Monday, August 31, 2009

Alfatihah buat Ibu

31 Ogos 1957. Tarikh nih sangat special pada aku. Bukan sebab hari nih negara kita merdeka, tapi sebab hari nih, hari lahir arwah ibu.

Kalau arwah Ibu masih ada, usianya kini genap 52 tahun. Sama dgn usia kemerdekaan negara kita. Arwah ibu lahir pada hari merdeka. Nama arwah ibu pun ada sangkut paut dgn nama negara kita dulu.. Noor Malaya.. comel sgt. Mana ntah atuk dapat idea nak kasi nama camtu. Maybe sebab atuk dulu keje sojar.. semangat kecintaan pada negara dia sangat menebal :)




Dah 13 tahun arwah ibu tinggalkan kami. Masa ibu 'pergi', umur aku baru 17 tahun. Adik perempuan no.10 (bongsu) pula baru berusia 2 bulan lebih. Sekarang aku dah 30 tahun. Rasa sedih tu dah berkurang. Cuma aritu masa berpantang, memang aku rindu gila kat arwah. Sedih woo.. takde tempat nak bermanja taim saat-saat penting camtu

Dah.. dah.. stop. Tanak lah cerita lelebih. Kang memeleh ayor mata nih.

Semoga arwah ibu tenang 'disana'.. dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Sunday, August 30, 2009

When Ariff wears denim

This entris is specially dedicated to untie Biqque - as promised :)


Hello mummy's blog readers! Peace bebeh.



Comel tak bila Ariff pakai camnih? Kalau ada motor kan best! Vroooommmmm



Macho baby, lets rock n roll..!!


p/s: Auntie Biqque, seluar denim yang auntie bagi tu tak muat.. tsskkkk... nih Ariff pakai dengan seluar lain. Again, thank you so much for this :)

Saturday, August 29, 2009

Face mask

Sebelum nih, even tv duk suruh pakai face mask pun aku ketegaq.. hihi. Tapi bila baca cerita elyn baru terbit rasa insaf nak pakai face mask. Sebelum nih aku asyik la duk fikir Ariff akan terhindar dari H1N1 kalau tak bawa dia keluar. Tapi aku tak terfikir pulak consequences yang akan jadi kalau aku terdedah pada penyakit tu - yelah siapa nak jaga Ariff kalau aku kena kuarantin?



Feeling macam Jacko pulak bila pakai camni.. hihi. Nih masa aku collect mykid Ariff kat JPN Maju Junction.



Comel & murahhhh ikan kat sini. Aku tak pernah tau KL ada tempat yang meriah camni. Aku datang sini sebab nak betulkan mesin buaian Ariff.



Khas untuk adik no. 6. Kalau ikan mung mati lagi, beli kat sini ja. Nama tempat nih Jalan Pasar.



Muahsss to all readers! Cuti merdeka ni, kami spend kat Melaka. Nak gi shopping baju raya kat sana!!

Kasut hiking

Nih la kasut raya aku tahun nih.. hihihi. Eh, tak lah. Nak kena hempuk pakai kasut style gini dengan baju kurung di pagi raya?

Semalam Mamoru call masa aku kat opis. Dia tanya aku nak beli kasut hiking tak? Terkejut aku tau. Ada ke dedekat nak raya nih, kasut hiking yang ditanya nya (ekceli kasut raya aku Mamoru dah belikan awal-awal lagi.. hik).

First time Mamoru belikan aku kasut tanpa aku ikut sekali tau. Jom kita tengok sama ada taste Mamoru memenuhi piawaian citarasa aku.


Taddaa... kasut hiking baru kami (kali nih takde kasut untuk little Ariff sebab Timberland takde saiz kecik untuk newborn)



Nih kasut Mamoru. Dah lama dia nak tukar kasut hiking dia. Kasut lama pun jenama Timberland juga. Tapi dah uzur bebenor.



Dan nih pulak kasut aku (saiz 5.5) dari Timberland juga. Sukaaaaaa sangat kasut nih. Kata Mamoru kasut aku nih jenis goretex dan tapak dia ada vibram (jangan tanya apakemender tu bebudak gunung sure tau kut). Harga asal dia, mak aih.. lebih mahal dari haversack aku tau!



