Monday, November 28, 2011

Celebrate birthday Amarr di hospital

Nih gambar masa celebrate birthday Amarr yang ke-1 tahun di hospital Pantai, Bangsar.

Meriah juga lah. Terima kasih buat semua adik-beradik, ipar duai dan semua nurse ward C5 sebab sudi datang ke hospital untuk sambut birthday Amarr. Last minit punya plan.. hihi.

Ekceli, tak terfikir nak celebrate camnih. Lewat petang tu, kami empat beranak just celebrate kecik-kecilan dengan beli dua slices kek kat Starbucks (kat lobby hospital). Pastu duduk-duduk minum kat situ. Sedih.

Tetiba Mamoru suggest kami pegi beli kek kat Mid Valley. Boleh buat proper celebration sikit. Kalau takde orang lain nak sambut sama, boleh ajak nurse kat situ join sekali. Derang pun dah kenal Amarr (ye lah, dah seminggu Amarr kena tahan kat situ).

Memula tu aku macam, eh boleh ke bawak keluar Amarr? Mamoru cakap kejap je. Dekat sangat kot Mid Valley dengan hospital. Aku apa lagik, terus bersemangat.

Sampai Mid Valley, terus menonong ke Baskin Robbin. Aku suka kek kat situ sebab colourful! Dan kami dapat beli kek yang palinggggg comel pada mata aku!

On the way balik hospital, aku call adik-adik lain kalau derang nak datang sambut birthday Amarr. Aku tak bajet ramai nak datang sebab plan last minit kan.. Thanks again kat semua yang datang!

Selebihnya, layan gambar je lah ek :)


Kek nih dah cair masa nak potong. Tulisan Amarr pun dah hampir melorot ke bawah hihi. Tapi still comellll


Kek perisa choc chip dan ada 6 scoop perisa lain yang di buat bentuk muka clown. Suka sangat!


Separuh dari yang datang malam tu.


Nasib baik kami duduk dalam single room. Kalau tak, susah jugak lah nak gather camnih.


Amarr yang still tak faham erti birthday. Leka pandang orang yang datang. Maybe dia pelik apesal ramai sangat yang datang..


Acara tiup lilin dan potong kek ais krim :)


Eksaited semua :)


A kiss from mummy!!


Baru nak senyum!


Bawah nih gambar-gambar lain semasa di wad.


Ariff yang suka duduk dalam baby cot teman Amarr


Melayan anak-anak


Uncle Uj yang jadi penyelamat jaga Amarr untuk 2 hari bila mummy keluar buat keje


Ariff dan Amarr tidur tengahari


Mummy update blog bila semua tengah tidur :)

Alhamdulillah, Amarr dah check out pada hari ke-6 (hari Sabtu lepas). Kesihatan Amarr semakin ok. Tapi masih kena pegi follow-up next month. Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Amarr. Terima kasih pada kakitangan hospital dan Doc Azam coz sangat baik dalam menjaga Amarr. We love you!

p/s: Gambar daddy tak ada dalam ni sebab daddy tukang amik gambar.. Sedihnya. Next time kena suruh orang lain amikkan gambar dalam acara penting macam ni.






Saturday, November 26, 2011

Happy 1st birthday, Amarr

26/11/10 - 26/11/11


Selamat hari lahir yang PERTAMA buat putera kecil mummy, Amarr. Mummy doakan supaya Tuhan mengampuni semua dosa Amarr. Mummy juga sentiasa berdoa supaya Amarr sihat, dipanjangkan umur, murah rezeki, diberkati dan dijauhi dari semua perkara yang tak diingini. Semoga Amarr sentiasa sabar dan taat kepada perintah Allah (swt) dan rasul. Amin. Mummy sayangkan Amarr sangat-sangat.


Klik sini untuk baca saat kelahiran Amarr









Friday, November 25, 2011

Hari ke-4 di hospital

Hari ke-4 kat Hospital Pantai, Bangsar.

Malam tadi baru dapat pindah single room. Lega banyakkkkkk. Sebelum ni masa duduk ward double bedded, parents patient katil sebelah duk merungut baby derang tak dapat tidur sebab Amarr jerit-jerit setiap kali amik nebulizer. Menci. But now dah ok. Amarr nak menjerit ke apa dah tak kisah. Ariff nak tawaf satu bilik pun tak heran :p~

Sepatutnya awal lagi aku dah dapat single room. Tapi aku tak tahu lah sistem kat sini macam mana. Masa register admission hari pertama lagi aku dah request untuk single room. Tapi penuh katanya. So, letak Amarr under waiting list. Tapi tunggu punya tunggu, orang lain yang masuk lambat dapat dulu. Aku perasan masa patient katil sebelah Amarr yang masuk duk tukar single room semalam. Aku suruh Mamoru tanya. Nurse kat sini cakap derang tak dapat info apa-apa dari kaunter admission. Haih. Kebetulan semalam ada satu patient dari single room discharge. Tapi almost tengah malam tadi jugak la Amarr pindah masuk single room.

