Thursday, May 10, 2007

cerah pagi ni

ada meeting jap lagi.

tader apa yg baru dlm keje aku skrg. advertisement utk major program dah keluar rituh. NST keluar hari Isnin, The Star lak hari Selasa. dedua aku suruh letak dlm biznes colum. mahal giler cost utk adverstiment kali nih - almost 15k utk dedua paper nih. camner pun, alhamdullilah, aku puas hati coz design utk ads tu aku yg reka.. boss pun takde komplen.. approved je. senang keje aku.

bercakap tentang major program, syukur sgt rasanya. aku dh berjaya dptkan participants dari luar Malaysia. 2 dari Vietnam, 1 dari Indonesia. nih tengah tunggu confirmation dari Brunei. risau jugak mulanya. dah lah kompeni 'tooot' tu tak hehabis nak compete dgn kami. copycat sungguh. mebi dia lupa Tuhan tu maha adil.

eniwei, ada satu mender yg really.. really.. really.. tarik perhatian aku lately. teringin nak state kat sini tapi sabar lah dulu. yg penting, aku dah tau dgn sejelas-jelasnya apa yg aku nak utk selarikan minat outdoor & future career yg bakal aku ceburi.

semlm campur hari nih aku dapat 3 lagi outdoor invitations:

satu, xpdc mendaki Gunung Arong kat Johor. tarikh: 8 Jun - 10 Jun 2007. bayaran RM 55 (transport & guide je - rations sendiri). kira murah jugak lah sebab ada bonus gi Mersing - memancing kat laut. trip nih kelolaan geng MBPJ. take note, gunung nih mmg sangat sesuai utk beginner (org yg baru nak kenal gunung). kalau berminat, call En. Hairel 012-9030546.

dua, xpdc mendaki Gunung Cabang Tiga & Gunung Besar. lokasi kat Johor gak. tarikh: 25 May - 27 May 2007. kos tak dinyatakan. rasanya lebih kurang RM 70 - RM 100 (transpot dari Segamat, guide & rations). sorilah, yg nih aku tak boleh bagi detail sbb trip nih tak open utk outsider. organizer prefer memember terdekat je. dah lama aku teringin nak pegi sana. dah la percubaan utk daki gunung nih gagal masa Januari rituh (coz Johor banjir - jalan tutup).

tiga, xpdc mendaki Gunung Yong Yap (antara 7 gunung yg tertinggi di semenanjung). lokasi kat Lasah, Perak. tarikh 26 May - 28 May 2007. siapa yg berminat nak join, call En. Azreen 012-3875897. tentatif program & bayaran ada kat bawah nih;
25 May 2007
11mlm - Bertolak dari KL terus ke surau Kg Raja (Cameron Higlands).

26 May 2007
8am - Selepas b/fast dan tapau lunch di Kg Raja, bertolak ke Pos Brooke - park kereta.
9am - bertolak ke Kuala Rengil menaiki 4WD
10am - mula trekking
4pm - dijangka tiba di kemsait 1 (kemsait luas,rata dan sebelah sungai)

27 May 2007
10am - mula trekking
11am - LWP (last water point)
4pm - Dijangka tiba di puncak gunung Yong Yap

28 May 2007
10am - mula turun
6pm - dijangka tiba semula di Kuala Rengil. keluar ke Pos Brooke menaiki 4WD & bersurai

Bayaran:
Pakej A - Guides+4WD = RM50
Pakej B - Guides+4WD+ration = RM80
Pakej C - Guides+4WD+ration+transpot dari kl-kl = RM120 (terhad 7 org shj)

sadly, aku tak dapat join ketiga-tiga xpdc nih. attached dgn pemili trip ke Ganu. pada yg pegi, aku wish korang gud luck! pada yg nak join, tipun je person in charge utk trip-trip kat atas nih. sumer peramah & baik orangnya =)

1 comment:

Anonymous said...

hmmm byknya trip

hmm mana nak gi ye....