Ekceli, aku tak pernah pakai kasut memahal pegi trekking. Biasa tu, aku pakai kasut getah nih je. Murah je kasut getah nih, harga dalam lima nam ringgit je.

Aku suka pakai kasut getah sebab kalau taim hujan atau taim meredah paya / sungai, kasut nih cepat kering. Terbalikkan je buang air bertakung. Tak susah nak jaga & senang nak bersihkan.

Tapi sekarang, since Mamoru dah belikan kasut hiking baru, kena lah pakai. Untuk protection kata Mamoru. Kaki nak pakai lama beb.

Berbunga-bunga hati aku bila dapat kasut baru nih. Nak tau kenapa? Maknanya, Mamoru bukan setakat mengizinkan aku kembali aktif mendaki gunung, malah menggalakkan lagi aku join aktiviti outdoor!!!!! KAN????

Friday, August 28, 2009

Lauk berbuka

Aku dah try sehabis baik untuk bajet masak lauk untuk dua orang, tapiii.. still fail jugak. Aku tak faham lah. Kengkadang tu, aku masak memang dah ngam-ngam untuk dua orang tapi masihhh berlebih dan tak habis dimakan. Aduyai.. tak suka la camnih.




See.. lauk berbuka nih. Lauk pauk yang merah tu dah dua tiga hari asyik duk reheat. Tak jugak habis-habisnya. Tapi kalau tak masak lauk baru, rasa macam tak selera nak makan. Camno?




Ayam masak sambal cilipadi - request by Mamoru. First time buat tapi boleh tahan jugak lah. Mamoru tambah nasi berkali-kali sebab lauk nih :)




Bergedel daging! Sedap dimakan dengan nasi. Makan gitu je pun boleh sebab aku salut dengantepung kfc!!

Makan kuih raya

Banyak betul kuih raya kat rumah aku sekarang.. rasa macam dah raya pulak. Dan semalam juga, aku dah berjaya habiskan sebalang kuih Sakura - sedap gila. Laju je aku ngap ngap ngap depan tv. Habislah Mamoru kena pegi amik kuih kat Makde ganti kuih yang aku dah ngap tu.. hahaha.. * sory b, tak boleh tahan ok*

Oh, malam tadi sekali lagi cik Fatimah datang ke rumah aku amik kuih raya, Banyakkkkkk dia beli. Sampai 14 pek tau. Tahun lepas dia beli sikit. Tahun nih, bertambah-tambah lagi... *sedap kan wakk?*..




Kuih raya yang cik Fatimah beli.. *tenkiu, tenkiu, tenkiu*

Wednesday, August 26, 2009

Pakai baju pregnant

Semalam aku saja try test pakai baju masa pregnant dulu. Ye lah, macam sayang je kalau simpan lelama tak berpakai. Lagipun, aku rasa macam sesuai je pakai even tak pregnant :)




Gambar aku pakai baju ni masa pregnant.




Nih gambar semalam.. ada banyak beza tak? hihihihi (fefeeling model la nih cewahh)


Selingan:



Nih gambar lauk berbuka semalam. Aku masak lauk asam pedas dengan goreng ikan bawal kecik. Lauk yang lain tu (termasuk ikan bakar cicah air asam) adik lelaki no.3 & wife dia yang bawak ke rumah aku - berbuka secara berjemaah semalam. Oh, kami berbuka pukul 8.00 lebih - kes gas habis masa tengah memasak - haru betul (tapi tain azan tu jamah lah jugak kurma sebijik)




Sahur tadi pulak, aku dengan rajinnya buat char kuey teow.. *wink wink*.. Sekejap je aku masak. Just amik masa 15 minit untuk siapkan hidangan untuk 2 orang.. fuhh terer aku (puji diri sendiri haha).

Mari membaca by Ariff

Antara xtvt first aku bila balik dari keje - spend masa dengan Ariff - pastu baru boleh buat keje lain, e.g., memasak, mengemas, etc.


Hello friends, hari nih, saya nak belajar tentang animals. Mummy ada belikan buku encyclopedia tentang animals untuk saya. Buku nih mummy beli dari salesman yang buat direct selling ke office dia. Mummy & daddy suka sangat belikan buku untuk saya. Encyclopedia nih buku ke 5 yang saya ada! Saya sukaaa baca buku.




