Thursday, November 30, 2006

kuatkan hati

bangun lambat pagi nih. penat shopping semlm still terasa. mana taknya, shopping tak ingat dunia. beli groceries jer dah dekat pat ratus inggit. sampai tak muat troli carefour tu kami kejekan. sebelum balik, singgah kfc jap. dinner. gf as pun join sama.

pagi tadi, celik mata je dah terbau roti telur yg digoreng. waahh.. yanie buat breakfast. menarik! aku admit, yanie mmg rajin memasak, mengemas dan memacam lah. satu kelebihan bila dia ada kat sini.. gemuk la aku tak lama lagi.. =)

masuk opis kul 11.30 pagi.. haha. lama dah tak buat perangai camnih. tp, bukan disengajakan. pagi nih je ada appointment dgn auditor (brickfields) & account (dsara heights).. tu tak masuk aku kena pi RHB (jln maharajalela) amek fixed deposit. penat!

ekceli arinih mood tak baper ok. tapi bila dapat email yg syam bagi, tetiba je aku buleh jadi hepi tak hingat dunia. dlm email tu ada klip video nina.. comelnyeeerrrrr!!.. *windu*

ptg nih, lepas meeting aku nak blah awal. ada appoinment utk hair treatment. rambut aku dh cam tak terurus. asyik keluar masuk utan sampai rambut pun cam org utan. kalau aku keje jadi renjer lain lah kan.. personaliti kena jaga beb.

oh yer, mlm tadi, jumpa fazi. pulangkan semua barang dia. harap dia tak kecik hati. dan harap dia (kami) boleh lebih bersikap terbuka pasnih. friends forever aite.

Wednesday, November 29, 2006

i loveeee

yanie wuz here. she's gonna stay with me (for i dunno how long). hepi sgt! now, i got as & yanie in my hse. later, ain also will be joining us (after her STPM exam finish on diz 4th Dec). seronok sgt dpt duduk serumah dgn adik beradik sendiri..

semlm on d phone dgn syam. bincang ttg plan wedding dia. he's a bit concern ttg persiapan yg nk dibuat. hm, kesian tgk dia. kalau arwah ibu ada, tentu semuanya teratur.. mcm mana pun, aku takkan kecewakan dia. since diz is going to be the first wedding in our family, i'm gonna make sure everythings is well prepared. tak kira lah camner pun. i told syam dat i'm gonna do some survey on 'bunga pahar', potpouri and few souvernirs for the wedding. he's fine with dat.. guess wut? the theme for his wedding is.. GREEN. oh, he's soOoo into green..

from now on, aku akan membizikan diri dgn wedding stuff. biarlah org nk kata aku terlebih beria dari org yg nk kahwin. suka la kan. adik aku.

ptg nih plan nk ke md vlly gegamai - shopping groceries.

Tuesday, November 28, 2006

demam di Liang East-West


dunno why tahap eksaited nk naik gunung agak 'tenggelam' lately. even mlm sebelum gerak ke Tg Malim, aku still berbelah bagi antara nak pegi atau tak. mungkin sbb aku tak baper sihat kut taim nih..


jumaat, 24 Dec 06

hujan. bag dh siap packing awal-awal. rajin aku balut setiap helai baju dgn plastik. mcm nk gi trans plak. bukan haper, skrg nih musim hujan. aku plak, bukannya sihat sgt. kang kalau basah baju sumer, ko nk pakai aper?

dekat nk kul 9.00 mlm baru fazi sampai. ingatkan nk terus gerak, rupanya kena gi pudu jap. fetch Nabil yg dtg dari Jhr. dia terlepas ketapi. bertambah lagi 'koleksi' member gunung yg aku kenal (haha).

sampai kt R&R Rawang, fazi benti jap. tunggu team kami yg otw dari shah alam. 15 menet pastu, baru lah zin, talha, man, farah & amy sampai (derang naik 2 keta). lelepak jap, pastu trus chalo ke UPSI.

tak ingat kul baper smp UPSI. aku dh ngantuk tahap dewata raya. lepas supper gegamai dgn team dari UPSI, kami trus gerak naik bas skolah gi Kg Sg Dara.

