Monday, March 28, 2011

Getting a present for Mamoru

Im suck at getting a present for Mamoru. Hahaha. Mamoru is an IT person. And I always thought that giving him techy stuff as a present would be great.I wanted so bad to impress him and give something that he'll love and use every day.

But my first attempt last year was a disaster. Though Mamoru kept saying he loves the PSP so much, tapi aku tak percaya. Aku tau dia nak ambil hati je tu. Tsskk. Aku tak tahu pula yang orang lelaki lebih gemar beli PSP yang boleh di - 'crack'. So, derang boleh beli semua jenis games dengan harga yang lebih murah (underground). Dan aku-yang-buta-IT ni, telah membelikan dia PSP original new released yang tak boleh di - 'crack' atau mungkin ambil masa setahun lagi untuk di - 'crack'. Paling sedih, bila games original yang boleh dimainkan dalam PSP tu juga sangat limited. Haih. Seriyes aku tatau pasal nih. Maklum lah aku adalah seorang yang tak suka main games elektronik. Games yang ada dekat henpon pun aku tak suka main. Nih la jadinya bila orang yang tak suka main games tapi berlagak pandai hadiahkan PSP dekat orang yang terer main games. Memalukan, bukan?

Tapi, aku takkan mengalah. Aku tetap nak tunjukkan pada Mamoru yang wife dia nih tetap terer dalam bab IT. Walaupun, Mamoru tak pernah pandang rendah pada aku, aku tetap tanak ketinggalan dalam perkembangan teknologi nih.. huhu.

Dan aku dah tahu apa yang aku nak belikan untuk birthday Mamoru bulan depan! Aku rasa sure kali nih sure Mamoru suka. Cuma masalahnya sekarang nih, macam mana nak dapatkan version terbaru mender tu sebab baru je launch kat US awal bulan aritu. Aku dah call Apple store kat sini: Derang pun tak sure lagi bila masuk pasaran Malaysia..

Hm, camno? Birthday Mamoru dah dekat. Sempat ke? Kalau nak beli old version, boleh je. Harga pun dah murah since new version dah released. Tapi.. tak best la. Camne haa? Nak beli old version atau nak tunggu latest version yang mungkin ambil masa dua tiga bulan baru sampai Malaysia?

 

Friday, March 18, 2011

Mamoru..


Mood yang ntahapehape. Dah dua hari macam ni. Salahkan pada menstrual day - pada period.

Kesian Mamoru. Diam je dia bila dua hari berturut aku asyik marah-marah. Itu tak kena, ini tak kena. Dah mengidam nak makan tapak tangan gamaknya aku ni.

Nasib baik Mamoru tak macam lelaki lain.. dan disebabkan tu lah aku akan rasa bersalah yang amat sangat setiapkali sedar dari marah.

Mamoru tak pernah keluar rumah bila aku start membebel. Kalau lelaki lain, konpem dah lama capai kunci kereta - pergi jejauh.

Mamoru tak pernah nak balas setiap apa yang aku cakap. Dia akan duduk diam dan dengar je segala apa yang aku bebelkan. Kalau apa yang aku cakap tu betul, dia akan terima dengan hati terbuka. Tapi, kalau apa yang aku cakap tu salah, dia akan tunggu sampai aku reda, pastu baru dia akan cakap dengan baik. Kalau lelaki lain? Harus dah jadi medan perang. Meletup.Dedua duk balas-membalas tanak mengalah kut.

Mamoru tak pernah 'angkat' tangan. Kalau dia rasa aku dah terlebih tu, dia akan cakap dengan lembut, "Dah la tu". Kalau lelaki lain, harus aku telefon tele-dera... hukhukhuk

Mamoru suka mengalah dan minta maaf. Even bila yang bersalah tu sebenarnya aku... tssskk. Memacam cara dia akan buat untuk tengok aku tersenyum semula, e.g., buat muka comel, peluk aku sambil buat muka sedih, belikan coklat atau makanan yang aku suka dan yang terbaru, dia akan bawa anak-anak duduk depan aku sambil suruh Ariff / Amarr hulur tangan minta maaf sama.