Oh, sebenarnya, saya tak pandai membaca lagi. Tapi, saya suka dengar mummy bacakan untuk saya sebab mummy suka buat bunyi kelakar bila baca buku ni.




Saya suka tengok gambar yang ada dalam buku nih. Gambarnya besar dan berwarna-warni!




Kata mummy, sebenarnya dia pun tak banyak tau tentang animals. Jadi kami plan nak belajar tentang jenis-jenis animal bersama-sama :)




Tapi baby umur macam saya ni tak dapat focus dengan lama (saya baru berusia 2 bulan 3 minggu). Selalunya, mummy hanya sempat baca 3 pages sahaja sebelum saya mengantuk atau menangis nak main toys pula :)




Kadang-kadang, mummy geram dengan saya sebab cepat sangat hilang perhatian bila baca buku. Mummy akan punish saya dengan gigit-gigit badan saya. Geli tau. Tergelak-gelak saya dibuatnya.




Bila saya tak tahan, saya pula yang akan gigit pipi mummy suruh dia berhenti!




Saya & mummy adalah best friends tau.. oh, saya dan daddy juga bestfriends :)

Tuesday, August 25, 2009

Pengalaman bersalin

Haha.. Ariff dah masuk 2 bulan 3 minggu baru aku nak upload cerita nih. Layan kan je lah nahh. Penting nih bagi aku :)


5 June 2009 (Jumaat)


Pagi nih aku perasan ada darah bercampur lendir kat panties. Tapi sikit sangat darahnya. Malas nak call Mamoru. Takut false alarm lagi. Lagipun baru semalam aku pegi checkup untuk minggu ke 39. Aku bajet darah tu keluar sebab Dr. Rusila check bukaan pangkal rahim, semalam.

Petang, masa tengah rilek tengok tv, aku rasa ada cecair mengalir keluar lagi. Kali nih sampai basah panties aku. Aku check - keluar darah bercampur cecair lagi. Kali nih aku confirm - nih lah dinamakan "show". Badan aku menggeletar dalam masa yang sama aku excited.

Kami sampai Al-Islam dalam pukul 5 petang. Sempat aku ajak Mamoru makan kat restoran sebelah hospital (saja nak tambah tenaga in case kalau aku bersalin sekejap lagi). Pukul 6 petang baru aku masuk Al-Islam. Dr Rusila dah balik, so tinggal doktor lelaki je kat hospital tu. Berubah terus air muka aku bila nampak doktor lelaki tu. Sory beb, there's no way aku nak biarkan doktor tu check aku!

Nasib baik doktor tu faham reaksi aku yang kurang selesa taim tu. Dia just tanya few soalan dan suruh nurse kat situ bawa aku masuk ward. Mamoru dapatkan bilik khas untuk aku sorang - lengkap dengan satu bilik air. Senang untuk dia bermalam temankan aku sama. Takde lah aku takut sangat.

Malam tu aku makan sepuasnya sambil surf internet. Berbiji-biji buah kurma aku telan. Mamoru siap buatkan air selusuh suruh aku minum. Taim tu memang tak sakit lagi.


6 June 2009 (Sabtu)

Dalam pukul 4 pagi aku start rasa tak selesa. Tapi still ok lagi. Masih boleh lena sambil peluk-peluk Mamoru yang tidur sekatil dengan aku.. hihi. Tepat pukul 6.00 pagi, nurse ketuk pintu bilik. Dia bawa breakfast. Kata dia, aku kena sarapan lebih awal sebab tepat pukul 7.00 pagi dia nak bawa aku pegi delivery room - pecahkan air ketuban.

Gerun, tapi aku maintain cool. Banyak kali aku ingatkan kat diri sendiri yang badan wanita nih memang di-design oleh Tuhan untuk produce baby. Jadi, tak kira macam mana sukar pun perjuangan untuk melahirkan baby nih, badan aku mampu untuk melakukannya, insyaAllah.

Aku cecepat bersihkan badan, amik wudhuk pastu pergi surau kat sebelah delivery room. Mata aku sempat tengok katil dalam bilik tu. Semua kelengkapan nampak dah siap - tunggu aku masuk je. Lama aku spend masa dalam surau. Habis solat subuh, aku buat solat sunat taubat & solat hajat. Aku minta supaya proses kelahiran anak aku nih dipermudah dan dipercepatkan oleh-Nya.