kat Kg tu plak, ada sikit misunderstanding. ada yg cakap kitaorg kena jalan dlm 2 kilometer utk sampai ke dem.. ada plak yg cakap 2 menet.. rerupanya, 2 jam.. amek ngko.. pehh mmg menyengattt. walopong jalan atas tar, yg tak bestnya, aku pakai sandal yg sungguh la tak seswuei dibawak trekking. tak sempat nak tukor. yelah.. cakap 2 menet je.. kalo aku tau 2 jam, mau aku tukar 'uniform' skalik kan.

kalau tak silap, dekat kul 3 pagi gak la baru sampai kawasan dem. part yg tak best, taim nak tido, pacat di mana-mana.. ngeri sey! tp, lantok la kan. macik tak koser nak layan. sarung sleeping bag, truss zzZZzzzz.. lena sampai ke subuh.


sabtu, 25 Dec 06

bangun pagi,
gosok gigi,
cuci muka,
dan mandi.. lala~la

bersemangat btul. even taim nih batuk aku takde tunjukkan tetanda nak kurang, aku tetap bersemangat nk daki Liang. mood agak ceria pagi nih. mungkin sbb teguk hampir setengah botol Breacol mlm td (euww.. aku tak suka mkn ubat!).

lepas sessi senaman & goyang-goyang sikit, kami gerak menuju ke puncak (ops tak sampai puncak, kat kemsait seterusnya je). menurut guide, kami akan jumpa 7 batang anak sungai seblm sampai ke last water point. perjalanan dianggarkan selama 2 jam. hm, oke la tu.

trek agak santai. boleh makan koci sambil berjalan (bak kata mak wei). dlm hati, aku duk kira jumlah anak sungai yg kami jumpa.. hm, tak sampai tujuh pong? ke aku silap dengar or mungkin sungai tu terlindung or inbisibel.. huhu. oh yer, taim nih kami terserempak dgn group Joyah yg seramai 15 org (kalau tak silap arr). gamai gak yg gi Liang mggu nih ek. team yg aku ikut nih je dah 29 org.. campur sumer ada la dekat 44 org.. waahh meriahhhh la kemsait mlm nih.

aku sampai last water point sejam awal dari masa yg ditetapkan (kul doblas tengahari). bentang ground, trus start masak. menu lunch; ayam masak merah + sayur kobis & keret + air teh.. slrupppp.

for info, kat last waterpoint nih ada jeram. sungai dia tak la kecik sgt. kalau nak tiruk tu, boleh la.. air dalam takat dada org dewasa je.

lepas makan, perjalanan diteruskan lagi. kata guide, utk sampai ke basecamp amek masa dlm 4 jam. since taim tu baru kul 1.30 ptg, aku bajet, sumer org sure sempat sampai sebelum hari gelap, insyaAllah.

trek menuju kemsait pun agak santai. tader trek pacak. cuma mental la sbb journey tu cam neverending stori katanya. hujan plak, sekejap lebat.. sekejap benti.. mcm chipsmore.. hangin je nak bukak - pakai baju ujan.. grrrr.

alhamdullilah, aku ngan fazi sampai kat kemsait dlm kul 4.30 ptg (jimat sejam). sempat lah nge-cop port nk pasang fly, ground, khemah bagai.. lepas siap sumer, aku pi mandi ngan joyah (dia da sampai lagi awal). air kat kemsait tu takder lah beso sangat. cam parit kecik je. taaappiii, joyah siap buat kuak lentang. pehh, tak sejuk gamaknya. aku plak cam kena parkinson bila kena air tu.. serrjuurrkkk! tapi, mandi tetap mandiiiiii.. ke-chantek-kan musti dijaga, even dlm hutan tauuuuu (koserr makk).

pas mandi, baru lah team aku sumer sampai. keluar ration bagai.. masakk! since farah & amy ke-fenat-an, mlm tu aku jadi chef. menu; ikan goreng masak asam pedas + kailan ikan bilis + teloq goreng.. menu tak hingatttt punyer. taim masak tu aku prasan suara aku dah hilang (tataw pi mana). sudahnya, aku cam org bisu mlm tu - cakap guna bahasa isyarat. batuk plak makin teruk (mungkin sbb berendam ayor sejuk ptg tadi). aku tido awal mlm tu. bengang sbb tak boleh bersuara. bebudak nih plak, bukannya paham apa yg aku cakap. digelakkan aku ada ler.. huhh ampeh.


