Agak bizi sekarang ni. Bizi dengan keje, bizi dengan client Makeupfreak. Tapi bizi-bizi pun, life enjoy jugak.. hihi. Hidup ni kena balancekan keje dengan leisure. Baru otak tak stress.
Baru aku perasan, aku belum publish lagi entry pengalaman bersalinkan anak kedua aku, Amarr. Well, here goes..
Untuk entry pengalaman bersalinkan anak pertama aku, Ariff, klik sini ok.
Jumaat, 26 November 2010
Pagi nih, seperti dijadualkan, aku ada appointment dengan gynae. Mamoru hantar aku ke Al-Islam Specialist Hospital (hospital favourite aku). Sepatutnya pagi tu Mamoru masih oustation di Ipoh, tapi nasib baik dia bertolak balik dari Ipoh sebab ada urgent meeting kat KL pagi tu. So, sempat lah dia berada disisi aku masa kelahiran Amarr. Terima kasih ya Tuhan sebab hantarkan Mamoru pada aku pagi itu. Perancangan-Mu sungguh teliti ya Allah.
Aku sampai Al-Islam pukul 9.00 pagi. Jumpa Dr Rusilawati. Dia ada kes kat labour room pagi tu. Ada orang nak bersalin. Sementara tunggu dia, aku buat rutin check-up macam biasa, eg, timbang berat, ambil sample urine. Oh, berat terakhir aku masa pregnant nih, 47 kg!
Bila Dr Rusila sampai, dia check bukaan. Terkejut Dr Rusila bila bukaan pintu rahim aku dah mencecah 4 cm. Aku lagi laaaa terkejut. Takde contraction, takde rasa sakit pun. Biar betul. Menggigil jugak la kepala lutut bila Dr Rusila suruh masuk ward pagi tu juga. Aku minta tunggu sampai habis solat Jumaat. Nak tunggu Mamoru datang. Dr cakap ok. Cuma dia advise kan aku supaya jangan balik ke rumah. Takut terberanak tepi jalan.
Sementara tunggu waktu tengahari, aku keluar dari Al-Islam. Aku tatau nak pegi mana sebenarnya. Panik woo. Hairan pun ada. Panik sebab nak kena admitted dan kena lahirkan baby hari tu (oh, sungguh aku tak ready - mentally). Hairan sebab aku still tak rasa sakit. Dalam pada mengong-mengong tu, aku decide pegi lepak kat restoran dekat area hospital ni. Aku order air kelapa sebijik dengan makan nasik campur. Tekak tak lalu dah sebenarnya. Tapi, demi mendapatkan tenaga yang cukup untuk push baby keluar, aku telankan juga. Sambil makan, sambil usap perut. Baby tak sabar jumpa mummy ya?
Lepas makan, aku patah balik ke hospital. Sempat juga aku menyinggah kedai beli sepeket kurma. Yer, makan bebanyak. Biar banyak energy.
Masa nak check-in masuk ward, nurse kat situ sempat berlawak dengan aku. Dia ingat aku dah lari balik sebab lama gila dia duk tunggu aku. Mana taknya, dari pukul 10 pagi aku pergi makan sampai pukul 12 tengahari baru aku check-in.. huhu.
Kat ward, aku disuruh tukar baju. Makanan pun dah siap tersedia atas katil. Nurse suruh makan (makan lagi?), pastu nak masuk ubat kat montot dan masukkan air kat tangan. Lepas Zohor, dia nak bawa aku masuk labour room - pecahkan air ketuban.
Sekejap tu Mamoru sampai. Senyum je dia tengok aku. Nak dapat baby baru.. mauu dia tak senyumm. Aku je yang agak gabra sampai bergenang air mata bila Mamoru tinggalkan aku sekejap untuk solat Jumaat kat Masjid Kg. Baru (bebetul sebelah hospital ni).. emo sungguh.
Deja Vu tau. Tahun sebelumnya (2009), waktu yang sama, aku berada kat tempat yang sama, bilik yang sama, situasi yang sama :)
Pukul 2.00 petang, Mamoru dah habis solat. Duduk berborak dengan dia kat atas katil. Sekejap tu, adik lelaki no.2 dan SIL Ida sampai.
2.15 petang, aku rasa perus aku mengeras (contraction) pastu tetiba terasa macam rasa bunyi 'pop' kat bahagian 'bawah'. Tak sakit pun. Tapi sekejap tu habis dress & katil hospital yang aku duduk jadi basah. Aku siap suruh Mamoru tengok air apa yang keluar tu.. haha. Macam tu rupanya rasa pecah ketuban. Aku baru tau sebab masa lahirkan Ariff dulu, Doktor yang pecahkan.
Mamoru panggil midwives. Dan, dan tu jugak derang bawa aku masuk labour room. Dalam kepala sempat lagi fikir, "nasib baik aku amik cuti arinih. Kalau aku masuk opis jugak, mau panik orang kat department aku nak sorong aku turun dari Menara Maybank.. hihi. Boleh jadi berita hangat."
