Dua hari lepas Amarr kena food alergi lagi.
Punca? Aku suap dia roti bun sosej. Tak sure dia alergi pada roti atau sosej atau bijan yang ada atas roti tu.
Kali ni lain sikit kesan alergi yang dia kena. Jarak masa dari makan roti tu pun lama sikit dari dulu - dalam setengah jam rasanya. Memula tu timbul bintik-bintik macam kesan nyamuk gigit kat tangan dan kening dia. Aku boleh cakap kat Mamoru suruh beli Ridsect sebab ingat nyamuk banyak kat dalam rumah nih.
10 minit lepas tu, penuh satu badan Amarr dengan bintik-bintik nyamuk tu. Kelam kabut aku dengan Mamoru pergi klinik. Nasib baik rumah aku penuh dengan adik-beradik & ipar duai taim tu. Boleh derang tengokkkan Ariff sementara aku dengan Mamoru pergi klinik.
Kat klinik, muka Amarr dah start gelembung dan bengkak. Merah menyala warna kulit dia. Aku aci redah je masuk bilik doktor walaupun patient lain ada kat dalam tu. Risau beb. Takut gila kalau Amarr suffocate & collapse macam bulan lepas.
Tapi nasib baik Amarr still aktiff walaupun satu badan bengkak sebab alergi.
Doktor Nazri kat Poliklinik An-Nisa bagi ubat cecair guna syringe masuk mulut Amarr. Dia suruh tunggu 15 minit untuk ubat tu effect. Setengah jam lepas tu, kesan alergi still tak hilang. Doktor bagi satu lagi ubat masuk mulut. Tapi Amarr muntahkan semuanya plus susu yang dia minum sebelum tu. Habis bilik doktor tu kena muntah Amarr.
Doktor buat surat refer untuk masuk hospital - emergency. Aku dah pasrah dah taim nih. Kesian Amarr.
Memula tu doktor nak refer ke HUKM tapi aku suruh doktor tukar refer kan Amarr ke hospital Pantai, Bangsar. Ada orang cakap pakar kanak-kanak kat situ antara yang terbaik. Bukan maksud aku HUKM tak ok. HUKM pun ada banyak advantadge tapi biasalah, aku nak nak service yang paling cepat. Aku nak access direct dan straight forward ke doktor pakar. Semua mak-bapak nak yang terbaik untuk anak derang. Dan since Amarr fully covered under aku punya staff medical benefit, why not gunakan sebaiknya.
Lepas dapat surat refer segala, kami bawak Amarr balik rumah dulu. Kemas barang Amarr packing dalam beg. Bila dah siap-siap nak pergi, Amarr dah tertidur atas bahu Yati (bakal adik ipar). Muka dia dah tak merah sangat. Kesan bengkak pun makin kurang. Mungkin ubat yang doktor bagi tadi mula berkesan kut.
Bila Amarr dah tidur camtu, aku rasa tak sampai hati pulak nak kejutkan. Kang kalau aku bawa pergi hospital macam no point pulak sebab by time aku reach hospital kesan bengkak tu dah hilang - totally. Macam magik.
Esoknya aku dengan Mamoru amik cuti. Bawak Amarr pergi Hospital Pantai, Bangsar. Mamoru macam skeptikal sikit bila aku insist nak bawak Amarr ke situ. Kan aritu kami ada bawak Amarr pergi jumpa pakar dermatologist kat Pantai tapi service dia macam hampeh? Bukan macam hampeh sangat la, tapi dia macam tak concern sangat bila kami explain pasal alergi yang Amarr kena. Dia just bagi ubat sapu dan ubat makan, boleh?
Sebab tu Mamoru macam tak suka sangat doktor kat Pantai ni. Aku cakap kat mamoru, takper. Kita try jumpa Paed kat situ. Kalau tak puas hati juga, kita pegi SDMC pulak.
Kami jumpa Doktor Azam. Baru je jumpa dengan doktor ni, aku terus suka. Dia dengar dan amik berat setiap apa yang aku explain. Dan dia bagi aku solution yang aku boleh terima. Setakat ni aku puas hati lah. Mamoru pun impress dengan doktor ni.
