Sunday, December 17, 2006

XPDC Yong Belar via 3 Boundaries

malas tul nak hapdet log nih. kang kalau tak tulis, tader plak rekod kenangan utk aku simpan taim te-tua nanti.. sementara tader apa per nak dibuat kat umah sekarang nih, aku gagahkan jugak lah nulih log nih.. kira lebih kurang je lah.. penat nih. sat gi nak masak lagik.. *yawnnn*


jumaat, 8 dec 06

kelam kabut. biasa lah tu. kul 9.30 mlm, aku dh ada kat Kelana Jaya LRT. lepak kat mamak depan padang PKNS dgn Mat Wei, Fazi, Adik, Wan & member Wan. Ayu & Acu (SOS) dh siap tggu kat dlm kawasan PKNS.

lepas say babai kat Fazi, Acu & member Wan, kami salam-salam ngan team PKNS. pastu gerak naik bas (yg tader aircond) menuju Cameron. sib baik bas mini tu comei & selesa. kalau tak sure hazabbbb.

tak ingat kul baper sampai Cameron. sumer bantai tido. pening kepala lalu kat jalan lama Cameron. terbangun masa sampai kat Tanah Rata. taim tu memasing kelam kabut cari alamat apartment yg akan dijadikan tempat rehat sementara tggu siang.

turun je bas, Somphob (Sc) & Mizi dh siap tggu. derang sampai lebih awal. teringin gak nk sembang pjg. tp, cam tak sesuai plak. masuk je bilik, naik atas katil, trus zzZZZz.. penat + sejuk sey..


sabtu, 9 dec 06

subuh gaban aku dah bangun. kejut Ayu & Linda. mandi + packing barang, pastu gerak gegamai gi Kg Raja. kat sana, jumpa Abg Ajis & Melati. derang tumpang tido kat balai polis.

lepas breakfast, kami gerak naik 4wd gi Blue Valley Dam. tak byk ckp pagi tu. maklum lah, biasanya sessi beramas mesra bebudak gunung nih dibuat kat tetengah trek.

on the way ke BVD, pekerja ladang katsitu bagi 2 bungkus sayur kobis (or was it 2 ketul? or 2 biji? ah, hentamm). murah rezeki..

kat BVD, lepas dgr briefing dari Mat Wei (selaku guide) dan bacaan doa, kami gerak pepelan naik tangga BVD yg menyakitkan jiwa tu. perjalanan dianggarkan dalam 6 - 7 jam. bab timing aku tak risau sgt. maklumlah, nih bukan kali pertama aku gi YB. kami start trekking kul 9.30 pagi. cuaca agak mendung.. *hm, risau*

sepanjang trek aku enjoy. bukan sebab view cun giler.. bukan jugak sebab bebudak nih buat lawak tak henti.. tapi sebab Phob (Sc). lama tak jumpa dia. bila ada peluang camnih, borak sakan lah, haper lagi.

kul 12.30 tgh, kami sampai kem Tudung Periuk. lunch. (info: kat kem nih ada punca air). aku perasan sampah kat sini semakin byk..*sigh*..

masa lunch, sempat gak kami pekena megi mee yg Adik masak & nasi berlauk telur goreng by Mizi sementara tggu Mat Wei (sweeper) sampai.

kul 4.00 lebih, hujan start turun. tak lebat. tapi cukup utk buat aku serrjuurrrkk. dekat nak kul 5.00 ptg aku sampai kem Kasut (info: kat kem nih ada punca air). yg tak boleh blah tu, kat sini pun banyak sampah. even sampah tu berlonggok. tp tak best la kan.. bukan ada Dewan Hutanbelantara Cameron yg bertugas bersihkan kawasan tu.

taim tu Adik & Wan tgh pasang fly. Abg Ajis & Melati pun tgh pasang khemah.. Mizi? wahh, dia pasang fly utk single man. haibattt sungguh militan sorang nih. luckily, Phob bwk extra fly ngan ground. combine dgn fly yg Adik pasang. mmg selesa giler.

mlm, lepas sesi masak-masak, aku tido awal. hujan renyai sepanjang mlm. apa lagik, syok arr membuta. oh yer, menu mlm nih mmg best. ayam masak merah, sayur kobis goreng, papedum and keropok ikang.. *yumm*


ahad, 10 dec 06

kul 1.00 pagi, aku terbangun. selsema.. *uwaaa*.. benci tul tau. lately nih badan aku senang sgt nk demam.