Lepas solat, aku jamah sekeping roti & beberapa biji kurma lagi. Ikutkan tekak nih memang tak lalu nak telan apa pun. Tapi, being rational, aku telan kan juga.

Pukul 7.15 pagi, aku dah siap terbaling atas katil dalam bilik bersalin. Dua orang midwife attend aku. Masa salah seorang dari akak tu nak pecahkan air ketuban, badan aku menggeletar. Sekejap tu, aku terasa air panas mengalir keluar kat 'bawah' - banyakkk ok. Terkejut tau sebab aku tak terasa sakit pun masa proses nak pecahkan tu. Lagi satu, aku ingat bila air ketuban dipecahkan, perut aku akan kempis sikit. Tapi nan-ado ok. Perut tetap besar gitu jugak.

Kata akak tu, bukaan pintu rahim aku taim nih dah 4 cm. Bila dengar bukaan dah sebesar tu, aku rasa lega sangat. Aku dapat rasakan yang proses kelahiran nih takkan amik masa yang lama, insyaAllah.

Beberapa minit lepas air ketuban dipecahkan, aku start rasa sakit yang sebenar. Tak tau nak describe macam mana rasa sakit tu. Serious sakit. Esp kat perut & belakang. Aku rasa nak turun & berjalan keliling bilik, tapi nurse tak bagi. So, aku duduk kat atas katil sambil Mamoru urut belakang aku. Kesian Mamoru, aku paksa dia urut aku tanpa henti seminit pun. Bayangkan lah berapa jam tangan dia duk urut aku - sure penat.

8.30 pagi, sorang nurse datang. Dia nak inject aku dengan pentidine (camtu kut eja dia). Aku ada baca tentang suntikan nih. Pentidine nih untuk tahan sakit (dengan buat aku mengantuk). Ubat nih jugak akan bagi effect terhadap baby dalam perut. Baby yang lahir nanti kena disuntik dengan ubat yang meneutralkan kesan drug tadi.

Aru refused untuk terima injection tu mulanya. Dengan berani aku cakap kat nurse tu yang aku nak rasa sakit bersalin nih tanpa bantuan apa-apa drug. Tapiiiiii.... aku terpaksa terima juga akhirnya bila Dr Rusila cakap dia nak proses kelahiran baby aku dipercepatkan sebab warna air ketuban aku sedikit hijau - means, baby aku dah berak dalam perut dan baby akan berhadapan dengan risiko untuk lemas kalau dia termakan najis dia sendiri.

Tapi injection tu tak bawa makna apa-apa sebab aku tak rasa mengantuk langsung. Sakit tetap sakit ok.

10.00 pagi. Dr Rusila check bukaan. Dah 7 cm. Aku semakin bersemangat. Dalam hati tak putus berdoa supaya semuanya dipercepatkan.

Seriously, the pain was very intense and excruciating ok! (note buat bakal ibu kat luar sana, sila jangan takut, anggap je lah aku saje nak exaggerate - just bear in mind that our body are uniquely designed for this!)

12.00 tengahari - its time! Bukaan dah 10cm! Dr Rusila dah siap berpakaian macam orang nak pergi bertukang. Siap pakai boot 'phua chu kang'! Kelakar tapi aku takde masa nak gelak.

Proses meneran pada aku adalah saat yang paling memenatkan. Nak putus nafas rasanya bila kena tahan nafas untuk 20 - 30 saat. Lebih memenatkan bila setiap percubaan aku gagal - sangat frustating ok. Lebih kurang sejam aku meneran. Hampir putus asa jugak lah. Tapi bila dengar suara Mamoru yang tak putus-putus bisikkan doa, aku jadi bersemangat balik. Bilik delivery tu aku rasa macam bilik sembahyang pulak bila bacaan doa & zikir dari Mamoru, Dr Rusila & kak Wan (midwife) jadi sama kuat dengan suara aku. Serious. Tenang sangat fikiran aku taim tu (satu kelebihan bersalin di pusat rawatan Islam)

1.30 petang, Aku dengar bunyi azan dari masjid Kg. Baru. Dr Rusila dah mula nampak risau. Dia sebolehnya nak aku bersalin normal. Dia tak suka guna option lain (forceps atau vacuum). Tapi bila fikirkan keselamatan baby, dia terpaksa decide untuk vacuum.

