Tuesday, August 11, 2009

Ariff demam

Macam ni lah gamaknya rasa para ibu bila anak kesayangan demam. Rasa sedih & pedih je hati nih ek.

Badan Ariff panas pagi nih. Suhu badan dia
37.6°C. Ariff demam.

Walaupun demam Ariff baru nak naik, aku dah start gelabah. Panik. Otak jadi jam sebab berfikir terlalu banyak mender dalam satu masa. Nasib baik Mamoru cool orangnya

Kami mandikan Ariff. Suhu badan dia turun ke 37.1°C. Bawah paras demam. Tapi Ariff refused susu badan (sedih aku). Mamoru try bagi susu pakai botol - itu pun tak banyak yang dia minum.

Berat hati aku nak tinggalkan Ariff kat rumah pengasuh dia. Tapi since suhu dia dah berkurang, no point untuk aku ambil cuti. Sebelum hantar tu, aku ada suapkan Ariff ubat demam. Mamoru pun siap bagi digital termometer kat pengasuh Ariff - suruh dia check setiap jam - in case kalau suhu badan Ariff cecah 38°C, aku terus lari balik rumah bawak Ariff pergi hospital.




Tengok muka budak comel nih..



Tengok aksi & keletah dia..




Tengok perkembangan dia..




Dengar suara dia yang suka buat bunyi comel bila aku bercakap dengan dia..




Sekarang, cuba cakap kat aku, hati ibu mana yang boleh tahan bila berjauhan dengan dia.


Tukar cerita lain. Cerita yang hepi sikit.

Ariff dengan Mamoru dah semakin kamceng. Mana taknya, setiap apa yang aku buat, Mamoru nak take part - kalau boleh, semua aktiviti dia nak involve (satu je yang tak boleh - breastfeed.. haha). Dari mandikan Ariff, bagi susu, tukar diapers, dodoikan, etc, semua Mamoru pandai tau.

Nak dijadikan cerita, semalam masa aku ambil Ariff dari rumah pengasuh dia, aku lelepak lah kat rumah akak tu sekejap macam biasa - saja beborak. Pastu masa nak bawa Ariff balik, aku terserempak dengan Mamoru kat depan lif rumah akak tu. Rerupanya dia duk tunggu kami kat situ. Cecepat dia capai Ariff dari tangan aku. Marah dia tau sebab aku lambat bawa Ariff turun.

"Sayang ni kenapa lama sangat ambil Ariff! B siap balik rumah gi berak pastu datang balik sini pun sayang tak sampai lagi!"

Baru aku tau, rupanya setiapkali aku pegi ambil Ariff, dia duk tunggu aku kat lift. Kontrol mannchoo la tu. Aku ingat aku sorang je yang rindu gila kat Ariff, rupanya ada lagi yang lebih melampau-rindunya dari aku.. hahaha (comel je kan?)

8 comments:

Deqna said...

comel.. memang lah tak sanggup nak berjauhan ngan anak walaupun seketika.

Anonymous said...

btul tu deqna.. syedihh hati nih.. terluka perashaan nih..

Elyn Sani said...

hehe lawak tul mamoru tggu u all kat lift......

Biqque said...

hahahahahaha lawak ar mamoru tu! tak daya tahan gelak ni...kahkahkahkah! mesti cam ehhh letak kaki sebelah kat tangga la, ehhh tak leh, kaki kanan la, ehhh tangan tongkat dagu la...cari port sambil tunggu dgn penuh rasa hebat! hahahaha!

Ely Hasrul said...

boleh kalu mamoru nk take part time breastfeed. dia leh sediakan air utk diminum, letakkn bantal dan juga urut bahu hhuhuhuhu.. time awal2 nih maybe kite rasa kuat lagik, excited and xperlu hubby and xmo hubby susah2 tp bile dh setahun lebeh breastfeed nih mmg tengkiu very much la kalu papi duk tlg time susu hehehhe..

Cik Jah said...

alahai comeinya ariff....memang sayang nak tinggal2 kan ...kasih ibu memang mcm tu. Tu sebab baby sakit skit je maknye yg nangih beria kan...biasalah tu....saya pun ada pengalaman mcm tu.

Nurmala Mazlan said...

adeh!!! cam terharu pulak baca entry ni..
bila la pulak saya nak rasa pengalaman cam gitu kan

NorAzrin MohdNawir said...

mestilah mamoru rindu jugak aD..dia kan daddynye ariff.....

anyway, comel je muka ariff masa ad mandikan dia tu...sonok je tgok dia main air...