Wednesday, October 06, 2010

Hampir 8 bulan

Ariff still demam lagi. Bila bagi ubat, panas dia surut. Genap 6 jam pastu suhu dia naik balik. Hmm.. petang nih nak bawa Ariff ke klinik lagi. Nak ambil antibiotik pulak.

Malam tadi aku down sekejap. Gara-gara Ariff tidur terlalu awal dan tak sempat nak jamah makanan yang aku masak untuk dia. Kesian Ariff. Maybe demam tu buat badan dia penat & tak larat. Sedih woo.. aku siap call Mamoru nangis-nangis. Panik sekejap Mamoru sampai nak balik malam tadi jugak. Nasib baik aku manage convincekan dia jangan balik – semua ok – aku je yang terlebih emo.

Haih.

Minggu depan kandungan aku genap 8 bulan. Wow, sekejap je dah nak due. Betul ke nih? Macam tak percaya je. Kurang 2 bulan je lagi beb.

Aritu pegi check up. Dr Rusila (Dr yang sambut kelahiran Ariff dulu) cakap badan aku kurang darah. Dia bagi ubat aperntah untuk tambah darah. Kata dia, ubat tu akan buat aku berak keras. Aduii.. gasakkkk lah aku memerut lelama dalam toilet nanti.

Iklan: Eh, ada orang terjun bangunan! Bukan, bukan. Terjun payung dari menara KL lah. Boleh nampak dari Menara Maybank nih. Hebat betul derang nih. Kalau aku, takde maknanya nak join xtvt terjun-terjun nih. Aku ada masalah sikit dengan ketinggian – masalah gayat. Kalau ajak mendaki gunung boleh la.

Ok, sambung balik.

Masa check up kat Al-Islam tu, kami sempat scan 3D. Dapat lah tengok muka baby A Jr. Hidung dia mancung. Kata Dr Rusila, kalau ikut saiz kepala baby A Jr, agak besar juga lah. Sama macam Ariff dulu. Gasakkk lahh aku nak meneran.. hihi. Tapi takpe. Aku suka baby besar-besar nih. Senang nak jaga. Senang nak pegang. Kalau kecik sangat, susah laa. Fragile je rasa. Oh, berat baby A Jr sekarang dah 1.57kg :)

Surprisingly, berat aku pulak tak berubah.. Masih 43 kg. Sama je dari bulan Ogos sampai sekarang. Patutlah orang terkejut bila aku cakap kandungan aku dah dekat 8 bulan. Dan patut laaaa aku tak penah dapat seat bila naik LRT! Cess.

1 comment:

Biqque said...

hahaha siap ada iklan :D

harap2 ariff cepat sembuh, tak mo la tgk dia kurus2, tak best!

u mmg, pregnant pun still nampak kurus...cepat kan? dah nak branak dah :D

take care ok?