Wednesday, July 13, 2011

Korbu-Gayong ditawan

XPDC Korbu-Gayong (via Sg Termin): 4hari 3 malam

Alhamdullilah, another mission accomplished! Gunung Korbu dan gunung Gayong ditawan dengan jayanya dalam masa 4 hari 3 malam. Tahniah kat diri sendiri sebab dalam usia yang mencecah 32 tahun, ditambah pulak anak dah dua, aku masih larat lagi meneruskan aktiviti lasak macam ni. Syukur. Semoga aku terus bersemangat untuk mendaki lagi.

Dan terima kasih yang tak terhingga buat Mamoru tersayang yang sangat supportive dan sporting bak kata team xpdc aritu. Susah nak jumpa hubby sebaik Mamoru (kata derang). Dan aku setuju. He's one in a million!

Mamoru tak dapat join trip kali ni. Dia ada training pula last minit. Memula aritu memang nak tarik diri. Tapi disebabkan jadual aku (weekdays & weekends) adalah sangat padat, maka terpaksa lah aku join xpdc Korbu-Gayong secara solo. Kalau tak sekarang, bila lagi?

Pengalaman? Gambar sepanjang trek? Tunggu, sekejap lagi aku upload entry pasal trip nih. Tapi sebelum tu, layan teaser gambar dan video dibawah. Aku amik dua hari lepas kat puncak Korbu & puncak Gayong.


Kat puncak gunung Korbu tiga hari lepas (ketinggian 7162 ft. suhu taim ni 10'c)


Kat puncak gunung Gayong dua hari lepas.


First time upload video. Konon nak tunjuk betapa sejuknya puncak gunung Korbu nih (suhu taim nih 10 darjah celcious. Sekali Sham Castello (guide) selamba lalu belakang gua berkemban kain pelikat je. Apakah? Hebat betul guide Korbu nih..

4 comments:

mrspuex said...

Alhamdulilah..sume dipermudahkan..

happy for u!!

cayok!!cayok!!:D

Anonymous said...

Congrates aD....

-bg-

Zana_ishaQ said...

kekekeke....tak sejuk ke en guide tu berkemban je?

Anonymous said...

ayang, tq. alhamdullilah tercapai juga cecita nak takluk lagi 2 gunung

bg, thanks so much!

kukiesyaz, dia adalah otai yang terer.. hihi