Friday, December 30, 2011

Harga sebuah kemiskinan

Kasih seorang ayah

Tadi baca paper tentang 2 beradik kena gari dalam rumah ditinggalkan bapa derang yang keluar bekerja sejak sebulan lalu.

Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku bila baca artikel tu memang semuanya berunsur makian terhadap bapa tersebut.

Tapi bila aku baca semula. Tak ada satu ayat pun tulis tentang penderaan. Bebudak tu cuma dikurung dan dirantai.

Aku cuba fikir apa yang membuat bapa tadi terdesak sampai bertndak menggari anak sendiri:

Dia terpaksa keluar bekerja cari rezeki
Takde orang sanggup jaga anak-anak dia since wife dia lari sebulan lalu (mungkin wife dia pun tak tahan hidup miskin)
Dia takde sedara-mara kat situ yang boleh jaga anak-anak dia
Dia takde duit nak upah orang jaga anak dia.



Punca dia terpaksa menggari anak-anak dia dan letakkan kerusi untuk mereka duduk dalam toilet:

Dia risau bebudak tu keluar merayau-rayau dan hilang
Dia risau bebudak tu panjat balkoni dan jatuh
Dia risau bebudak tu main-main dengan benda bahaya dalam rumah
Memudahkan anak dia pergi buang air. Especially anak dia yang 2 tahun tu sure kerap buang air. Nak beli pampers mungkin tak cukup duit.



Pada aku, kalau bapa tersebut jahat nak mamfus:

Dia takkan sanggup jaga bebudak tu lepas wife dia tinggalkan derang sebulan yang lepas.
Dah lama dia tinggalkan bebudak tu kebuluran dan tak bother nak balik rumah langsung
Tak perlu dia nak gari bebudak tu. Lantak la bebudak tu nak merayau ke, nak terjun flat ke.
Dera bebudak tu sampai lebam-lebam.
Jual bebudak tu kat black market
Tinggalkan bebudak tu kat memana tong sampah.

Ok. Ok. Aku tau, tak kira berapa banyak alasan yang aku beri kat sini, tindakan bapa tersebut TETAP salah. Tapi jangan lah terlalu menghentam orang. Bak kata satu lirik lagu GnR "Dont jugde a book by its cover and read what we want between selected lines".

Ini semua desakan hidup. Aku sendiri pernah berdepan dengan situasi macam ni masa aku darjah 5 dulu. Taim tu ayah aku single parent (lepas bercerai dengan dengan arwah ibu). Ayah terpaksa tinggal kami kat rumah untuk keluar bekerja. Tapi takde lah kena gari segala. So, pepandai kita orang adik beradik lah nak jaga diri sendiri. Nasib baik kami duduk kawasan kampung. Takde lah risau nak jatuh balkoni ke haper.

Back to the stori.

Bila aku fikirkan balik nasib yang akan menimpa bapa kepada dua beradik tadi, aku rasa sedih. Dah lah dapat caci maki dari satu Malaysia. Kena tangkap/penjara pula. Pastu hilang hak untuk jaga anak-anak dia.

Haih.

Nak buat macam mana. Itu lah harga yang dia terpaksa bayar akibat kemiskinan. Kalau dia berduit, tentu takkan jadi macam ni.











There goes 2011

Semalam last episod drama Tentang Dhia. Dah sebulan aku tak tengok cerita ni sebab tv rosak. Tau-tau je dah final. Tu pun baca kat internet. Bila dengar ending cerita ni tak best, aku takde lah rasa rugi tak bila tak dapat tengok. Aku memang nyampah tengok cerita ending sedih-sedih.

Memula aku tengok drama ni dua bulan lepas, aku rasa best. Sebab heroin dia pakai tudung. Ada unsur-unsur keagamaan yang kuat. Tapi bila masuk pertengahan episod, aku dah malas nak tengok. Ntahapehaper jalan cerita dia. Tetiba boleh masuk unsur syirik pulak. Ada hantu, bomoh, santau, histeria, etc. Pastu boleh lah pulak ada ilmu nak buat orang benci.. ilmu nak buat orang jatuh cinta. Apa daa mengarut.