Amarr semakin ok. Aktiff. Batuk kurang. Cuma kahak masih banyak. Hari nih Dr Azam suggest buat physio. We'll see how it goes today.

Hari nih kena berjauhan dengan Amarr. Ada job. Tak boleh nak escape. Adik aku tolong jaga Amarr. Hope everythings ok masa ketiadaan aku. I'll be back on Saturday evening.

Mummy doakan anak-anak mummy sentiasa berada di dalam lindungan Allah swt.







Thursday, November 24, 2011

Aku yang lemah

Hari ke 3 di hospital Pantai, Bangsar.

Ok. Sedikit boring disini. Memula masuk aritu, aku rasa ok kut kalau duduk sini dua tiga hari. Sure takkan boring sebab semua makanan feveret aku ada kat sini. Ada Baskin Robin, ada 1901 outlet, Starbuck, etc. Tapi selepas 3 hari, aku realized yang bukan makanan yang penting kat sini. Aku perlukan tempat untuk berehat. Buat masa nih, aku spent masa berehat di playroom kekanak (yang memang tak sesuai untuk orang dewasa: no sofa) atau tak pun, aku lepak kat sofa ground floor (paling tak sesuai sebab ramai gila orang kat sana). Haih. Mula lah aku start fikir yang hospital nih tak mesra tetamu yang tidur jaga orang sakit kat sini. Bukan orang sakit je yang perlu ada kemudahan. Orang yang meneman orang sakit pun perlu lah difikirkan.

Sepanjang 3 hari ni juga aku rasa Amarr still macam tu. Tak ada perubahan. Tho doc kata bunyi wheezing kat dalam dada dia dah semakin kurang, aku rasa sebaliknya. Coz kahak dalam badan Amarr still banyak. Wheezing kurang sebab Amarr kerap guna nebulizer. Wheezing takkan hilang selagi masalah kahak dalam badan dia tak diatasi. Aku nak jumpa doc sekejap lagi. Nak suruh dia buat xtray or amik darah or apa-apa je lah. Kalau setakat bagi nebulizer hehari, aku pun boleh buat. Aku pun ada portable nebulizer kat umah.

Ok. Nih la jadinya bila hospital tak mesra parents. Bikin parents macam aku cepat stress.

Esok usia Amarr genap setahun. Sedih gila bila fikirkan Amarr terpaksa sambut birthday dia yang pertama kat hospital. Sedih beb. Aku dah plan nak pergi bercuti keluar dari KL ni anak-beranak. Tapi.. Haih.

Lebih sedih bila fikirkan Amarr tak boleh makan kek sebab dia ada alergi terhadap gandum. No cake, no vacation..

Stress la. STRESS! Aku stress.

Astaghfurullah al-azim, al-lazi la ilaha illah, hual hayyul qayyum, wa atubu ilaik..

Aku lemah ya Allah.. aku lemah.








Wednesday, November 23, 2011

Hari ke 2 di hospital

Amarr semakin ok. Tapi still banyak kahak dalam badan dia.

Now tengah layan Amarr dalam playroom. Dia boring asyik duduk dalam cot je. Dari semalam dia kena guna nebulizer selang 3 jam.

Malam tadi, dapat tidur dengan Ariff dan daddy sekali. Seronok. Pagi tadi Mamoru Ariff balik rumah. Malam baru dia bawak Ariff ke sini semula.

Tuesday, November 22, 2011

Amarr admitted lagi

Baru check in kat Hospital Pantai Bangsar. Amarr suspected pneumonia.

Monday, November 21, 2011

My pets in the office

Apa agaknya korang rasa kalau korang tengah kosentret buat keje tetiba ada anak-anak lipas main kejar-kejar atas meja korang. Atau main sorok-sorok kat cecelah fail. Tak pun, dia ajak korang main peek-a-boo kat cecelah keyboard komputer? Haru tak?

Bukan sekor dua tapi tiga pat ekor dalam satu masa.

Lebih hazabb lagi, bila anak-anak lipas yang sangat manja dan jinak ni main berenang-renang dalam mug atau water dispenser. Lalu tak nak minum? Bab makanan toksah cerita la kan.. memang dia ngendeng je dia ajak share.