Sedih tau taim tu, aku rasa kecewa dengan diri sendiri sebab tak mampu untuk push baby keluar. Dalam kepala asyik fikir, 'kenapa?', 'kenapa?'!!

Masa Dr Rusila nak masukkan vacuum tu, dia terpaksa gunting sikit kat bahagian bawah tu. Dan serious sakit ok! Aku hampir menjerit cakap 'sakittt' (tapi still tak boleh challenge sakit contraction) Even pakai vacuum pun, aku still kena teran untuk push baby keluar. Aku tarik nafas dendalam, tunggu contraction seterusnya dan aku teran dengan sepenuh hati!

1.48 petang, syukur alhamdullilah, akhirnya!! Aku dapat rasakan kepala baby keluar. Dr Rusila suruh aku stop pushing sebab dia nak gunting tali pusat yang melilit leher baby. 3 kali lilitan ok. No wonder lah aku push tak keluar. Bila dah siap gunting semua, aku push untuk kali terakhir (ekceli, tak perlu push pun sebab Dr Rusila boleh tarik baby keluar).

Masa baby keluar tu aku rasa bestttt gila. Rasa lembut je badan baby keluar dari perut aku. Rasa selesa sangat. Dr Rusila letak baby atas badan aku sambil gunting tali pusat dia. Kali pertama aku tengok baby aku sendiri.. ya Tuhan, indahnya perasaan ni. Betul lah cakap orang, hilang terus rasa sakit bila tatap wajah comel tu. Bersih je badan baby, macam baru lepas mandi. Cuma tangan & kaki dia agak kebiruan. Maybe sebab lama sangat duduk kat dalam.

"Baby kita.. baby kita.. alhamdullilah" ayat pertama yang keluar dari mulut aku sambil pandang Mamoru
"Baby kita." kata Mamoru. Aku perasan suara Mamoru sebak. Mata dia bergenang.

Sekejap je aku dapat tatap muka baby. Tak sempat nak sentuh, Dr Rusila dengan sorang nurse terus bawak baby pergi bilik sebelah. Baby tak bersuara. Aku nak bangun ikut sama tapi badan aku rasa berat. Aku suruh Mamoru pergi tengok. Aku hanya mampu baring tengok perut aku yang dah kempis. Subhanallah, kagum aku dengan proses kejadian manusia ni.

Masa semua kalut check baby, sorang lagi midwife (kak Wan), bersihkan aku. Aku tau, aku ada satu stage lagi yang belum habis - uri masih belum dikeluarkan. Bila kak Wan tarik tali pusat yang bersambung dengan uri, aku push sikit untuk mudahkan uri keluar. Alhamdullilah, senang je uri tu keluar. Aku tengok je kak Wan letak uri tu dalam bekas khas. Kak Wan siap cuci & bungkus uri tu elok-elok untuk aku bawa balik dan tanam. Baik kan?

Dalam masa yang sama, aku dapat dengar suara baby menangis kat bilik sebelah. Aku focus telinga aku untuk dengar suara tu. Aku tau tu mesti baby aku. Buat pertama kali aku rasa merdu sangat suara tu.. tiba-tiba je datang rasa rindu..

Dr Rusila masuk semula dalam delivery room. Dia cakap baby aku sihat. Senyum je aku. Aku dah tak fikir apa dah. Even masa Dr Rusila jahit kat bahagian bawah pun aku tak amik port. Aku hepiiiiii...

Lepas selesai jahitan, Dr Rusila salam & ucap tahniah sekali lagi kat aku. Pastu dia pergi sambung keje.

Kak Wan tanya aku sama ada aku nak balik ke bilik aku atau duduk kat delivery room tu dulu. Aku pilih untuk stay dalam delivery room. Masa ni baru aku rasa badan aku penat sesangat. Kak Wan bawak masuk tray berisi secawan milo panas dengan roti & jem. Aku makan sikit je, pastu terus tidur.