Oh.. bertuah kan aku? Tapi kenapa ek bila dah lepas marah-marah baru aku nak perasankan semua ni? Haih, aD.. aD..

Kadang-kadang aku terfikir, apa kebaikan yang aku buat dalam hidup ni sampai Tuhan bagi aku seorang suami yang sangat baik seperti Mamoru. Haih. Ni la bangsa kalau tak reti bersyukur.

aD, sila stopp moody dan bersyukur sekarang!

Haih, cepatlah petang.. aku nak balik rumah peluk Mamoru lama-lama.

Thursday, March 17, 2011

Majlis pertunangan adik no.5

Gambar sekitar majlis pertunangan adik no.5. Layann..


Rombongan dari Masjid Tanah Melaka


Dedua hero aku berebut nak duduk atas pangku


Tukang cakap, my pak busu. Ayah sakit gigi taim ni.. huhuhu


Family aku je dah penuh satu umah


Kekanak ribena yang menceriakan keadaan.


Bakal SIL dengan hantaran


Nenek yang penuh emo masa sarung cincin risik.. comel la nenek :)


Ibu sarung cincin tunang pulak


Pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun nih, insyaAllah :)

Wednesday, March 16, 2011

Hantaran adik lelaki no.5 (II)

Haritu aku upload tak complete kan. Ni aku 'up' kan sekali lagi. Semua hantaran nih aku siapkan dalam masa 1 malam sahaja.. huhuhu.. terer kan. Kecuali sirih junjung la. Kang buat awal-awal kang layu pulak.


Sirih junjung


Buah epal


Baju nikah


Coklat

Bekas cincin dari sarang tempua. Dalam sarang nih dibubuh bunga rampai tau :)

Gubah sirih junjung

Oh, aku dah semakin pro dalam mengubah hantaran nih. Setiap kali adik beradik or adik ipar or sepupu nak kahwin je, konpem aku jadi sasaran untuk disuruh buat gubahan. Padahal aku bukannya kreatif sangat pun.. huhuhu. Aku dah tak ingat berapa kali aku kena buat gubahan dalam setahun. Maklum lah, adik beradik ramai sangat. Untuk seorang adik je, kena buat gubahan 2 kali. Satu untuk tunang, satu untuk nikah.. Kalau 10 adik? Kira lah.. huhuhu.


Tengah menghias sirih junjung


Kalau tengah kosentret camnih, jangan laa kacau aku


Aku cucuk pakai peniti je :)


Penuh kosentrasi kan?


Cak?

Tuesday, March 15, 2011

Rehat yang tak cukup

Weekend aritu adalah yang sangat hectic. Penuh dengan jadual yang bersilang pangkah. Sepatutnya semua ok. Tapi since adik lelaki no.5 suka buat plan mengejut beruk mat yeh  sesuka hati ikut jadual dia. Maka jadual aku yang dah diplan dari awal turut jadi kelam kabut.
 
Mana taknya, Sabtu gerak ke Melaka - hantar hantaran ke rumah nenek. Tak dapat konvoi  sesama sebab aku kena rush ke Felda Tenang kat Labis, Johor - untuk makeup kan bakal adik ipar aku (tunang adik lelaki no.5). Majlis habis pukul 6.30 petang.

Pastu petang yang sama jugak aku gerak ke Felda Jengka 7, Pahang untuk job makeover kat sana. Tapi sebelum tu, kami naik KL dulu ambik kawan Mamoru yang akan join photografi kat sana. Kesimpulannya:-

KL - Melaka - Johor - KL - Pahang - KL : Dalam masa 2 hari!! Oiiii.. penat gila ok.

Dan semalam aku MC. Sakit belakang. Ok, tipu. Sakit belakang tu sikit je. Sebenarnya nak spend masa dengan Ariff dan Amarr. Cover balik cuti yang patut di-spend untuk mereka.. huhuhu.

New update in Makeupfreak

Just uploaded new pics in www.makeupfreak.net
 
Still got hundreds more to go.. aiyo.
 
Sementara tunggu aku upload gambar majlis peminangan adik lelaki no.5 kat sini, sudi-sudikan lah jenguk website Makeupfreak 
 
Go.. go.. go..
 

