Thursday, November 24, 2011

Aku yang lemah

Hari ke 3 di hospital Pantai, Bangsar.

Ok. Sedikit boring disini. Memula masuk aritu, aku rasa ok kut kalau duduk sini dua tiga hari. Sure takkan boring sebab semua makanan feveret aku ada kat sini. Ada Baskin Robin, ada 1901 outlet, Starbuck, etc. Tapi selepas 3 hari, aku realized yang bukan makanan yang penting kat sini. Aku perlukan tempat untuk berehat. Buat masa nih, aku spent masa berehat di playroom kekanak (yang memang tak sesuai untuk orang dewasa: no sofa) atau tak pun, aku lepak kat sofa ground floor (paling tak sesuai sebab ramai gila orang kat sana). Haih. Mula lah aku start fikir yang hospital nih tak mesra tetamu yang tidur jaga orang sakit kat sini. Bukan orang sakit je yang perlu ada kemudahan. Orang yang meneman orang sakit pun perlu lah difikirkan.

Sepanjang 3 hari ni juga aku rasa Amarr still macam tu. Tak ada perubahan. Tho doc kata bunyi wheezing kat dalam dada dia dah semakin kurang, aku rasa sebaliknya. Coz kahak dalam badan Amarr still banyak. Wheezing kurang sebab Amarr kerap guna nebulizer. Wheezing takkan hilang selagi masalah kahak dalam badan dia tak diatasi. Aku nak jumpa doc sekejap lagi. Nak suruh dia buat xtray or amik darah or apa-apa je lah. Kalau setakat bagi nebulizer hehari, aku pun boleh buat. Aku pun ada portable nebulizer kat umah.

Ok. Nih la jadinya bila hospital tak mesra parents. Bikin parents macam aku cepat stress.

Esok usia Amarr genap setahun. Sedih gila bila fikirkan Amarr terpaksa sambut birthday dia yang pertama kat hospital. Sedih beb. Aku dah plan nak pergi bercuti keluar dari KL ni anak-beranak. Tapi.. Haih.

Lebih sedih bila fikirkan Amarr tak boleh makan kek sebab dia ada alergi terhadap gandum. No cake, no vacation..

Stress la. STRESS! Aku stress.

Astaghfurullah al-azim, al-lazi la ilaha illah, hual hayyul qayyum, wa atubu ilaik..

Aku lemah ya Allah.. aku lemah.








5 comments:

WNA said...

kak Ad kuat kan.
semoga amarr cepat sembuh.

abilkecik said...

ujian dr Allah... tabahkn hati, bykkn bersabar n berdoa utk ammar... doa ibu doa yg makbul kan? take care urself tue ad.. biler ammar tgk mama dia sihat, dia akan dpt kekuatan utk terus sihat...

Atia Adina said...

anak kakak saya dulu masuk hospital sebab banyak kahak....anak dia asyik demam disebabkan kuman yang ada pada kahak dia...sepanjang kat wad,anak dia sentiasa amik gas....hari ke-5 baru doktor decide untuk buat sedut kahak....2 hari sedut kahak baru anak dia ok....mungkin ammar pun kene jalani rawatan yang sama...

mrspuex said...

ad, be strong ..semua dugaan yang datang mesti ada hikmah di sebaliknya..


sabar la wahai kawan..

Cicada2nd said...

1 kenangan yg bkn semua org dpt. aku pulak pernah sambut 1 syawal kat hospital. so.. pengalaman yg mcm ni blh dikategerikan sbg rare xperiance.