Sekejap tu, Mamoru datang semula kat aku dengan muka berseri-seri. Aku tau sure dia hepi dapat tengok baby. Kata Mamoru, baby kami comellll sangatttt. Mamoru cakap, ramai family kami tengah tunggu kat dalam bilik. Tapi aku tak larat nak bergerak. Aku suruh Mamoru layan derang. Aku serious tak larat . Kesian aku tengok Mamoru masa tu. Dia nak temankan aku. Tapi dalam masa yang sama, dia kena layan tetamu, jawab call yang bertubi-tubi & kena uruskan hal berkaitan dengan baby.

Dua jam aku tidur dalam bilik bersalin tu. Mengantuk gila. Aku rasa maybe ubat pentidine tu baru nak berkesan kut.. haha. Bila aku bangun, kak Wan bawakan wheel chair, sorong aku masuk bilik. Kat dalam bilik, nenek dengan Tia dah siap tunggu. Nenek peluk aku - menangis. Aku tak faham kenapa. Mungkin nenek hepi kut. Aku pun hampir menangis juga. Sedih sebab aku tak ada mak (apatah lagi mak mertua) yang dapat temankan aku saat-saat macam ni. Tapi takpe, aku bersyukur sebab aku ada suami yang sangatttt penyayang dan even sanggup uruskan kebersihan diri aku.

Kat dalam bilik, aku minta kak Wan bawa masuk baby. Seronok sangattt. Rasa macam tak percaya aku dah ada baby sendiri. Lebih seronok bila aku dapat susukan baby dari hari pertama dia lahir!! Memula tu aku was-was juga, memacam mender aku duk fikir; betul ke ada susu nih? cukup ke baby minum? Tapi bila baby diam je lepas menyusu, aku jadi bertambah yakin! Rasa macam miracle sangat sebab sebelum tu ramai yang duk cakap susu badan hanya ada lepas seminggu baby lahir la.. tapi alhamdullilah, aku berjaya susukan Ariff. Aku berjaya bagi Ariff khasiat kolostrum terawal yang paling penting untuk imunisasi & antibodi dia!

Malam tu sekali lagi Mamoru teman kan aku kat hospital. Kami memain dengan baby sepanjang masa. Seronok sangat duduk bertiga dalam bilik tu. Sorang pun tak kacau. Esoknya lepas paed confirmkan baby sihat, kami terus check out. Aku siap emo-emo nih nak tinggalkan hospital, boleh?? Siap peluk-peluk kak Wan lagik.

Dan lepas tu, bermulalah perjalanan indah aku sebagai seorang mummy :)

Kalau rajin nanti aku buat entry tentang pengalaman berpantang pulak ek. Oh, kalau nak baca tentang detik-detik kelahiran baby Ariff versi Mamoru, sila klik sini

Semakin rajin

Sejujurnya (ceyyy), sejak dari awal pregnant sampai lah berpantang, aku jarang-jarangggg memasak. Rasa macam dah semakin malas nak ke dapur (blame kat Mamoru sebab terlalu memanjakan wife dia nih). Seriyes ok, asal nak makan je, angkat henpon, call je memana fast food (pizza) atau restoran Roshan (kat area rumah yang buat food delivery). Punya lah senang hidup.. hahah.

Tapi kan, sehari sebelum masuk bulan puasa aritu, nafsu memasak aku mula memuncak-muncak (a good start ey?). Tetiap hari aku masak tau. Sekali masak sampai berjenis-jenis lauk! Terkejut aku dengan tahap kerajinan diri sendiri.

Tambah pulak sepanjang bulan puasa nih office hour sampai pukul 4.00 petang je, lagiiii laa bersemangat aku nak balik memasak. Balik rumah je cecepat keluarkan bahan nak memasak, prepare apa-apa patut pastu lari naik tingkat atas amik Ariff (amik Ariff pun awal jugak - pukul 5.00 petang). Sampai rumah, letak ariff dalam playpen. Biarkan dia dengar lagu & main toy sengsorang. Pastu sesambil menumis tu aku jenguk lah dia sekejap. Walaupun rasa macam terkejar-kejar, tapi aku enjoyyyy sesangatt!




Ariff duk memain sengsorang. Senyap je dia dengar lagu. Tapi, kalau lagu tu berhenti.. mula lah merengek-rengek suruh mainkan semula. Pandai betul.. hihi.




Hello reader's!