Friday, March 11, 2011

Hantaran adik lelaki no.5

Semalaman tak tido menyiapkan hantaran nih. Ada 5 hantaran semuanya. Tinggal sirih junjung je yang tak siap. Kang taim lunch kat ofis, aku nak menyelinap ke Petaling Street - cari bunga ros untuk letak kat sirih junjung :)

Nih gambar 2 hantaran yang dah siap. Yang lain tak sempat nak snap gambar.. layannnn..


Sebelum.


Bekas cincin dari sarang tempua


Coklat castle :)

Muka comel

Muka Ariff bila kena kemek dek mummy



Gereemmm dengan pipi nih. Gebu sangatttt!!

Thursday, March 10, 2011

Subuh nan indah

Jadi mummy nih memang seronok kan?
  • Seronok mengemas tempat yang sama berulang kali dalam masa sejam.
  • Seronok menge-mop lantai berulang kali bila air tumpah / sup tumpah / cereal tumpah / etc
  • Seronok menukar baju anak-anak bila baru pakai sekejap dah kotor / basah
  • Seronok mencari barang yang hilang satu rumah (remote / botol susu / kunci / handphone)
  • Seronok berjaga semasa mengantuk semata nak tunggu anak yang sedang aktif masuk tido.
  • Seronok bila dedua anak menjerit menangis sama sampai tataw mana nak attend dulu
  • Seronok mengejar anak yang sulung sambil mengendong anak kecik
*Nih seronok ke haper ni??*

Memang seronok sebenarnya. Sebab memender camnih lah yang banyak mengajar aku lebih sabar dan berdisiplin. Contohnya macam pagi nih;

Tepat pukul 6.00 pagi rumah dah bersih berkemas. Baju dah siap basuh dan bersidai. Baju yang kering pun dah siap berlipat.. huhuhu.. vangga tau dengan diri sendiri. Masa takde anak dulu, matahari dah tegak menggalah pun belum tentu tempat tidur berkemas. Tu belum masuk ruang tamu, dapur, etc.

Memang sangat seronok ada anak nih sebab tak kira macam mana pun, aku kena bangun jugak. Yelah kan, kalau alarm jam loceng yang berbunyik, boleh lah aku tekup bawah bantal jam tu. Kalau baby yang berbunyik, takkan nak buat camtu kot? Hihihihi..

Wednesday, March 09, 2011

Cam biasa lah

Gua bizi la sekarang.

 

Eh, kalau anak aku baca tulisan 'gua' 'lu' nih.. mamfus aku. Kompem di copnya aku sebagai emak yang rock-tak-sedar-diri-dah-tua.. huhuhu

 

Ok lah, kita tukar kata ganti diri tu.

 

Aku bizi la sekarang. Bizi dengan persiapan pertunangan adik lelaki no.5. Dia suruh aku hiaskan hantaran untuk pihak pompuan. Pastu demand lak. Nak ikut tema hitam-putih sama macam hantaran belah pompuan. Huh, mana ada orang buat tema hantara dedua belah pihak sama kaler kan? Aku cakap kat dia, kalau nak aku buatkan, dia kena ikut kaler pilihan aku -GOLD. Bukan apa, kaler gold nih senang nak cari - senang nak mix & match.

 

Ohh, aku tengah prepare nak bukak bisness jual baju online. Baju dah ada. Website pun dah create. Tinggal nak upload je. Nanti aku share link kat sini eh.

 

Ok lah. Tak leh nak menulis lelama. Kan dan cakap tadi, bizi. Kang aku tulis pepanjang kang, Nampak sangat lah tipoo kan? Hihihih.

 

 

 

Tuesday, March 08, 2011

Apa yang aku rasa..

Apa yang aku rasa bila fikirkan tentang kerja?

Bila fikirkan tentang kerja, aku rasa bosan. Bukan bosan pada job scope aku. Bukan bosan pada kompeni sekarang ni. Aku suka kerja aku. Steady. Good salary, etc, etc. Aku suka kompeni ni. Benefit banyak, etc, etc. Dah tu, apa yang aku bosan kan?

Haih. Aku bosan dengan rutin seharian sebenarnya.