Paling aku tak boleh terima, part dia main gelungsur kat betis kaki aku ni hah. Sesuka hati je dia main geletek-geletek. Ingat aku suka la tu.

Nasib baik aku bukan jenis orang yang fobia lipas. Kalau tak, harus aku hilang suara duk terjerit-terlolong dalam ofis selang sesaat.

Ada sorang member aku dulu, sampai sakit jiwa jadinya duk bersilat dengan lipas hehari. Sampai satu tahap, instead of penyet lipas tu kasi mati, dia duk tangkap dan bela dalam balang. Siap kasi makan hehari lagik. Pressure punya pasal.. ish ish ish.

Management kat sini bukan tak buat pest kontrol. Dah selalu sangat buat. Tapi lipas nih jenis tak makan saman beb. Imun kot. Lipas generasi-X. Maklumlah, bangunan lama. Memang port nenek moyang dia.

Staff kat sini pun dah redha je dengan apa yang jadi. Derang dah penat berperang dengan lipas. Semua jenis senjata derang dah guna. Be it, ubat gegat, segala jenama spray serangga, perangkap lipas, etc. Nan adoo yang berkesan.

Sampai satu tahap, aku hanya mampu memerhati saja anak-anak lipas berlari-lari anak kat atas meja. Sesekali, kami main lawan mata. Selalunya aku yang kalah sebab tak lalu nak tenung mender alah tu lelama. Lantok la dia.

Layan kan gambar lelipas yang comel kat bawah ni ya.. enjois.



Sekor lipas yang sedang melawat kawasan.



Hasil tangkapan dari my perangkap lipas untuk seminggu.










Close up..



Photographer cilik

My lil Ariff dah nak masuk usia 2 tahun setengah. Makin besar, makin comel. Ariff sekarang suka sangat ikut apa yang daddy dia buat. Lately, dia asyik la nakkan camera daddy dia. Asal daddy pegang kamera je, dia merengek nak pengang dan snap gambar jugak. Bukannya dia larat angkat kamera tu pun. Berat ok. Aku pun boleh lenguh tangan kalau amik gambar guna kamera Mamoru lebih 5 minit.

Nak berkongsi minat dengan anak punya pasal, Mamoru beli satu kamera untuk Ariff. Kamera nih untuk aku sebenarnya. Tapi Ariff yang conquer. Dah jadi hak dia sekarang nih.. huhu.

Layan kan je lah photographer cilik nih in action


Canon G9. Best kamera nih. DSLR jenis compact.


Cantik juga gambar yang Ariff amik. Berbakat :)


Mamoru siap beli Canon speed lite kecit untuk attach kat kamera nih. Semata untuk samakan dengan kamera dia. Nasib baik bateri grip takde. Kalau tak sebijik macam kamera daddy dia.


Ariff yang teruja tengok gambar yang dia snap


Daddy in action dengan Canon 5D dia. Guess dua beranak nih akan jadi geng kamceng bila besar nanti. Nasib baik Amarr kecik lagi. Kalau tak, pengsan daddy nak cari kamera untuk Amarr pulak.. huhuhu

Termasuk dedua kamera nih, Mamoru ada satu lagi kamera Canon 30D. Dia memang pengumpul dan penggila DSLR Canon.

Friday, November 18, 2011

Nak bercuti-cuti

Baru boleh bernapas.

Settle sudah majlis perkahwinan adik lelaki no.5. Sekarang dia tengah
seronok berhoneymoon. Semoga jodoh dia kekal hingga ke syurga (amin).

Banyak gila entry yang nak diupdate kat sini. Kalau aku pulun tulis
semuanya dalam satu hari, konpem sampai tahun depan pun korang tak
habis baca.. huhu. Ye, begitu lah banyaknya. Tapi, macam biasanya,
keje kat sini tak meng-ijin-kan aku melangut depan pc sesuka hati aku.
Ops correction, memang aku melangut depan pc sehari suntuk, cuma nak
melangut bukak internet yang nan ado masa. Nak update kat rumah pulak,
asyikla kena kacau dengan putera-putera kecik tu. Nama je pasang
Unifi. Gunanya tidakk. Tsskk.

Aku tengah stress dengan keje ni. Weekday keje, weekend keje. Asyik
keje keje keje aje. Bab rehat kurang tu, aku tak kisah sangat. Bak
kata nenek, taim muda ni lah taim nak mengumpul harta. Cuma yang buat
aku rasa tak best, pasal Ariff & Amarr. Kesian tau kat putera-putera
kecil ni asyik kena tinggal sokmo. Masa untuk bermanja-manja dengan
derang pun rasa macam limited sesangat. Aku kalau boleh, tanak la jadi
orang yang gila kejar dunia sampai anak-anak terabai.