Kalau betul wujud ilmu buat orang benci atau jatuh cinta kat seseorang, dah lama aku buat Robert Pattinson (Edward Cullen - Twilight) jatuh cinta kat aku tau.

Atau kalau ilmu santau ni bebetul ada, kenapa takde orang santau George Bush yang dah banyak buat onar kat umat Islam?.

Tolong lah.. tolong kurangkan adegan syirik dalam cerita romentik macam ni. Kalau nak letak jugak adegan syirik tu, pilih la tajuk cerita "Tentang Hantu" ke.. "Tentang Makhluk Halus" ke.. baru logik.




**********************



Lusa dah masuk tahun baru 2012.

Azam baru? Takde kot. Aku dah dapat semua yang aku nak:

Keluarga yang bahagia
Rumah
Kereta
Kerja tetap
Bisness

Alhamdullilah. Syukur atas rezeki yang diberikan.

Cuma pasnih, nak jaga solat. Tamau ada yang tertinggal... huhu.




p/s: Selamat meyambut tahun 2012... dan selamat tinggal 2011 yang penuh kenangan.







Wednesday, December 28, 2011

Yes, dapat TV baru!

Remember kami punya Samsung LCD 40 inch tv (Series 3)?

Dah rosak.


Usia tv tu baru 3 tahun. Tataw lah rosak pasal apa. Kalau tengok cerita kat dalam tu warna dia dah tak colorful. Dah rupa warna negatif filem je. Sakit mata tengok lelama.

Yang sedihnya, tv tu rosak lepas bila tempoh waranti baru je tamat 3 bulan.


Mamoru gi hantar baiki kat Samsung. Dekat sebulan jugak lah tersadai kat sana.


Tambah haru bila spare part dalam tv tu dah tak dikeluarkan lagi. Sebab LCD tv tu version terawal yang Samsung keluarkan. Sekarang kan dah banyak version yang lebih canggih manggih, pasal tu la derang stop keluarkan version lama. Samsung siap suruh kami tunggu kot-kot ada spare part dari oversea pulak.


Mamoru dengan aku dah pasrah dah taim nih. Mamoru siap nak beli tv lain. TV LCD sekarang kan dah murah. Takde lah mahal gila macam masa aku memula beli dulu.


Tadi Mamoru call. Dia cakap ada good news dari Samsung. Disebabkan spare part tv kami dah tak wujud dalam pasaran, derang willing nak refund semula duit kami! Secara CASH lagik uols!


Whooaaaa.. macam tak percaya kan? Walhal tv tu bukan under waranti lagi. Thanks Samsung. After sale servis yang terbaikkk! Uols, memang bebaloi beli barangan Samsung nih.


Tapi, yer ada tapinya.. Samsung hanya akan refund separuh dari harga tv yang kami beli. Masa kami beli dulu, harga tv tu RM4000++. Samsung cuma akan refund RM2000++ sahaja.


Takper lah. Tu pun dah bersyukur sangat.


Aku tanya Mamoru, dapat ke kami beli LCD tv 40 inch dengan duit sebanyak tu. Mamoru cakap LCD tv sekarang dah murahhh. Setakat 40 inch, baru seribu lebih.. Laa ya ker? Aku tatau pulak. In fact dengan duit RM2000 tu kami boleh beli yang lagik besar rupanya..


Alhamdullilah rezeki.


Boleh la beli LED tv pulak pasnih kan? hihihi.



Tuesday, December 27, 2011

Sweet love of mine

Perkembangan Amarr.

Amarr dah pandai berjalan! Dah dekat sebulan jugak. Comel je tengok dia jalan kedek-kedek. Masa sambut birthday dia kat hospital aritu, dia just boleh jalan dalam 5 ke 10 langkah. Sekarang dah laju. Tapi kalau lantai tak rata atau ada halangan, dia jatuh juga lah.