Tahun nih genap 10 tahun aku bekerja sejak aku grad dari UUM. Sepuluh tahun aku duk ulang alik kejar ofis hour 9.00 am to 5.00 pm. Bosan ok. Macam takde life. Yelah, weekday kena keje 5 hari berturut. Weekend, just cuti 2 hari je. Mana cukup (tamak ni). Pastu, nak tunggu public Holiday punya lah hazabbb. Kalau kena bulan yang takde cuti langsung.. ohhhh lagi la hazabbbbbbb.

Bila fikir bebetul, nama je ofis hour 9 to 5. Tapi sebenarnya, pukul 5.00 pagi aku dah bangun bersiap dan hantar baby ke rumah pengasuh. Pukul 7.00 pagi keluar rumah. Balik keje pulak, mengharung jem bagai, pukul 7.00 malam baru sampai depan pintu rumah. Kesimpulannya, aku keluar bekerja 7.00 am to 7.00 pm okay. 12 jam straight! Bila sampai rumah dah malam, badan dah penat. Dinner order kat kedai. Nak bermain dengan anak-anak pun tak larat . Takde kualiti time langsung. Nak tunggu weekend? Sorry lah. Hario Sabtu tu laaa masa untuk yang bekerja bangun lambat sikit. Bermalas kat rumah. Ahad pulak, bila badan baru nak cargas pergi jenjalan, bila balik dah penat. Nak rehat lelebih tak boleh, esoknya kena masuk keje. Haih. Bosan.

Aku nak kerja sendiri. Kerja yang hanya memerlukan aku monitor dari rumah. Boleh spend masa dengan anak-anak sambil bekerja. Tapi... aku tak berani lagi nak ambik risiko berhenti keje sekarang. Takut tak termampu nak cover expenses family yang semakin bertambah. Haih.

Takpe, aku bagi masa 3 tahun lagi. Maknanya, sebelum usia aku cecah 35 tahun nanti, aku dah boleh pilih dengan confidentnya untuk berhenti makan gaji. InsyaAllah. InsyaAllah!

Monday, March 07, 2011

Hadiah untuk Amarr lagi

Tenkiu buat auntie Wan  dan auntie As dari ofiss Mummy untuk hadiah-hadiah comel nih. Amarr suka sangatt. Tapi abang Ariff dah tolong rasmikan untuk Amarr.. hihi

Piknik at Sg Congkak (again?)

Tak plan nak kesini pun minggu ni. Tapi ntahh. Macam mana boleh terpegi pun, aku tataw.. hihi. Pagi nak bertolak tu baru buat persiapan. Nasib baik kami dah biasa bawak baby pergi camping, so barang nak dibawa tu memang dah tersedia (termasuk first aid).

Dan nasib baik juga Tesco ada jual daging untuk bbq yang dah siap marinate. Sonang kojo den.

Layan kan gambau je lah nahh..


Family aku tak ramai yang join kali nih. Memasing bizi dengan persiapan untuk majlis tunang adik lelaki no.5. Tapi masih happening sebab kengkawan ofis Mamoru ramai yang datang :)


Mamoru dan Ariff dengan family adik lelaki no.3


Sibuk buat empangan untuk bebudak


Ariff masih lagi takut-takut mandi sungai :)


Acara panggang memanggang.


Ada ayam dan kambengggg. Anggur tu Ariff yang punya.


Khemah kelambu yang memudahkan urusan piknikking aku. Menghalang nyamuk dan agas dari menggigit baby-baby aku :)


Port piknik kami (belakang tu kengkawan Mamoru)


Ariff yang kepenatan selepas mandi sungai


Amarr pun penat juga walaupun tak mandi sungai kali ni

First day hantar Amarr

Hanya orang yang bergelar ibu je faham apa yang aku rasa sekarang nih.

Hari ni hari first aku hantar Amarr ke rumah pengasuh. Haih.

Dulu masa taim Ariff lagi laa teruk. Usia Ariff 2 bulan je aku dah hantar ke rumah pengasuh. Taim Amarr nih macam ok sikit sebab usia dia dah 3 bulan.

