Monday, August 31, 2009

Alfatihah buat Ibu

31 Ogos 1957. Tarikh nih sangat special pada aku. Bukan sebab hari nih negara kita merdeka, tapi sebab hari nih, hari lahir arwah ibu.

Kalau arwah Ibu masih ada, usianya kini genap 52 tahun. Sama dgn usia kemerdekaan negara kita. Arwah ibu lahir pada hari merdeka. Nama arwah ibu pun ada sangkut paut dgn nama negara kita dulu.. Noor Malaya.. comel sgt. Mana ntah atuk dapat idea nak kasi nama camtu. Maybe sebab atuk dulu keje sojar.. semangat kecintaan pada negara dia sangat menebal :)




Dah 13 tahun arwah ibu tinggalkan kami. Masa ibu 'pergi', umur aku baru 17 tahun. Adik perempuan no.10 (bongsu) pula baru berusia 2 bulan lebih. Sekarang aku dah 30 tahun. Rasa sedih tu dah berkurang. Cuma aritu masa berpantang, memang aku rindu gila kat arwah. Sedih woo.. takde tempat nak bermanja taim saat-saat penting camtu

Dah.. dah.. stop. Tanak lah cerita lelebih. Kang memeleh ayor mata nih.

Semoga arwah ibu tenang 'disana'.. dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

5 comments:

erlyda said...

Alfatihah..

GREENJADE said...

Al Fatihah buat ibu aD..solute aD survive without yr momy :)

kite senasib tp x sama coz bapa tlh lama tiada almost 25 thn lalu..

*tingat pngorbanan ibu mmbesarkan weols 6 beradik*

Puan Ninie said...

alfatihah

Elyn Sani said...

al fatihah ....... unik betul nama ibu AD!!

NorAzrin MohdNawir said...

Al-Fatihah buat arwah ibu aD....