Thursday, March 03, 2011

My post pregnancy body

Baru aku perasan sejak aku lahirkan Amarr aritu aku belum buat entry nih ek? Huhu. Tak ada beza pun sebenarnya saiz badan aku sebelum atau selepas lahirkan Amarr. Dalam minggu kedua berpantang aku dah dapat semula berat badan asal: 37-38kg.

Last berat masa sebelum bersalinkan Amarr 47kg. Beza 3kg je compare dengan berat masa lahirkan Ariff, 50kg :)

Jangan tanya aku macam mana nak kuruskan badan. Sebab aku sendiri tak tahu nak jawab apa. Aku takde jaga pemakanan atau diet pun. Semua jadi secara semula jadi. Mungkin genetik kut. Sebab arwah ibu aku dulu kurus kecik je walaupun dah lahirkan 10 orang anak.

Mana-mana aku pergi, orang akan terkejut bila aku aku cakap 3 mender:

1. Bila aku cakap aku baru lepas bersalin.
2. Bila aku cakap aku ada 2 orang anak
3. Bila aku cakap berapa umur aku

Sampai kenkadang, aku rasa macam malas nak bercakap tentang aku baru bersalin kat orang yang aku baru kenal sebab dari satu soalan tu akan drag sampai 3 soalan yang aku tulis tadi, pastu sampailah aku kena jawab soalan bertubi-tubi tentang diet, jamu, macam mana jaga badan, etc, etc. Lemas dowh. Aku nak jawab acamner? Kang kalau aku jawab secara jujur yang aku takde amalkan semua tu, derang ingat aku tanak share petua pulak. Haih.

Imagine macam nih:

Berat aku sebelum pregnantkan Amarr : 38kg
Berat aku sebelum masuk labour room : 47kg

Total kenaikan berat adalah 9kg yang terdiri dari:-
Berat Amarr : 3kg
Berat uri + air ketuban : 3kg
Berat breasts + lelemak yang naik masa pregnant : 3kg

So, bila dah habis pantang, memang senang lah berat nak kembali ke asal, tak gitu? Tak ada jamu, jampi, diet nih semua.

Kalau nak share tentang pemakanan masa pregnant bolehhhh. Senang je:

1. Masa pregnant aku kurang makan nasi. Paling banyak pun sehari sekali. Paling banyak ok. Itu pun adalah dalam dua tiga suap. Bukan sebab diet, tapi memang taim pregnant je aku tak lalu makan nasi. Dua kali pregnant, sama je tak suka makan nasi.

2. Makan sayur banyakkkkkkk. Ulam-ulam semua aku bedal. Kengkadang pinggan aku macam penuh dengan rumput.. pegaga, ulam raja, petai, jering, etc.

3. Makan buah bebanyakkkk. Buah feveref aku masa pregnantkan Amarr: nenas madu. Yer, buah yang terlarang tu laaa aku duk pulun hehari.

Sorry lah, gambar masa lepas pregnant tak banyak. Aku upload gambar masa pergi makeupkan client kat Tg Karang aritu je..huhu. Nih gambar selepas 3 bulan aku lahirkan Ariff.


Perut maintain flat. Stretch mark langsung tak ada. Sila guna minyak zaitun kalau tanak stretch mark. Tayah beli produk memahal. Menipu je semua tu. Korang pegi bahagian minyak masak kat memana pasaraya, cari olive oil. Kalau boleh cari yang minyak dia kaler hijau pekat. Murahh dan mujarab, insyaAllah.

Mamoru ada tanya aku stretch mark tu macam mana rupanya. Aku google kan gambar perut perempuan yang ada stretch mark, terus dia tutup mata tanak tengok. Nasib baik perut aku takde stretch mark. Kalau tak, dia takut nak tengok katanya.. hihihi.


Nih la gambar close up yang aku ada. Jadi lah ek.


Semua baju lama dari zaman sekolah menengah dan zaman universiti dulu masih fit. Hanya perlu tukar baru bila dah koyak je. Yang nih tak best, sebab jarangggg laaa dapat beli baju baru.. huhuhu


Pose pandang atas sikit


Pose pandang depan pulak

3 comments:

Murni said...

best tgk family akak..

attyfir said...

dulu kty tiap kali bersalin mesti dpt bentuk bdn yg asal balik .
masa firdaus pun gtu...

tp bila usia meningkat umur masuk 33 thn ..hormone kot tak balance..berat badan membuak2..naik..masa tu umur fir 4 thn..huhuhuhuu..lor ni sakan berdiet nak dpt bdn mcm aD..untung aD..selim je..

Angah said...

wah sangat jeles ni..angah la kalau dapat berat 50kg..buat kenduri!!!