Wednesday, March 10, 2010

Ariff 9 bulan


Ariff sekarang dah 9 bulan (9 months & 4 days old by time I wrote this entry).

Sekejap je kan?

Alhamdullilah, senang sangat nak jaga dia. Rasanya macam bodoh je bila fikir betapa takutnya aku nak ada anak sebelum nih :)

Perkembangan Ariff setakat 9 bulan nih? Oh, sangattt banyakk dan sangat menarik.

Aku pernah cerita tak yang Ariff tak suka merangkak or duduk? Dia skip dedua part tu. Dia nak terus berdiri. Ariff suka sangat berdiri (dalam playpen, katil, even kat tepi sofa). Dia dah boleh bergerak dari penjuru ke penjuru. Pernah sekali dia berdiri tepi sofa lepas tu dia lepaskan dedua tangan dia dan berdiri straight menghadap kami. Sangat comel ok. Dia siap gelak-gelak lagi sebelum jatuh atas tilam yang sengaja kami bentang atas lantai. Nampak sangat dia tak sabar nak berjalan kan?

Ariff belum ada gigi lagi. Kata orang, kalau lambat tumbuh gigi, means baby lambat bercakap. Well, Im not worry about that. Perkembangan baby semuanya berbeza. Tapi mulut Ariff memang sangat becok. Suka sangat berbual dalam bahasa dia. Kalau part jerit-jerit tu, ya Tuhan, kuat betul suara dia tau.

Ariff dah pandai few things. Macam, kalau aku panggil, dia akan datang ke arah aku. Atau kalau Mamoru tegur dia bila dia notty, Ariff akan tunduk dan tercebik-cebik pastu menangis. Comel!

Satu lagi, Ariff sangat peka tau. Misalnya, kalau aku tengah sorok-sorok guna henpon (woo, tak berani aku bagi dia pegang touch screen nih) atau tak pun taim aku makan something sambil lindung dengan paper, dia akan cari jalan untuk jenguk benda yang aku sorok tu tau. Kelakar sangat tengok dia duk panjang-panjangkan leher camtu. Sangat curious dia nih. Memang takde can aku nak mengelat. hikhik.

Lagi apa ek.. banyak nak update nih, tapi mata dah berat. Later, I guess. Will upload dengan gambar terbaru Ariff. Right now, aku adalah tersangat mengantuk.. *yawnn*.

Later k, promise :)

5 comments:

aJa said...

wahhh...comeinyer arif...

dulu anak saya wana pun camtu..tak reti nak merangkak ke apa...terus bangun jalan cuma ambil masa cket sampai setahun setengah baru leh jalan...

kelakar..

Biqque said...

budak comel itu sudah besar :D

aemin said...

xbtol tu ckp org klu lambat tumbuh gigi lambat bercakap. anak aku pon lambat tumbuh gigi tp sangat petah bercakap. gigi sulung yang tumbuh pun gigi taring lak dulu. lagi aneh.

GT said...

Nice blOg!!!

JOM join Geng blOgger. Best! And bley pOpularkan ur blOg, dpt earning byk dari nuffnang =)

Klik je http://www.gengblogger.com/?ref=gadisterbilang

Biqque said...

jom shopping kat blog i

http://biqclozet.blogspot.com/