2.30 petang. Mamoru teman aku dalam labour room. Kami berdua je dalam bilik tu. Aku still tak rasa sakit sangat. Masih boleh rilek sambil borak-borak dengan Mamoru. Borak pasal nak suruh Mamoru packing barang apa bawa ke hospital. Maklum lah, aku pergi spital selai sepinggang je. Due date aku ada lagi 2 minggu! So, tak jangka seawal ni.. Punah harapan nak amik MC lelama sebelum bersalin hihihi (tu la kalau niat tak baik, memang takkan menjadi)
Kat bilik sebelah, ada sorang mummy tengah teran baby. Dengar jugak lah Doktor suruh dia push. Aku boleh tergelak bila fikir pasnih turn aku pulak. Tak sampai setengah jam, aku dengar mummy tu dah lahirkan baby.. comelnya dengar bunyi baby menangis untuk pertama kali :)
Kak Wan, midwive yang sambut kelahiran Ariff dulu masuk dalam bilik aku. Hepinyaaa jumpa kak Wan. Aku siap suruh dia temankan aku untuk kelahiran yang nih juga. Kak Wan pun nampak hepi jumpa aku. Nak salam dia tapi tak boleh sebab tangan kak Wan pakai glove. Ada kesan darah. "Takpe, kejap lagi akak layan awak pulak ek" kata dia.
3.30 petang. Contraction makin kuat. Sakit dia Tuhan je yang tahu. Tak perlu lah nak elaborate kat sini. Doktor nak bagi ubat tahan sakit. Tapi banyak kali aku refused. Aku nak rasa sakit bersalin nih sendiri. Aku kontrol breathing.. cuba tenangkan diri setiap kali contraction datang.
4.30 petang. Bukaan 7cm. Sakit dia dah tak tertahan. Doktor tanya lagi sama ada aku nak kurangkan sakit dengan bantuan ubat. Oh, kenapalah Doktor mention pasal ubat tahan sakit taim macam ni. Dalam keadaan aku tak boleh berfikir dengan straight, aku terpaksa mengalah. Aku minta Kak Wan bagi injection pentidine. Tak boleh guna epidural. Kalau boleh pun, aku tak sure aku nak pilih epidural atau tak. Sebab aku lebih rela berdepan dengan sakit bersalin dari berdepan dengan jarum epidural.. oh tidak!
Kalau ikut pengalaman lahirkan Ariff dulu, ubat pentidine nih amik masa lama baru nak berkesan. Untuk setengah jam pertama, rasa sakit tetap tak berkurang.
4.55 petang. Tak tahu berapa kali aku push. Dan akhirnya, alhamdullilah. Amarr selamat dilahirkan. Banyak kali aku ucap syukur. Kali nih, aku dapat sentuh baby aku bila Doktor letakkan baby atas dada sambil gunting tali pusat dia. Taim Ariff dulu aku tak sempat nak sentuh baby sebab Ariff tak menangis. Derang dah bergegas bawa Ariff ke bilik lain.
Rasa menyesal pula ambil pentidine. Kalau aku tahu tak sampai setengah jam je lagi aku akan lahirkan Amarr, sure aku sanggup tahan. Ubat pentidine yang aku ambik tu ntah-ntah tak sempat nak bertindak. Buang duit je ambik.
Bila midwife bawa Amarr kebilik lain untuk dimandikan, Mamoru keluar ikut sama - nak azankan baby. Dalam bilik bersalin, just tinggal aku, Kak Wan dan Dr Rusila. Borak-borak sambil Dr Rusila keluarkan uri yang tersekat. Memang terasa jugak lah uri tu bergerak-gerak ditarik keluar. Lepas uri dah dibasuh dan semua settle, aku minta Kak Wan biarkan aku berehat atas katil bersalin. Kak Wan cakap, nanti dia bawa minuman petang ke dalam labour room tu. Dan Kak Wan juga tolong suapkan makanan untuk aku tau.
Oh Kak Wan.. baiknya dia. Kalau lah arwah ibu masih ada sure dia akan layan aku sebaik Kak Wan. Rasa hilang dah malu ni dengan kak Wan bila untuk kelahiran kali kedua nih, dia juga yang tolong aku tukar maternity pad.. hihi.
Sayang Al-Islam Specialist Hospital!
Duduk sengsorang dalam bilik bersalin tu buat aku rasa sama je macam aku lahirkan Ariff dulu. Bilik yang sama, situasi yang sama, orang-orang yang sama! Hihi.. syukur Alhamdullilah. semuanya dipermudahkan. In total, 2 jam setengah je aku sakit bersalin. Syukur ya Allah.
Sekejap tu Mamoru datang. Kamera tak lepas dari tangan dia. Mamoru kiss aku banyak kali.
"Terima kasih, sayang. Sebab bagi b baby lagi. Baby kita comellll sangatt"
Terima kasih juga buat Mamoru kena menjadi suami, sahabat, dan imam untuk aku dan anak-anak.
Dan hari yang sama juga, aku dapat tahu adik no.6 juga dah selamat lahirkan baby dia. Beza sejam je dengan masa kelahiran anak aku. Tergelak aku tau, kakak dan adik lahirkan baby pada hari dan masa yang sama :)

********************************

1 comment:
tak sabar jugak nak tunggu anak kedua. tapi sabar lagi.hehehe. harap normal laa yang kedua nanti.nak rasa jugak sakit bersalin :)
Post a Comment