Friday, December 24, 2010

2010 review

Sekejap je 2010 nak tinggalkan kita. Laju betul masa berlalu sekarang nih. Tup tap tup tap, dah nak masuk 3 tahun aku kawen. Dah 2 anak pulak tu.. huhu.

Bila tengok balik (read as: baca balik entry blog since tahun 2003 - tahun aku start menulis blog) apa yang dah berlaku dalam hidup aku, rasa macam.. pheww.. tak sangka aku dah lalui macam-macam stage dalam hidup ni, e.g.,

graduate, cari kerja,
putus cinta, bercinta semula, putus cinta lagi,
konflik hidup, family prob,
berkawan, hilang kawan, berkawan baru,
tukar kerja,
bercinta semula, kawen, dapat anak

Masuk tahun 2011 tahun depan, dah hampir 8 tahun aku menulis blog! Fuhh.. lama jugak ek. Dan blogspot nih blog aku yang ke-3 selepas 2 blog sebelum nih (Circle99 & Modblog) kaputz menyebabkan semua entry dari pertengahan tahun 2003 sampai 2005 hilang tanpa sempat diselamatkan :(

Ok. Aku bukan nak bercerita tentang sejarah hidup aku. Dah lepas tu biarkan berlalu. Tapi kalau nak baca, klik lah entry dedulu.. huhu.

Hari nih cuma nak review balik apa yang jadi or apa yang dah aku achieved so far dalam tahun 2010 yang tinggal beberapa hari je lagi nih:

January
  • Aku mula aktif buat part time jadi Makeup Artist - satu job yang sangat aku minat dari dulu lagi. Sebelum nih banyak jadi bidan terjun je :)
  • Aku start kerja dengan kompeni baru

February
  • Oh, aku lupa aku ada buat contest untuk free Makeover! Ya Tuhan! Pada pemenang, sila hubungi aku untuk tetapkan tarikh makeover ya :)
  • My 2nd Wedding Anniversary - Dapat phone HTC Touch HD :)

March
  • Buka booth promote Makeupfreak's makeover! Tak sangka dapat sambutan hangat! Tenkiu.. tenkiu!

April
  • Aku berjaya tawan 2 puncak gunung di Sabah - Trusmadi & Tambuyukon dalam xpdc 5 hari 4 malam. Yey!
  • Aku dapat tahu aku pregnant masa mendaki dedua gunung nih!

May
  • Aku start jarang update blog - bz dengan kerja baru + kerja part time
  • Ariff kena admitted kat Al-Islam - jangkitan kuman dalam perut.

June
  • Aku create website www.makeupfreak.net
July
  • Dapat birthday present dari hubby - MPV Alza :)

August
  • Dapat jemputan bersahur dengan Hot-FM (Fafau & FBI)

September
  • Baru keje tak sampai setahun dah dapat bonus + ex-gratia dari kompeni baru. Alhamdullilah, rezeki.
  • Dapat hadiah gelang emas dari Mamoru
  • Mamoru start outstation

October
  • Dapat hadiah perfume dari Mamoru
  • Mamoru still outstation

November
  • Kelahiran anak kedua - Amarr
  • My HTC Touch HD hilang.. tsskkk

December?
  • Waiting for good news - tak boleh share. My lips are sealed & my fingers tied :)


p/s: oh banyaknya entry dalam draft. Kena clearkan sebelum 2011 menjelma.. yah yah yah. Go aD!

1 comment:

jesnita_ns said...

sape pemenang make over tu aD?? dh annouce ke??