Malam tadi aku dengan Mamoru siap hantar katil baby ke rumah pengasuh. Biar senang pengasuh tu nak menjaga. Kang kalau letak bawah, takut bebudak lain yang dibawah asuhan dia terlanggar Amarr pulak.

Haih. Mood ke laut pagi nih...

Cepat lah petang. Aku nak balik ambil Amarr dan Ariff.

Thursday, March 03, 2011

My post pregnancy body

Baru aku perasan sejak aku lahirkan Amarr aritu aku belum buat entry nih ek? Huhu. Tak ada beza pun sebenarnya saiz badan aku sebelum atau selepas lahirkan Amarr. Dalam minggu kedua berpantang aku dah dapat semula berat badan asal: 37-38kg.

Last berat masa sebelum bersalinkan Amarr 47kg. Beza 3kg je compare dengan berat masa lahirkan Ariff, 50kg :)

Jangan tanya aku macam mana nak kuruskan badan. Sebab aku sendiri tak tahu nak jawab apa. Aku takde jaga pemakanan atau diet pun. Semua jadi secara semula jadi. Mungkin genetik kut. Sebab arwah ibu aku dulu kurus kecik je walaupun dah lahirkan 10 orang anak.

Mana-mana aku pergi, orang akan terkejut bila aku aku cakap 3 mender:

1. Bila aku cakap aku baru lepas bersalin.
2. Bila aku cakap aku ada 2 orang anak
3. Bila aku cakap berapa umur aku

Sampai kenkadang, aku rasa macam malas nak bercakap tentang aku baru bersalin kat orang yang aku baru kenal sebab dari satu soalan tu akan drag sampai 3 soalan yang aku tulis tadi, pastu sampailah aku kena jawab soalan bertubi-tubi tentang diet, jamu, macam mana jaga badan, etc, etc. Lemas dowh. Aku nak jawab acamner? Kang kalau aku jawab secara jujur yang aku takde amalkan semua tu, derang ingat aku tanak share petua pulak. Haih.

Imagine macam nih:

Berat aku sebelum pregnantkan Amarr : 38kg
Berat aku sebelum masuk labour room : 47kg

Total kenaikan berat adalah 9kg yang terdiri dari:-
Berat Amarr : 3kg
Berat uri + air ketuban : 3kg
Berat breasts + lelemak yang naik masa pregnant : 3kg

So, bila dah habis pantang, memang senang lah berat nak kembali ke asal, tak gitu? Tak ada jamu, jampi, diet nih semua.

Kalau nak share tentang pemakanan masa pregnant bolehhhh. Senang je:

1. Masa pregnant aku kurang makan nasi. Paling banyak pun sehari sekali. Paling banyak ok. Itu pun adalah dalam dua tiga suap. Bukan sebab diet, tapi memang taim pregnant je aku tak lalu makan nasi. Dua kali pregnant, sama je tak suka makan nasi.

2. Makan sayur banyakkkkkkk. Ulam-ulam semua aku bedal. Kengkadang pinggan aku macam penuh dengan rumput.. pegaga, ulam raja, petai, jering, etc.

3. Makan buah bebanyakkkk. Buah feveref aku masa pregnantkan Amarr: nenas madu. Yer, buah yang terlarang tu laaa aku duk pulun hehari.

Sorry lah, gambar masa lepas pregnant tak banyak. Aku upload gambar masa pergi makeupkan client kat Tg Karang aritu je..huhu. Nih gambar selepas 3 bulan aku lahirkan Ariff.


Perut maintain flat. Stretch mark langsung tak ada. Sila guna minyak zaitun kalau tanak stretch mark. Tayah beli produk memahal. Menipu je semua tu. Korang pegi bahagian minyak masak kat memana pasaraya, cari olive oil. Kalau boleh cari yang minyak dia kaler hijau pekat. Murahh dan mujarab, insyaAllah.

Mamoru ada tanya aku stretch mark tu macam mana rupanya. Aku google kan gambar perut perempuan yang ada stretch mark, terus dia tutup mata tanak tengok. Nasib baik perut aku takde stretch mark. Kalau tak, dia takut nak tengok katanya.. hihihi.