Lauk berbuka semalam. Berasaskan sambal semata (kami penggila sambal haha). Sempat jugak aku buat cempedak goreng. Tuu pun nasib baik Mamoru tahan aku dari buat char kuey teow. Kalau tak, confirm berlaku pembaziran yang berleluasa (yang nak makan bukannya ramai)




Sahur subuh tadi. Aku buat sandwich sardin untuk Mamoru & scramble egg untuk aku. Kali nih semua berasaskan roti pulak :)

Customer kuih raya

Nih customer aku yang beli kuih raya dari tahun lepas, cik Fatimah. Tahun nih dia antara yang terawal inform aku nak stok kuih raya. Siap nak jadi pengedar kuih raya kami lagi!




As ussual la kan, aku kan suka nau bergambar. Nih gambar masa dia datang umah aku wiken aritu. Tenkiu ya wakkk :)

Monday, August 24, 2009

Ariff & Onyang

Hari ni 3 Ramadhan 1430 Hijrah. Sekejapnya.. rasa macam tak nak je Ramadhan nih berlalu dengan cepat.

Seronok sangat Ramadhan tahun nih bila dapat sambut dengan kehadiran orang baru. Bila tengok balik nikmat & kegembiraan yang Tuhan berikan dalam hidup aku, rasa bersyukur sesangat. Agaknya nih lah orang kata nikmat hidup berkeluarga. Setiap tahun ada je kejutan yang menggembirakan.. *alhamdulilah*

Hari pertama puasa Ariff yang kejutkan kami. Dia pun sibuk nak join bersahur sekali. Kelakar sangat.

Korang tau tak, aku tak pernah tahu yang jadi seorang mummy nih adalah perkara yang sangat mengujakan (ada ke ayat camni?). Dulu aku sendiri tak yakin untuk menjalankan tanggungjawab seorang mummy dengan baik. Masa adik aku dapat baby, aku hanya mampu bertahan pegang / jaga baby tu dalam masa sejam dua je. Pastu aku serahkan balik kat adik aku. Jaga budak kecik pun sama. Aku macam rasa aku takde maternal instinct. Aku cepat give up - maklum lah, budak kecik kan banyak ragamnya.

Tapi alhamdulillah. Rupanya perasaan keibuan tu datang naturaly sebaik lahirnya anak kita ke dunia ni. Bukan sakit masa bersalin yang buat aku sayang kan Ariff, tapi perasaan saat dia keluar dari rahim ni yang buat rasa kasih sayang tu mekar secara tiba-tiba (ayat ntah apa-apa.. haha) Pendek kata, hanya mereka yang melahirkan je faham apa yang aku cuba luahkan ni :)

Berbalik pada topik, semalam kami berbuka dengan nenek Kuala Selangor (Onyang Ariff). Suka sangat nenek setiap kali jumpa cicit dia. Masa Ariff lahir aritu, nenek lah yang duk menunggu aku dari pagi sampai laa ke petang kat dalam bilik aku. Terharu tau. Maklum lah, aku dengan Mamoru bukannya ada mak. So, bila nenek sudi datang hospital semata nak temankan aku, rasa macam terharu gila (oh, aku belum publish pengalaman masa bersalin aritu kan? ok, ok pasnih ek?)




Sukanya Onyang bila dapat pangku Ariff.



Onyang tak larat nak angkat Ariff. Maklum lah, berat Ariff dah 6 kg lebih.




Semoga Tuhan panjangkan umur Onyang & semoga Onyang sihat selalu :)




Oh, ni gambar extra. Saja nak tunjuk mimik muka Ariff yang kelakar & comeiiiii..




Sayangggg sangattt kat budak tecit nih!!!




