Tuesday, April 12, 2011

Siput oh seafood

Aku tengah mengidam nih.

Sebelum tu, halo, halo aku tak pregnant ok. Buat masa nih cukup lah dua orang hero kecik tu. Kut tergerak hati nak menambah baby lagi, tunggu lah tiga empat tahun lagi.. huhuhu.


Nih gambau lama. Masa Amarr belum ada dalam perut lagi. Ariff pun belum setahun. Nampak tak siput berduri dan siput panjang dan tajam dalam gambau atas nih.. Oh, sedeppppp uols. Aku dah makan dan ohhh.. keluar ayaq lioq.


Aku jumpa siput nih kat Pasar Penambang, Tg Karang.. Pasar yang korang akan jumpa pelbagai spesis makanan laut yang pelik. Dalam gambar atas nih adalah spesis makanan bercengkerang.


Ada siput sedut, kerang giant, lala, remis, kepah, lokan, siput sedut, mentarang, tiram dan siput pelik yang derang sendiri tatau apakenamanya.


Dan aku jua terlioq nak makan udang ketak nih.. sedapnya kalau dapat goreng kering berlada.. fuhh.. bila la nak balik Kuala Selangor ni...

2 comments:

Eliss said...

me pernah jugak jumpa banyak siput2 mcm ni tapi kat kedah sana tu ha.. :)

Miss B said...

nanti balik sana aku nak ikutttttt!!! hhehe..