Sunday, December 12, 2010

Gian nak pergi mendaki gunung

Tau tak apa yang bermain difikiran aku bila perut dah kembali kempis? Muahaha.. aku nak masuk hutan mendaki gunung!!

Sekarang nih tengah giat tengok kalendar dan pilih tarikh yang sesuai untuk terbang ke Sarawak - mendaki gunung Murud - gunung tertinggi di Sarawak! Dalam list G5 (lima gunung tertinggi di Sabah dan Sarawak) just tinggal gunung Murud je yang aku belum conquer lagi.

List G5

Gunung Kinabalu, Sabah Conquered
Gunung Trusmadi, Sabah Conquered
Gunung Tambuyukon, Sabah Conquered
Gunung Murud, Sarawak
Gunung Mulu, Sarawak Conquered

InsyaAllah, habis je list G5 nih, aku nak kosentret pada G7 pulak.. hihi. Jeles arr tengok kengkawan yang dah lama grad G7 nih :)

List G7

Gunung Tahan
Gunung Korbu
Gunung Yong Belar Conquered
Gunung Gayong
Gunung Chamah
Gunung Yong Yap Conquered
Gunung Ulu Sepat

Argh.. bengang. Just 2 gunung je dalam list G7 nih yang aku tawan? Sadiss.. Kalau aku tak tersesat masa xpdc Trans-Titiwangsa V2 dulu, sure gunung Korbu & gunung Gayong berjaya diconquer. Takper lah.. ada masa lagi. Boleh repeat next time.

Note: Setakat hari nih, sebanyak 33 gunung (dalam Malaysia) dah berjaya aku tawan (tu tak termasuk repetition ke gunung yang sama)!


Cerita pasal Amarr pulak.


Pagi tadi ada nurse datang rumah nenek aku. Orang kampung panggil "bidan". Derang memang ditugaskan untuk datang melawat setiap penduduk kampung yang baru melahirkan anak.

Masuk hari nih dah 4 kali nurse datang ke rumah nenek untuk check Amarr & aku. Tadi dia timbang berat Amarr. Dah 3.2 kg :)

1 comment:

zamrita said...

salam...
wak kalau awak nak g camah ulu sepat bagi tau ek...tak pegi lagi jugak neh...