ahad, 26 Dec 06

tepat kul 5 pagi, sumer dah bangun. plan nak naik puncak awal-awal.. nak tingok sunrise kononnya. kata guide, nak sampai puncak amek masa dlm 2 jam... subuh tu, badan aku panas giler. sungguh aku rasa cam tak larat nak naik puncak. dalam hati nih dah tawakkal je.. aku redha kalau kena ripit lagi sekali naik Liang.

kul 7.00 pagi, fazi kejut. suh telan ponstan. aku cakap kt dia, perut kosong mana buleh mkn ubat . tapi dia cam tak paham plak. dipaksanya gak aku telan ubat tu.. (of coz la dia tak paham, aku manader suara) gereeemmmm aku!.. aku tunjuk bahasa isyarat kat perut.. pastu guyang-goyang tangan tanda 'perut kosong'.. taaapiii dia still tak paham gak.. *uwaaa*.. seksa btul takder suara nih. last-last, aku bangun sendri.. masak air, telan twisties.. pastu baru mkn ubat.

kul 7.30 pagi, aku dah siap tukar uniform. kesian gak tgk memember yg mengharap aku naik puncak sesama derang. camner pun, alhamdullilah, 8.30 pagi, aku sampai gak puncak Liang West. trek ke puncak pun agak santai (pendek kata trek sepjg perjalanan mmg santai lah) .. pastu kami gi Liang East kat sebelah plak (jarak tak sampai 5 minit dari Liang West).

info, puncak gunung Liang West botak. juz ada beirut je. Liang East plak, still dikelilingi pokok-pokok berlumut.. agak terlindung arr dari angin. kalau tak silap aku, tinggi de-dua gunung nih sama je.. 1933m.

tak lama lepak kat puncak.. serrjurrkk weih. aku pun tanak amek risiko taim demam nih. sebelum turun, sempat gak la aku pau megi Jebat & d'geng.

kat kemsait, ramai yg dah siap packing. kitaorg pun tak sempat nak prepare lunch. juz mkn kunang-kunang (kudap-kudap) jer. taim nk turun, hujan lebat laa plak.. trek licin + hancur cam trek bajak disebabkan jumlah pendaki yg guna trek tu agak ramai.

otw turun, sempat gak la kami tiruk kat port lunch semlm (aku tak join ler - giler ko, kan ke aku demam). kat sini aku dapat tau team aku, amy injured. beg dia incik guide tulung bawakkan. thanks to talha & jebat coz polow amy.

dlm kul 6 lebih baru aku sampai kat kawasan dem. sempat mandi skejap sambil tunggu yg lelain sampai. taim nak keluar nih agak rileks sket coz ada powil tulung angkut kitaorg.

lepas load barang dlm bas, kami gerak ke starting point (UPSI) & trus balik KL..

hmm.. demam still tak kebah. suara plak serak cam itik serati. padan muka aku.. saper suh masuk utan taim demam..


Friday, November 24, 2006

degil aku nih

mlm nih, insyaAllah aku akan join fazi & memember KAR pegi gng Liang East-West. ikukan hati nk kansel trus je trip nih coz tahap kesihatan cam takder perubahan je - batuk manjang. tp.. *sighs*.. tgk la camne nnt.

ada satu mender duk bersarang kr kepala nih.. mender besar. rasa cam selamanya takde jalan penyelesaian. semoga Tuhan kuatkan hati nih. aku nk selalu berada dlm keredhaan-Nya.

darul fikir, jln raja muda.. hm, mana ek tempat nih?

Thursday, November 23, 2006

sunyi

br sekejap td dpt call dari yanie. suara dia cemas. hm, dh agak.. sure ada mender yg tak besh jd kt kampung. Tuhan je yg tau camne sedihnya hati aku saat nih.

yanie : tak tahu nih kali keberapa aku kecewa dgn sikap dia. dari dulu aku cuba sebaik mungkin utk faham dia. aku buat yg terbaik utk masa depan dia.. bukan balasan yg aku nak, cukup lah sekadar dia berjaya dlm hidup & paling penting, dia boleh berdiri atas kaki sendiri. tp, aku confused. mana silapnya? kenapa tindakbalas yg dia tunjuk mcm nk protes something. mcm nk balas dendam..