Nih la gambar close up yang aku ada. Jadi lah ek.


Semua baju lama dari zaman sekolah menengah dan zaman universiti dulu masih fit. Hanya perlu tukar baru bila dah koyak je. Yang nih tak best, sebab jarangggg laaa dapat beli baju baru.. huhuhu


Pose pandang atas sikit


Pose pandang depan pulak

Jenjalan di Sekinchan

Sekarang dah makin busy. Kalau kat opis tu, memang takde can lah nak buka blog hatta sesaat sekali pun. Masa nak mengupdate hanya di tengah-tengah malam lepas menyusukan Amarr.

Layan kan je lah gambar gedik di Sekinchan. Pergi sana sebab ada job makeover client :)


Sebelum tu, bergambar dengan Amarr yang dah semakin besar. Dah 3 bulan. Berat pun dah lebih 6kg. Anak-anak bujang aku memang semangatttt. Dua tahun bersalin berturut-turut buat lengan aku bermuscle. Siapa nak arm wrestle aku, silakannnn...


Helo? Apa? Mau jagung 3 lori.. boleh, boleh. Boleh blah.


Pose gedik memang wajibul ghunnah.


Kedai buah camnih memang berderetttt sepanjang jalan area Sekinchan :)

Wednesday, March 02, 2011

Nak pergi mendaki lagi


Basuh kasut trekking, pastu jemur atas aircond punya box kat luar tingkap (maklum lah rumah atas langit). Siap ikat tali kasut kat tingkap lagi takut kasut jatuh huhuhuuh. Walaupun kasut nampak kutor dan buruk tapi harga mahai tau (nak jugak cakap tuu).

Dah basuh kasut nih, musti ada hutan yang nak diterjah atau gunung yang nak ditawan kan? Kemana kita lepas nih?

Ya, next trip, kami plan nak organize xpdc mendaki Gunung Rajah di Bentong, Pahang! Kat gunung nih ada dua air terjun yang cantik; air terjun Chemerong dan air terjun Naning.

Alah bukan jauh pun Bentong tu dari KL. Sejam je kot. Kalau korang berminat nak join xpdc nih, jangan malu, jangan segan, sudi-sudikan lah contact kami :)

Next trip : XPDC Gunung Rajah, Bentong, Pahang
Date : 23 - 24 April 2011

Tentatif program

Jumaat, 23 April 2011
8.30 pm - Bertolak dari KL ke Bentong
9.30 pm - Tiba di starting point (Air Terjun Chemerong) dan bermalam disini


Sabtu, 23 April 2011
6.30 am - Solat Subuh dan start packing
7.00 am - Sarapan dan tapau untuk lunch
8.00 am - Pendakian bermula
11.00 am - Dijangka tiba di Air Terjun Naning dan lunch.
3.00 pm - Dijangka tiba di Kem Batu Hijau: Kemsait di sini


Ahad, 24 April 2011
0630 am - Solat Subuh dan sarapan
7.30 am - Sambung trekking (daypack)
8.00 am - Dijangka tiba di Puncak Gunung Rajah
9.00 am - Descent
10.30 am - Tiba di Kem Batu Hijau dan packing
2.30 pm - Dijangka tiba di Air Terjun Naning. Quick lunch disini.
5.00 pm - Dijangka tiba di starting point. Mandi dan bersihkan badan.
6.00 pm - Gerak balik


Jom.. keluar pintu (outdoor)!!

Piknik at Sg Congkak

Nih gambar masa bila ntah. Tapi dalam bulan lepas arr. Kami pergi piknik adik-beradik + ipar duai kat sungai Congkak. Biasanya aku guna jalan ke tempat nih untuk pergi gunung Nuang. Tak penah pulak singgah sungai nih untuk mandi manda. Tapi dek kerana adik-adik aku nak short trip yang simple dan dekat, kami pergi sini je lah.


Amarr pun mandi sungai tau. Sejuk. Menangis jugak dia, tapi sekejap je lah.. huhu.


Ariff yang leka mandi sungai dengan uncles dan cousins dia :)


Ariff dan Amarr dalam kelambu khemah. See, sangat berguna kelambu nih :)


BBQ musti ada..