Friday, May 18, 2007

untuk kesebelas kalinya

mlm tadi Syam & wife datang umah. sanggup tu dia datang jauh dari Melaka semata-mata sbb risaukan aku & adik lelaki aku yg tak bertegur dekat 3 hari nih. alaa.. aku bukan apa. ikutkan bukannya aku marah sangat pun. cuma aku nak adik aku tu start bercakap dulu. bagi aku, once dia tegur aku, semua settle. lagipun, apa lah sangat bergaduh adik beradik nih. lelebih lagi dlm pemili aku yg suka menyakat nih. kejap je tu.

penat berkungtau (berkungfu + bergurau), kami keluar gegamai. semua ikut sama kecuali Ain (sbb dia belum balik keje). lepak sambil supper kat kedai mamak. borak tentang rumah double storey yg Syam baru beli kat Alor Gajah. maybe lepas siap pasang grill baru derang pindah. lagipun tu kawasan perumahan baru. belum ramai yg duduk.lewat malam baru Syam balik. risau lah tgk derang nih. suka sgt berjalan taim tetengah malam buta. hish.

ok nih nak cerita tentang hati pulak.. jom tukar mood. kita guna mood sedih..

semlm, aku tolak lagi 'harapan' seseorang. total org yg aku tolak termasuk yg nih, dah jadi ** orang (err.. ke lebih lagi? ntah lah. aku tak penah kira. tapi sorang member aku nih rajin bebenar mengira untuk aku. dah dia cakap nih org no. **, maka ** lah gamaknya).

mesti org ingat aku nih memilih kan? abis tu, takkan nak sapu je. aku bukan cari orang yg ada rupa.. jauh sekali yg kaya raya. bagi aku, asal org tu jujur pada diri sendiri dan sanggup berkongsi kasih sayang dgn pemili aku, dah memadai.. di samping tu, dia musti lah (peratikan perkataan yg di bold itu - wajib tau):

suka outdoor (supaya hobi aku naik gunung tak pupus camtu aje)
bekerja (tak perlu jadi manager or ceo. janji keje tetap & halal. tapi kalau 'berjawatan besar' tu, kira advantadge la kan.. hiks!.. *materialistiknyaaa*.. akak gurau je ok)
hometown dekat (tak kuasa aku nak bertekak balik raya nnt)

tu diaaa... mcm entry mencari jodoh pulak (sory, akak tak percaya cinta cyber nih)

back to de point, dalam banyak-banyak org yg aku tolak, mostly bersebab. hampir semuanya jenis yg aku rasa tak boleh coop dgn pemily aku yg ramai nih (in other words, tak reti bawak diri). ada plak, baru kenal dah pandai jeles menjelesi. ada pulak, jenis yg tataw adat. ajak org kawen bagai nak rak. hehari ulang ayat yg sama. konon seriyes la tu. tapi bila suruh jumpa mak bapak, disuruhnya kita tolong sampaikan. sungguh laa tak gentleman. tu belum masuk jenis yg dah ada steady gelpren / tunang tapi masihhhhhh nak pasang lagi satu. macam-macam tau. penat.

tapi.. (ok, nak buat confession nih).. tapi orang yg baru aku tolak nih lain ceritanya. dari sudut positif, mmg la dia nih jenis 'menantu idaman mertua'.. dari segi negatifnya pulak, err.. hm, nih lah masalahnya. aku tak jumpa tang mana part negatif dlm diri dia. pening tak?

dari aku kecik, sampai lah umur aku tua bangka nih, tak penah aku bawak balik kawan lelaki jumpa pemili. sampai sumer org duk risau. bukan setakat takde kawan lelaki, bercerita tentang lelaki pun tader. puas pemili aku korek cerita dari adik-beradik lain. mmg langsung takder hint aku berkawan dgn siapa. life aku juz ada keje.. keje.. keje..

bila aku start ada hobi mendaki gunung, adik-adik aku excited terlebih tengok gambar-gambar aku dgn memember lelaki. aku admit, tu mmg first taim aku bergambar dgn org lelaki (selain sedara mara sepupu sepapat). siap suruh ngurat yg nih la.. yg tu la.. siap pilih yg nih.. yg tu.. derang ingat pilih ikan agaknya?

berbalik pada si dia nih. lama dah aku kenal. setahun lebih kut. sederhana je orgnya. sepanjang kenal dia nih, aku tak penah expose pemili aku kat dia. bukan dia je, memember lelaki yg lain pun sama. raya pun aku tak bagi derang datang. ntahlah mmg aku tak suka bwk lelaki jumpa mak bapak. aku tak sukalah nak menjawab soklan yg bebukan. lagipun, org kampung aku tu sumernya ada amik part time menjaga tepi kain org. bukan setakat menjaga, malah turut mengambil upah tanpa gaji 'buka kedai dobi'. jadi, demi menjaga maruah pemili & status wanita melayu kedua terakhir, aku rela basuh kain sendiri (mender aku cerita nih?)

nak dijadikan cerita, masa hari persandingan adik lelaki aku kat kampung, si dia nih awal-awal dah cakap nak datang. disebabkan tanak nampak obvious sangat, maka aku ajak sekali dua tiga org member lelaki datang sekali. haa.. biar pening kepala sedara mara aku tengok. haha.

sepanjang dua hari kat kampung, byk mender yg suprise aku. antara memember lain, aku tgk dia nih.. lain. boleh coop dgn semua pemili aku. baik yg tua, muda, sumer lah. tak ada langsung dia cuba cari peluang duduk dgn aku. masa dia byk habis dgn tolong orang-orang kat khemah memasak. dari pagi sampai petang.. dari siang bawak ke malam.

opss.. tetiba cam malas nak sambung. payah betul aku nak tulis sesuatu yg membabitkan hati & perasaan nih kan? kita letak fullstop kat sini dulu. citer nih aku pun tataw ada kesinambungan ke tidak. yg pasti, mcm yg aku ckp tadi, aku dah reject dia tanpa sebab yg kukuh.. dan sekarang aku confused dgn apa yg aku buat.

kenapa dgn aku nih ek? kenapa ada mcm rasa bersalah pulak kat dia. yg pelik skrg nih, kenapa duk teringat je?.. yours truly nih dah jatuh cinta kah? *matilan konfesi secara terang-terangan*

dah.. sambung keje!

2 comments:

Anonymous said...

aD, kalau it's time to move on, memang kena move on. Jangan degil sangat ok! He he me pandai je cakap tapi sendiri tak pandai :)
Whatever it is, I hope the best for you. Somehow, we dont get along, tapi susun pengalaman, we're almost in the same boat.
Take care.

Anonymous said...

anonymous, thanks! tengah buat nih. insyaAllah. wish the same for u too =)