Tuesday, February 17, 2009

Lagi-lagi berangan

Dah berapa hari tak berupdate blog nih.. hihi. Maaf lah, aku masih dalam mood berangan uols (berangan apa tataw :p)

Wiken aritu just melepak kat rumah je. Spent quality time dengan Mamoru. Hari Ahad baru kami keluar rumah. Tuu pun sebab nak attend wedding opismate Mamoru. Sepatutnya, kami pegi rumah pengantin belah lelaki. Tapi disebabkan rumah pengantin pompuan bebtul dekat dengan kawasan rumah kami, kami pilih untuk attend kenduri belah pompuan sahajor.

Tak sangka ok boleh jumpa dengan cik Rynn dan cik Mala kat sana (rerupanya derang kawan pengantin pompuan). First time nih jumpa derang - selalu tu bertegur-sapa dalam blog je. Tahniah buat cik Rynn yg tengah pregnant 2 bulan! (take care ok).. dan tahniah jugak buat cik Mala yang bakal melangsungkan perkahwinan bulan depan! (Maaf ye uolss sebab tak sempat nak inform masa balik tu - ramai dah tetamu yg duk kerling meja kami - tak cukup meja.. hihi - tuu yg terpaksa beredar awal)

Sedihnya.. aku tak bawak kamera taim tu tau - lately memang malasss betul aku nak pegang kamera :(. Tak dapek nak upload gambar derang kat sini. Tapi kalau korang nak tengok gambar kami, terjah je lah blog cik Rynn tu :)

Balik dari wedding opismate Mamoru, kami pegi wedding lain kat PJ pulak. Sakan betul kami kutip bunga telur aritu. Banyak tau telur rebus yg aku dapat - 8 biji semuanya!! (dah selamat buat masak sambal semalam.. hihi).



Ohh.. gambar nih takde kena mengena dengan cerita di atas. Nih gambar cadar yang aku guna masa wedding aku & Mamoru awal tahun lepas. First time aku guna semula masa wiken aritu. Putih melepak je kalernya. Tapi sayangg.. tak sampai semalam guna, aku dah cabut balik.. Mamoru tak gemar. Geli badan katanya bila kena renda-renda kat bantal & quilt tu.

Pelik aku tau, masa malam pertama dulu takde lak dia ngadu geli-geli badan ke apa.. *opss*.. hahahahahhaha

9 comments:

Cik Jah said...

masa tu mana nak perasan segala renda bagai...aD lagi penting ;))

Elyn Sani said...

cantik bedsheet tu..... siap ropol2.... tp kalo xpakai bile lai nk pakai AD....

eleh mamoru..... dh dpt AD, gatai la ko ckp bedsheet tu x sedap hahahaah

NorAzrin MohdNawir said...

aD,
haah x sangka kite jumpe kat situ kan...hehehe...
btol la tdetik ati kite yg itu mmg awak....hehehe...
kalo awak nak amik pic kite bdua tu kat dlm blog kite tu amik la...kite x kisah k....
anyway, awak pon take care tau...

http://www.rynn2506.com

Angah said...

ni 18sx nih hahahaha

Anonymous said...

cik Jah: kannnnnn.. ahahahahhaha

Elyn: *gelak besar* kan? kan? kan?
tu lah.. beli memahal simpan dalam lemari je :(

rynn2506: yang ad pulak, boleh tak cam kan awak. tapi seriyes tau, lain je muka awak taim jumpa tu.. nampak kecik comel je.. hihihi - dalam gambar nampak cam tinggi. ada masa nanti, kita jumpa lagi nahh :)

angah: *opssss*.. hihihi

Biqque said...

haha lawak la cite cadar tu..

Anonymous said...

biqque, tu lawak sadis tau.. hihihihi

Nurmala Mazlan said...

aha la aD..kitorang pon tercari² aD masa aD dah balik tu.. tak sempat nak bergambar kan.. huhu~~ x per..len kali leh jumpa lagi..

sungguh x sangka kan, kecil betul dunia..

pengantin perempuan tu our best fren tau..malam tu tido umah dia..hehe~~

Dee said...

pasang balik masa anniversarylah..maybe itu lebih bermakna..hahaha..masa mlm pertama tu dia x perasan kot cadar tu..hehehe..nmpk AD je..