Monday, December 01, 2008

Lost world of Tambun

Haa.. nih la tempat yg dituju-tuju! Nih projek kengkawan dari Kuala Selangor. Kira macam hari keluarga jugak lah. Rajin kan kengkawan Mamoru arrange xtvt macam nih :)


Pintu masuk ke taman tema air Tambun. Ekceli, The Lost World of Tambun nih lebih kurang macam Sunway Lagoon je (dah pemaju nya kompeni yg sama kan - Sunway jugak). Cuma kat sini view dia lebih menarik sebab dikelilingi oleh bukit-bukau & batu-batu limestone - ada gua ori lagik!


Bergambar kat signboad musti adaa.. Murah je nak masuk sini compare dgn Sunway Lagoon. Adult RM25 je. Tapi kami bernasib baik sebab ada voucher - so, dapat diskaun RM 18 per pax :)


Muka ceria mummy to-be bila dapat berjalan jejauh.. hehe


Kat belakang aku tu ada games ala-ala kat Genting - tapi versi kecik sikit. Aku tak main semua laa.. takut effect kat baby pulak.


Dengan Mamoru tercinta - thanks b.. sayangggggggggg sangattttt!!!


Berlatar-belakangkan laut tiruan.. syok jugak duduk kat tepi pantai buatan nih. Takde lah crowded cam kat Sunway. Kat dalam nih sila jangan risau pasal makanan (tak macam Sunway yg cekik darah tu). Makanan kat dalam taman tema air nih adalah sangattt murahhhhh dan yg paling penting sedappppp! Macam-macam ada ok - ABC, Nasi goreng kampung, Nasi ayam.. memacam lah! Makanan dia dimasak dalam gerai-gerai kecik yg comel!


Kat dalam gua yg ada kat sini. Dalam gua nih derang letak kerusi & meja makan. Lepas order makanan, boleh lah lepak sini untuk makan! Dalam nih siap ada stage untuk presentation untuk group yg nak buat xtvt kat sini. Kat tempat nih jugak ada disediakan tapak perkhemahan tau! Seronok kalau buat xtvt outdoor & treasure hunt kat sini!


Depan pintu masuk ke Kepura Cave. Jenjalan dalam gua kecik nih buat aku teringat kat gua Angin, Lang, Rusa, Air Jernih nunnn kat Mulu, Sarawak.. tskkk rindunya nak pegi sana lagi!


Jangan memain, kat Tambun nih ada Tiger Valley ok. Banyak gila rimau kat sini. Ada 9 ekor semuanya (tak termasuk anaknya)


Kat Swan Lake - kat sini korang boleh naik mender yg kayuh-kayuh tu.. murahhhh RM 3 untuk 2 org!


Berlatarbelakangkan Batu-batu limestone yg unik kat sini.. Seee.. view adalah sangat mengagumkan compare dgn view hutan batu kat Sunway!


Saje pose tepi katak nih.. habis masuk air telinga aku termasuk air!


Port yg aku suka. Mandi kolam air panas! Seronok tau.. Tak silap aku, kat Sunway pun takde kolam air panas nih.. hihihi.. Cuba cari mana aku?


Tuu.. nampak tak mana aku? Kat celah rimau tu tgh try massage badan dgn air panas dgn Effa.



Taim nak balik. Tertukar baju dgn Mamoru. Lucu betul. Aku pakai saiz M.. Mamoru pakai saiz S. Dah rasa macam pakai gebar je kekdahnya.. ahahaha. Ohh, lupa nak gitau - Taman air Tambun nih ditutup pukul 6.00 ptg. Malam tak buka ya.


Bergambar dgn Im - Im bagi idea suruh aku ikat baju aku sebab besar sangat. Bila dah ikat camtu rasa comell pulak kan hihihi.


Sebelum balik, singgah kat restoran area sini untuk dinner. Gambar masa nak balik aku tak amik.. sebab aku ZzZZZzzzz sepanjang balik KL! Ahahah.. aku adalah sangat tak berkebolehan jadi co-pilot. Manjangggg tido je. Kesian Mamoru drive sengsorang.

5 comments:

Cik Jah said...

fuhhh bestnya nampak tmpt ni....teringin nak masuk tp tak pernah smpai lagi...harus hasut cik li nih...

Aku Bukan Bidadari said...

sangat chomel mummy to be nih, please gimme ur email, nk invite u masuk blog my baby ada byk petua kat dlm sana.. sharing is caring..

Anonymous said...

mama eshaelyn: eh mesttiiii.. hasut dgn memanja tau kak hehehe.. sesuai kalau bawak anak-anak sekali :)

aku bukan bidadari: tenkiu *merah pipiku yg hitam manis nih hihihi*.. nih email saya, adlyana79@gmail.com.. terima kasih ya sudi invite saya.. tak sabar nak tau petua-petua yg menarik!

Biqque said...

aaaaaaaaaaaa i yg orang ipoh/taiping ni pun tak penah gi sana lagi :D

Anonymous said...

biqque: try la pasnih. dekat je ngan ipoh nunn :)