Yelah, dalam situasi macam aku nih. Dah lah kami tak tahu apa yang trigger alergi dalam badan Amarr. Semua doktor yang kami jumpa tak boleh nak explain apa yang jadi. Derang just advise jangan bagi Amarr makan benda yang buat dia alergi. Setakat advise macam ni, aku punnnn tau. Takan aku gila nak kasi Amarr makan mender yang sama kalau dah jadi camtu kan?
Dengan doktor Azam, aku tak payah nak explain banyak. Dia macam tahu apa yang aku nak. Dia suggest buat blood test untuk setiap jenis makanan. At least, kami boleh tau apa yang trigger alergi dalam badan Amarr. So aku tak payah nak trial & error bagi Amarr makan mender baru.
Setiap kali bagi Amarr makan adalah sesuatu perkara yang amat menakutkan ok! Ia macam antara hidup dan mati. Serious.
Paling aku rasa lega bila doktor terangkan tentang Epipen Junior dan advise aku guna mender nih time emergency. Nih antara jawapan yang aku nak sebenarnya (Terima kasih Dr Azam). Walaupun Epipen nih bukan solution untuk alergi Amarr tapi at least dia boleh membantu terutamanya dalam situasi yang membabitkan nyawa (esp kalau alergi teruk jadi masa kami jauh dari hospital)
Sadly hospital Pantai takde stok Epipen Junior nih. Derang cakap, kompeni yang supply mender nih dah bertukar dan derang still mencari supplier yang lain. Adui.. baru nak nampak cahaya terus gelap jadinya.
Kalau korang tau kat mana ada jual Epipen Junior nih (bagi nama kedai/ lokasi /contact no), aku memang berterima kasih sangat lah. Tuhan je dapat balas jasa korang. Nurse kat farmasi hospital Pantai cakap satu batang Epipen ni harga dia ratus-ratus jugak lah. Kalau korang tau harga sebenar inform lah kat sini ek. Terima kasih.
Klik sini kalau nak baca tentang Epipen http://www.epipen.com/about-epipen/overview
Selingan....
Akak yang tunggu giliran nak jumpa doktor: "Anak you alergi macam yang jadi dalam movie cerita omputeh tu ke? yang selalu jadi kat anak mat salleh?"
Hm.. kat Malaysia ni memang jarang dengar kes macam nih eh?
6 comments:
aD,
akak selalu bwk anak2 bos g jumpa doc azam. dia mmg sangat bagus tau.. x kira bapak patient dia pangkat apa semua dia layan tip top..stakat ni dia la paed yg best
Kesiannya Amarr... u duduk kt BSP kan? I duduk kt BTR. I selalu bawak anak ke klinik Kassim dan Zubaidah, Ground Floor, Flat Sri Kota yg dekat dgn LRT BTR. Dr Kassim ni ex-paed kt Pusrawi dulu. So mmg byk baby dan kanak-kanak pegi klinik dia. Alhamdulillah ubat dia mmg serasi dgn anak-anak I dan explanation dia mmg detail... Bolehla u cuba kalau berminat... or boleh tanya diorang ade stok Epipen Jr tak...
Just my 2 cents. Take care.
salam. tumpang lalu..
dulu adik saya penah alergi bila makan daging. badan dia akan tumbuh merah2 dan lemah macam separuh sedar. Bila dia dah muntahkan balik daging yg dia makan dia akan ok. even makan kuah daging pun dia akan alergi.
attached is sales exec from Merck company. not sure if her dept/division sell this product. but u can try first. if not I'll give other contact number.
Yew Sii Sie, sales exec,
chemical division.
0374943688 0166883118.
email : yew.sii-sie@merck-de.com.my.
She is one of our supplier for the chemical in our lab.
cua yg gtau aku...
-afzan-
Salam,
I found your blog when I googled Epipen Malaysia. I hope your son is coping well with the allergies. My daughter (3yrs) ada peanut and raw eggs allergies, and memang ada prescribed Epipen Jr as allergy management (masa di UK).
Sadly, public awareness on food allergies kat Malaysia masih rendah. Now we are back home for good, and being a mom to a child with multiple food allergies ni, memang in constant worries!
I would love to keep in contact with families with food allergic children. Kita boleh share experience and learn from each other.
Tumpang tanya, sudahkah kak dpt beli epipen tu? Saya juga alami allergy yg teruk last month. Dr juga cadang saya beli epipen.
Post a Comment