sabarlah hati. insyaAllah, aku takkan putus asa. tak kira brp kali dia hancurkan hati ni, dia tetap adik aku. aku sayang dia.. sangat. harap awal tahun 2007 ni menjanjikan sesuatu yg baru dlm hidup kami..

yanie.. demi harapan ayah & arwah ibu.

choices

ada 2 xpdc utk wiken nih.. penin kepala aku nk pilih yg mana,

gng Bubu (K.Kangsar)

malas btul nk join trip nih. sebab?
ok, first sbb aku dh pegi rituh.. second and foremost (buleh?).. *hehe*.. byk pacat lerr. mental tuu. koser aku.

tp kan, bila kenangkan uncle Lim & lepas dgr request dari Siau Wei & Cheryl rituh, aisey.. serba salah lak jadinya. memula tu, bersemangat gak bila Sc nk pegi sama.. tp, lepas dia tarik diri.. isk.. *uwaa*..

gng Liang East-West

antara gunung yg ada dlm waiting list aku. taaaapiii, tak rasa cam nak pegi kali nih. sebab?
first, aku demam. kang kalau pewai, mmg nyusahkan org jer.. second, adik pompuan aku nak dtg. kang cam tak best plak biar dia lepak sengsorang kat umah.. third, ntah laa, pendek kata, aku mmg tader mood nk masuk utan mggu nih.

tapi kan (tapi lagi?), mcm kena pergi gak trip nih. coz yg join tu sumer memember KAR. cam tak manis plak kalau aku rejek invitation depa. taper lah, janji Man ada. aku suka layan lagu dgn dia nih.. 'form' je rasa

next wiken tader trip masuk utan (alhamdulilah - boleh rehat jap).. tapi, tukar dgn trip gi kenduri kawen la pulak. jauhhh sampai ke Bt. Gajah, Perak. Masa Chua sms ajak pi kenduri-kendara bln lepas, mmg aku malassss laa sesangat. tp, kenangkan tak lama lagi dia nk kena transfer ke T'ganu, aku polow je lah. sementara dia ada kat sini, ye tak? kang kalau dh takde, taderlah nak ralat ke.. rindu ke..

Tuesday, November 21, 2006

demam =(

juz got back fr Mlk - tired.

met Somphob Charenchit (Sc) at selayang hospital last nite. poor Sc, dh la minggu lps tok wan dia meninggal dunia. minggu nih plak ayah dia accident. kesian tgk dia ulang alik dari jb -> kedah -> jb -> kl.. sumore kena struggle dgn final report & thesis lagik. last nite, dia lepak kt umah fazi & chua (thanks guys!). pagi nih depart ke jb. wish him a safe journey. bykkan bersabar..

my cough is getting worst. i even lost my voice today. lama dh tak demam camnih. nk mc, tak boleh - AGM dh dekat.

and, oh.. selamat pengantin baru buat nana&adlin (nana nmpk comel sgt dat day.. n err, sory to Adlin coz tak smpt nk tgk korang sanding)

Friday, November 17, 2006

lavender

esok, ada trip ke jerangkang.. sygnya, aku tak dpt join. firstly, sbb dh promise dgn Fedex (Adlin Jihan), nk attend wedding dia (will probably ask kak Mai or Nazry to accompany me there)... second, sbb aku kena balik Mlk ahad nih. ada urgent matter on monday kt sana.

esok juga, ada daypack ke bukit kelawar. pun tak dapat join atas sbb yg sama.. plus, aku a bit hilang minat nk ke K.Sgor.

dan esok, aku nak bertukar jadi rama-rama!

Thursday, November 16, 2006

dinner @ hilton


diz is d last event for year 2006.. thank God, it wuz a blast!

attend dinner tapi still lapar kan, apa citer? mana taknya, mkn seciput je mlm tu. hampir setiap course yg dihidang tak sempat di jamah. bz dgn guests / banquet ppl / performers. tp taper, aku dh cukup kenyang dgn compliments yg diberi. my name wuz announced in every speech by TS, DO & DM.. not to mention laa by the performers / hotel ppl.. so proud of me'self.

dats abt it. now, i'm all set for next event which scheduled... err, next year.. *winks*

p/s: anis got 3As & 2Bs for her UPSR.. way to go lil cutiey... oh, me & fazi are ok now.. well, the 'terasa' punya part still ada but alah, adat lah gegaduh dlm berkawan nih.

