak sangat jumpa Amy. Dia nak sangat tahu kenapa aku begitu suka kan Amy. Aku pinta Sarah & Lina behave bila Amy tiba nanti. Aku taknak mereka cakap perkara yang boleh lukakan hati Amy. Aku sayangkan Amy.
Rasa jantung ini hampir berhenti bila nampak wajahnya di muka pintu. Rindunya pada wajah itu. Rindu pada senyuman, rindu pada suara, pada bahasa badan... sigh.. Aku rasa dia juga begitu. Terlalu banyak persoalan yang bermain dikepala kami. Seperti aku, dia juga menunggu waktu yang sesuai untuk menyelesaikan semua perkara yang menyesakkan ini.
Aku pelawa dia masuk. Aku kenalkan pada Sarah dan Lina. Dia seperti biasa, pandai bawa diri. Aku biarkan Sarah dengan perasaan ingin tahu dia. Dan dia tenang menjawab soalan Sarah. Lina nampak lebih mesra. Dia faham apa yang aku rasa. Dia juga sebolehnya nak hilangkan rasa tidak selesa antara kami.
Ya, memang sangat tak selasa. Sampai aku rasa sedikit menyesal sebab pelawa dia ke rumah Sarah & Lina. Aku sepatutnya ikut permintaan dia untuk berjumpa di luar atau di rumah aku sendiri. Tapi, aku takut aku tak kuat. Aku takut bila berdua nanti, aku terlalu emosi dan tak boleh berfikir secara rational. Aku takut aku terlalu lemah untuk membuat keputusan. Aku takut tindakan yang aku ambil nanti akan buat kami lebih menderita. Aku tak nak tambahkan luka di hati dia. Apatah lagi untuk terus melukakan hati sendiri.
Lina ajak Aida masuk ke bilik untuk bagi ruang pada aku dan dia. Seharusnya kami gunakan peluang itu untuk berbincang. Tapi sebaliknya, kami hanya duduk berpegangan tangan seperti tiada apa yang berlaku.
Pada zahinya kami nampak sangat mesra. Dia nampak gembira walau ada sedikit kesedihan dalam warna matanya. Setidaknya aku memang merasakan bahagia yang sentiasa aku cari bila dia ada disisi. Tambah menyesakkan dada bila aku tak mampu beritahu dia betapa aku perlukan kehadiran dia dalam hidup aku. Aku tak mampu. Aku tak boleh pentingkan diri sendiri.
Dan bila tiba masa untuk pulang, kami berpegangan tangan ke muka pintu.
Lama kami berdiri disitu. Banyak yang ingin dikatakan tapi semuanya tak dapat dizahirkan. Bibir kami bisu. Lidah terasa kelu. Dia nampak derita. Aku begitu juga. Aku peluk dia. Berharap agar pelukan aku dapat menenangkannya dan menerangkan segalanya. Dia membalas pelukan aku - Erat.
"Do you know that I'm walking away.." bisiknya.
Aku angguk perlahan.
Dia memandang aku lemah. Pandangan matanya seolah berharap agar aku menghalang dia dari pergi. Tuhan sahaja tahu betapa aku mahu menahan dia. Betapa aku perlukan dia. Tapi kehadiran cintanya dalam hidup aku terlalu awal. Ya, terlalu awal. Bekas luka akibat cinta yang lalu masih berdarah. Dan aku tak kuat untuk menerima cinta baru seawal ini. Setidaknya, biar aku ubati hati ini lagi. Dan kalau lah dia bisa menunggu..
Kami berpandangan untuk kali yang terakhir. Hanya mata yang mampu berbicara.
Perlahan dia berpaling dan melangkah pergi. Aku iringi langkahnya hingga hilang dari pandangan mata.
Dan sendu mula bergema.

*********************************************
Baby, don't cry
Open your eyes
Here in the dead of the night
Lying here with you by my side, don't know if this is wrong or it's right
Wishing this was just another day, baby, I can feel it's too late
Just another cruel twist of fate
Looking back through the years, time has dried all our tears
But all good things must end, oh, just listen
Baby, don't cry, i can see we've lost the feeling
Won't you open your eyes and try to find your smile
We've known each other too long to let it all slip away
But when all's said and done, we've said our last goodbye
Baby, we've been living a lie
And even though it hurts deep inside
I know there can be no, no, no compromise
'Cause too many chances have passed
And if you want a love that can last, never try to push things too fast
And even though i've no regrets, i still recall the night we met
We said we'd never end, so, baby, listen
All the memories we had, i wouldn't change a thing
And with the lights down low, i'm dreaming of what could have been
Even though we've tried so many times before
I'll take one look around before i close the door
With this one last kiss, i know deep down inside
The beginning of the end, the ending of our time
Maybe we could try, but, no, it's just too late
1 comment:
Novel apa ni kak?
Post a Comment