pagi tu, Mat Wei jadi cheff. nasi goreng cili padi yg dia buat mmg best. seriyess sey, nih bukan bodek punyer ayat. lepas breakfast & kemas bagai, kami gerak ke puncak gunung Yong Belar. perjalanan menuju ke kem Gurkha amik masa dalam 6 - 7 jam. memasing kena bawak bekalan air minum utk diri sendiri.

start trekking dlm kul 11.00 pagi. trek ke puncak dah tak sama mcm trek dulu. hancusss. kata bebudak nih, tak lama lagi sure trek Yong Belar jadi cam trek gunung Suku-Irau. berselut. maklumlah, selalu sgt org panjat gunung nih. kami amik masa sejam je utk sampai ke puncak YB. cuaca ok tapi tader view. kabus manjang. sesambil lepak, memasing pakat jemur fly. (info: tahun nih je genap 3 kali aku jejakkan kaki ke puncak gunung Yong Belar!)

perjalanan diteruskan lagi. kali nih aku mmg excited sangat. trek menuju ke kem Gurkha mmg cuNn.. still terjaga. maybe sbb org jarang gi 3 Boundaries kut. mmg enjoy beb. kali nih aku jalan se-slow. leka tgk view sampai tak perasan yang sumer org dah jauh gerak ke depan. tinggal aku, Sc, Ayu & Mak Wei je kat belakang.

jauh gak kem Gurkha nih. pewai duk turun naik puncak tipu. kata Bigfoot, ada 4 puncak lapang yg kami kena tempuh sebelum jumpa kemsait. hm, ntahlah.. aku tak kira pun. pewai sey.

dekat kul 6.00 ptg, baru sampai kem Gurkha. punca air kat kemsait nih agak besar dari kem kasut/kem tudung periuk. jernih lak tu.

menu mlm nih, gulai telur masak cilipadi by Mat Wei, sawi goreng by Ayu, papedum & keropok ikan lagik. supper plak, bubur pulut hitam.. *peh*.. menu tak hingattt.


isnin, 11 dec 06

huargghh.. kena bangun awal pagi nih. kata Mat Wei perjalanan hari nih lama sikit. kena gerak awal. lepas pekena nasik lemak yg Mat Wei buat, kami gerak menuju puncak gunung Charlie.

start trekking kul 10.30 pagi. sejam pastu kami sampai puncak Charlie. lepak-lepak. pastu gerak ke pondok Charlie. hm, kata Sc, tempat nih dinamakan Charlie sbb dulu ada sorang mat saleh nama Charlie duk buat reasearch ttg hutan Me'sia nih. tingin plak nk jumpa pacik Charlie nih kan.

trail lepas pondok Charlie mmg cuNn giler babas. jalan atas permatang.. view toksah citer. masa sampai kat puncak 3 boundaries, sempadan antara negeri perak, pahang & kelantan nih, aku teruja giler. view 360'. cuNn.. tp, still tak leh celen puncak Tok Nenek.. *hehe*

tak ingat berapa lama kami lepak kat puncak tu. sampai rentung gak arr kulit aku kena matahari. lepas celebrate air kejayaan (kata E.j., air kemajuan / air perjuangan - *lawak jer*), perjalanan diteruskan.

nak keluar ke BVD, kami kena rentas jalan sepanjang sepadan 2 negeri. ada bberapa puncak yg kami kena daki sebelum sampai keluar. sayangnya, aku a bit confused dgn nama-nama puncak nih sbb lack of signboard. ntah mana satu puncak 2 boundaries.. puncak 6040.. puncak tikus.. *blurred*..perhaps nnt ada org yg bermurah hati utk pasang plet nama-nama puncak nih. tapi jgn laa ada tangan gatal yg suka cabut plet buat souvenir plak.. nyusahkan org je.

dekat kul 6.00 ptg, kami selamat sampai BVD. mandi secara berjemaah kat situ (abes sabun/syampu aku di qiqah kan). lepas siap-siap, sumer gerak balik ke destinasi memasing.

journey balik kl kali nih mmg menyengatttt. bas rosak kat tapah.. *huhuhu*.. terpaksa tggu bas PKNS yg lain dari KL fetch kitaorg. kul 5.00 pagi baru sampai KL.. sangap je aku masuk opis pagi tu. tader rehat langsung.. zZZzzz




3 comments:

Anonymous said...

hny, u r wonderful

Anonymous said...

dats becoz u made me.. =)

Anonymous said...

:-D
my pleasure