Semalam, aku sendiri yang menjadi mangsa sexual harrasment. Memang saja nak buat aku naik hangin kan, mamat-mamat pervert?
Camnih ceritanya (aku AL hari nih, so memang banyak masa untuk menghapdet cerita kat sini)..
Semalam, macam hari-hari biasa, aku balik keje naik STAR LRT kat Plaza Rakyat (Puduraya). Dan macam biasalah, taim-taim camnih lrt memang padat macam sardin.
Dalam bersesak-sesak semalam, aku perasan ada sorang mamat cina (dengan office attire) berdiri menghadap aku (aku membelakangkan mamat ni). Kiri kanan aku semua pompuan. Tengah syok-syok berdiri, aku terasa macam mamat tu berdiri rapat kat belakang aku pastu menggesel-gesel kat bontot aku. Memula tu aku tak fikir bebukan. Yelah, ruang sempit - mungkin dia tak sengaja. Tapi aku pelik kuga sebab tren tu takde lah bergoyang kuat sangat, dia punya gesel kat aku lain macam pulak tu. Hanya orang dah kahwin je boleh tahu macam mana lelaki horny walaupun muka derang bebuat innoncent.
Geli ok!
Aku nak jerit maki mamat cina tu tapi aku takut kang dia putar belit cerita cakap aku perasan ke hapa. Aku cuba toleh tengok muka dia, tapi dia bebuat paling arah lain.
Nasib baik stesyen aku turun dah dekat, ligat kepala aku fikir macam mana aku nak kenakan mamat pervet nih. Nak snap gambar, kamera dalam beg. Susah nak capai.
Last-last, bila tren berhenti, aku angkat siku aku tetinggi pastu aku smash ke tulang rusuk dia!! Fuhh.. memang terhenyak dia kat situ. Rasakannn!! Pastu aku terus lompat keluar tren. Kang kalau tunggu lelama, takut dia tolak aku pulak, coz badan dia besor. Aku bajet, kalau dia tak bersalah, konpem dia akan jerkah aku. Tapi dia diam je.. dah sah laaa dia salahh kan??
Kat luar tren, aku tenung muka dia. Aku nak camkan muka orang camnih. Sok kalau jumpa lagi, senang nak aim. Bebudak pompuan lain dalam tren tu semua pandang muka mamat cina tu. Aku rasa derang sure dapat tangkap apa yang dah jadi. Padan muka. Biarkan dia malu. Puas hati aku!
Sekian sahaja cerita aku.
Anda diluar sana, kalau nak praktikkan cara nih pun boleh juga. Tapi make sure situ ramai orang ye. Kalau kalau korang berdua je, konpem kena belasah ok.
3 comments:
haha
mcm menarik pengalaman ni
kire ok la x terus tumbuk anu dier..hehe
wah kak beraninye respect abis... go go gurl power rangers ;)
Asalam..
patutnye..
u pusing pelan2 mengadap dia..
u senyum simpul semanis-manisnye..
then..u lututkan aje anu dia..
bia senak..baru padan muka..
Post a Comment