Maka oleh sebab itu, aku sedang mencari masa yang sesuai untuk pergi bercuti.

Ijinkan blog nih terabai untuk sehari dua lagi sebab den nak servey
port bercuti pulak.

Friday, November 04, 2011

Jom raya!

Selamat Hari Raya.

Raya Haji ni kami balik Melaka. Sambut dengan family belah aku pula. Raya Puasa aritu dah celebrate dengan family Mamoru. Gilir-gilir gitu. Rasa excited pulak nak balik Melaka lately nih. Ada banyak reason buat aku eager nak balik Melaka:

1. Nak jumpa ayah, berkumpul dengan adik & ipar. 
2. Nak tengok progresive rumah yang aku beli sambil fefeeling buat draf design untuk renovation.. huhu.
3. Nak pre set-up my Makeupfreak's Bridal Boutique.
4. Nak buat final preparation untuk wedding adik lelaki no.5
5. Nak beli door gift untuk  majlis akikah Amarr dan cousins dia.

Tak lama lagi usia Amarr genap satu tahun. Alang-alang dah berkumpul, boleh celebrate sekali tapi nanti lah. Kena bincang dengan Mamoru dulu.

Ada banyak entry nak publish kat sini. Tapi terbantut pulak. Minggu ni busy dengan budget planning segala. Maklumlah, kompeni nak tukar  current financial year kepada normal calendar year. So, banyak keje sikitlah. Tapi the good news is, there will be another bonus in March next year! Yay! Rezeki anak lagi. Alhamdullilah. Kena transfer dalam akaun Amarr & Ariff lebih sikit kali ni :)

Anw, buat semua readers dan bloggers yang rajin singgah sini, Selamat menyambut hari raya Aidiladha. Aku sambut ala kadar je. Takde beli baju pun. Recycle baju raya puasa aritu je laa. Kena berjimat cermat sekarang nih. Saving untuk renovation rumah, saving untuk anak-anak, saving untuk jenjalan, saving untuk memacam lah.

Pada yang balik kampung tu, berhati-hati dijalan raya. Jauhkan jarak kenderaaan anda. Sayangi nyawa sendiri dan jangan ambil nyawa orang lain. Renung-renungkan.. (cewah)

 

Tuesday, November 01, 2011

Ariff & Amarr II

Ariff di usia 2 tahun 4 bulan.

 

1.     Pandai ambil hati mummy & daddy.. pandai buat mummy gerem pun iya.

2.     Rajin tolong mummy buat kerja.. rajin menyepahkan barang pun dia.

3.     Pandai jaga adik Amarr.. jadi tukang buli pun iya. Tapi selalunya, dia jadi mangsa buli oleh adik dia.. hihi.

4.     Pandai tiru karakter kartun yang dia suka (yang ini memang sangat kelakar dalam masa yang sama haru jugak)

5.     Suka menyorok dalam selimut, dalam almari, etc. Pastu suruh orang cari dia.

6.     Ariff tak suka senyum. Esp, to strangers. Tapi sekali dia senyum.. boleh tawan hati semua orang.

7.     Ariff tak suka makan pedas. Pada dia, makanan yang merah-merah semua pedas. Tapi kalau makan twisties BBQ pedas tu boleh la pulak.. huhu

8.     Ariff hanya suka minum susu dan air kosong sahaja. Air minuman yang manis macam air ribena, air kotak, vitagen, air tin semua Ariff takkan minum. Ariff juga tak suka minum air yang sejuk. Ais krim pun dia tak suka tau. Bagus kan? Jimattt duit mummy.. hihi.

 

 

Amarr di usia 11 bulan

 

1.     Amarr murah dengan senyuman. Pantang ditegur, ketawa aje dia. Celik mata pun boleh terus senyum. Senyuman dia manis. Buat orang suka tengok.

2.     Amarr suka makan pedas. Aritu, masa aku tengah makan rendang, Amarr celup tangan dia dalam mangkuk rendang pastu sua ke mulut dia. Habis comot baju semua. Pastu senyum-senyum. Tak jadi aku nak marah.

3.     Amarr tak memilih masa makan tapi kena avoid banyakkk jenis makanan. Allergy dia jenis boleh bahayakan nyawa. Haih.

4.     Manja. Sangat manja. Asal nampak je muka mummy, suruh dukung.

5.     Lasak. Suka memanjat. Tapi tak reti nak turun elok-elok. Kepala turun dulu.. tsskkk.

6.     InsyaAllah, any moment from now, Amarr akan mula berjalan. Can't wait for that exciting moment! Priceless, I tell you!