Monday, November 13, 2006

demon vs angel

too many things in mind.. grr

fazi:
sepjg 2 hari di K. S'gor mmg aku marah sgt kat dia. hari nih, dh kurang sikit marah aku. cuma, still terasa je atas sikap dia..

diz 'fella':
tak pepasal aku lodge police report . she's been disturbing me a lot lately. can u believe dat after almost 10 months aku tak nmpk batang idung dia tetiba je tgh tadi dia muncul depan opis dan halang aku naik teksi while i wuz rushing to D'sara Heights.. giler.. she's out of her mind agaknya. for wutever f**k sekalipun, aku takkan tunduk pada dia kali nih. enuff!

keje:
at last, ada gak perkara yg menggembirakan hari nih. short meeting at Hilton lounge went smooth. seems like everything is under control. Takde apa yg aku harap selain event terakhir utk tahun nih success.

wut else ey.. omaigod, how can i forgot abt..

anis:
nama sebenar Syeril Yuhanis. student darjah 6 dari K. S'gor. she asked for my number before the motivation program ended yesterday.. and today, she juz couldnt stop smses me.. even now pun. penatnya nk layan peminat cilik nih. tp, rasa mcm dihargai pulak oleh bebudak nih.

...hm, in second thought, my day is not dat bad afterall ey? consider so-so lah.. then, why the heck yg aku rungutkan nih?


Thursday, November 09, 2006

nyet nyet

seminggu seblm raya

Me: zie, i called Hata mlm td but the response wuz so bad.. all i wanted to do is, ajak dia keluar berbuka.. dats all. duno camner things boleh jd upside down. i dont even hv the chance to talk.
Fazi: give her some time la..
Me: tell me wut to do?
Fazi: come.. lets pegi jalan-jalan


few days seblm raya

Ayah: ayah nk tanya ni, kenapa along kacau Hata? dia ada call ayah minggu lepas, cakap along kacau diaMe: astafirullah, mana ada along kacau dia ayah!.. *sighs*.. along juz call dia tanya khabar
Ayah: along, ayah tak marah kalau along nak berkawan dgn sesiapa pun, tapi kalau dah org tak nak berkawan dgn kita, jangan dipaksa.. dah jangan kacau dia lagi


malam raya

really wanted to wish her 'selamat hari raya'.. should i call?
call her.. dont call her..
call.. dont call
call.. dont call
...hm, better dont.

17 Syawal (today)

finally.. lamanya aku tunggu. tp, takper, its really worth.. bezanya diz time its not me yg call.. its a gud start, i tell u.


Selamat Hari Raya, Hata.

Tuesday, November 07, 2006

trajedi gunung kenderong

aku tau ajal & maut tu letaknya ditangan Tuhan.. tp, camner pun aku still gak rasa bersalah sbb paksa Fazi & Man ikut trip nih. supposed Fazi join trip ke Gunung Lebah last week. last minit, trip tu kansel plak. dan aku beria-ia ajak dia join aku gi Gunung Kenderung. sanggup aku called Pekatu (organizer) & Labyrinth semata-mata nak mintak tambah lagi 2 seats sehari sebelum gerak ke Grik, walhal sumer hal permit & dokumen dah settle utk 11 org je.

Jumaat, 3 Nov

Fazi & Man fetch aku kat umah. tak byk barang yg aku bwk.. juz air 1.5 liter (2 botol) & 500 liter (2 botol) + snek. janji dgn Labyrinth nk jumpa kt terminal putra tp otw nk ke sana, dpt call dari Labyrinth - dia suruh kami gerak terus & jumpa derang kat R&R Tapah.
Sepjg jalan aku spent masa dgn membuta (as ussual la)




alhamdulillah, satu lagi gunung berjaya di-conquered.

















Monday, November 06, 2006

hsemate

akhirnya, after almost a year renting the hse alone, aku dapat hsemate! siapa lagi kalau bukan adik lelaki aku - No.3

aku suka! pasnih tayah takut nk tgk citer seram kat umah.. haha.

aiya no la, ekceli aku relieved sgt. rasa teratur sikit hidup aku. kalau sebelum nih aku balik umah tak tentu masa, now kena ubah. dah ada tanggungjawab baru. kena take care care of my lil bro sampailah dia mampu berdikari di KL nih.