Tengok tuuuu.. Ariff buat muka kelakar lagi.. gereemmmm! xoxoxoxo


Sempena bulan Ramadhan nih, aku nak tujukan lagu dari drama paling best yang aku suka sangatttt tengok kat TV3 - Nur Kasih dari Yasin (sok, kalau dapat baby girl, aku nak bagi nama dia "Nur Kasih" lah.. opss sudah merancang untuk pregnant lagi - wei, seronok ok feeling bila pregnant)





Nur Kasih - Yasin



Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan

Resah hati yang ku pendam

Pada takdir dan harapan


Detik waktu dan suratan

Siapa tahu ketentuan

Ku mencari cahayanya

Dalam bayang kegelapan


Nur kasih

Nur kasih


Nasib hidup dan pilihan

Lain hukum setiap insan

Mengharapkan perjalanan

Dalam maya kesamaran


Nur kasih

Nur kasih


Aku kembali kerana masih

Mencari yang hakiki

Sinar pasti

Janji suci yang abadi


Ooo kasih

Nur kasih

Oh nur kasih

Nur kasih


Aku kembali kerana

Masih mencari yang hakiki

Sinar pasti

Janji suci yang abadi


Nur nur ya nur kasih

Nur ya nur kasih

Nur nur kasih

Nur kasih



Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan


Assalamualaikum ya' Ramadhan





*aku suka sangat masjid Ubudiah ni tau.! pic credit to razuryza*

Malam ni dah start tarawikh kan, bestnyaaa. Tapi, tsskkk.. tak dapat nak tarawikh kat masjid gegamai macam tahun lepas (mana nak letak Ariff?) Tarawikh kat rumah je lah nampaknya.

Thursday, August 20, 2009

Sebelum pergi keje

Saja nak letak gambar taim hantar Ariff pergi rumah pengasuh dia. Macam dah jadi wajib pulak aku bergambar dengan Ariff setiap pagi :)



Sayangggg anak mummy




Ariff selalu tidur taim aku nak pergi keje. Kalau terjaga pun, dia suka main-main sendiri. Senang je nak jaga dia :)




Gambar-gambar nih lah pengubat rindu bila pergi keje.




Oh, ingat lagi tak budak tecit dua orang nih? Yang pegang teddy bear tu Jasmin & yang baju pink tu Ayuni. Comel kan cousins Ariff nih. Kejap je dah besar :)

Who wears it better?

Aritu aku pegi expo wedding kat Mid Valley, ada pertandingan make-over pengantin. Kebetulan pulak salah satu model kat situ pakai baju pengantin yang aku pernah pakai masa bersanding dulu ok! Teruja sangat tau bila tengok baju tu.




So, uolss, agak-agak, who wears it better ek? Aku or model tu? (better cakap aku pakai lagi cunn, kalau tak aku sentap 24 jam).. hihi.. Merasa kan? Comparison ala-ala artis gitu.. ahahaha.




Nih la rupa dress tu dari belakang. Taim aku sanding ritu tak sempat amik gambar dari belakang sebab ramai yang kerumun dedekat :)

Memori sangat tau.. hik.

Wednesday, August 19, 2009

Nanti ya!



Wah.. esok tengok anak bulan!

Eksaitednya.. eksaitednya nak puasa uolss. Aii ada banyakkkk (terlalu banyakkkk) cerita nak di upload kat sini. Merasalah pasnih aii upload secara marathon pulak. Tunggu nahhh. Satttt ja. Tungguuuuu tau.. *flying kiss kat uolss*









Friday, August 14, 2009

Karma

Do you believe in karma?

Do you even know what karma is all about?

Well, what goes around comes around, you know. In other words, what you put into the world comes back to you. How you live your life determines what kind of life you WILL have.




so beware.

Thursday, August 13, 2009

Paging for MLTR free tickets

OMG!!!

Michael Learns to Rock "Eternity Tour 2009" LIVE in Malaysia!

Nak pergi! Nak pergi! Aku minat gila band nih dari aku sekolah rendah lagi tau. Dah berapa kali aku miss nak pegi konsert MLTR bila derang datang Malaysia. Err.. ada sesiapa nak bagi aku free tiket tak? Please.. please.. please..

Kalau boleh, aku nak free tiket untuk VIP seat (hah ngkau, dah la mintak free tiket, demand VIP seat pulak tu) Kalau ada yang sudi bagi aku tiket free, confirm aku promote apa-apa iklan tentang produk / blog / etc korang kat blog aku selama 48 jam (dua hari berturut-turut). Ini se-ri-yes (sebut ala-ala wonderpets)

Tapi kalau dapat tiket free untuk seat yang belakang-belakang, aku terima juga.. hihi.




Eh, konsert dia dalam bulan puasa la. Err, skip satu hari tarawih boleh kut? *panggg sekali kat pipi aku ni*

Tapi aku nak jugaakkkk.