Memanjat toksah cerita lah kan. Meja, sofa, dinding. Asalkan boleh je. Pastu taim turun, kaki tersangkut lah, kepala turun dulu la, etc. Lasak. Apa yang abang dia buat, semua dia nak ikut. Bab teamwork memang kuat. Sesama berganding bahu dengan abang dia buat keje: Melambakkan semua koleksi buku/magazine aku & Mamoru atas lantai. Bina gunung dari longgokkan baju yang nak dilipat, cabut semua kusyen kat sofa untuk dibuat tempat melompat-lompat.. haihhhhhh. Nasib baik aku blok jalan antara ruang tamu ke dapur. Kalau tak, mau pinggan mangkuk aku derang buat boomerang.

Amarr dah ada 5 batang gigi. Tiga kat atas, dua kat bawah. Gigi atas (sebelah kanan) yang tumbuh dulu, lepas dedua gigi atas tumbuh baru gigi bawah pulak.

Paling comel bila Amarr dah pandai bercakap. Ayat yang dia suka guna:

"Nak".. cakap sambil hulur tangan mintak sesuatu.
"Nanak".. sambil geleng-geleng kepala
"Daddy".. anak-anak aku dari Ariff sampai ke Amarr, semua pandai cakap "Daddy" dulu.

Suka gila incik Mamoru. Siap berlagak cakap Ariff & Amarr sayang daddy derang lebih dari mummy.. haha.

Haih. Kejap je anak-anak aku dah besar :)




Penat uols

Malam semalam panjat Broga lagi. BBQ kat atas dengan kengkawan.

Pastu straight pegi Sg Tekala, mandi manda.

Tengahari balik rumah, terus masak untuk lunch: Cendawan kukur masak lemak cili api, sotong goreng kunyit, tanak nasi, goreng kopok lekor.

Habis masak, bagi kekanak ribena makan. Pastu baru hakak makan dengan incik Mamoru.

Lepas makan, layan kekanak ribena mandi kat swimming pool dengan sepupu derang.

Selesai mandi, naik atas rumah, tukarkan baju derang pastu hakak basuh baju kotor pulak.

Sesambil basuh baju, akak layan cerita Merlin sambil surf internet , kemas umah dan masak air untuk penuhkan stok air masak dalam botol-botol kosong kat umah tu. Terer gila kan.. buat banyak keje dalam satu masa.

Sesambil tu, hakak jadi tarzan terjerit-jerit larang kekanak ribena memanjat, menyepahkan rumah dan sebagainya. Hakak juga turut jadi kuda, jongkang-jongket, punch bag dan air bag setiap kali kekanak ribena buat aksi stunt.

Malam, layan mengemas lagi. Tiga empat kali kat tempat yang sama. Sambil tidurkan kekanak ribena, akak pun tertido sekali. Lupa nak dinner lak tu. Teringat-ingat lauk cendawan kukur yang akak masak. Uuu lapau nyaa..

Penat uols.

Orang lain balik dari panjat Broga dapat tidur rilek kat umah. Hakak? Tak dapekk dik non. Tak dapek.

p/s: Jam Suunto hakak hilang.. tsskkk…





Thursday, December 22, 2011

Elak dari meroyan taim menopaus

Dah jadi macam situasi biasa bila setiap ofis ada sorang kepochi kan? Aku perasan mostly orang yang kepochi ni terdiri dari perempuan yang berumur 40 tahun ke atas. Bak kata sorang colleague aku kat sini, perempuan dah nak menopaus memang camtu. Kita pun kena hati-hati gak. Bukan berhati-hati dari kepochi tadi. Tapi berhati-hati dengan perkembangan emosi sendiri bila menjangkau usia 40 an. Supaya, kita tak meroyan seperti mereka-mereka ini.. Banyakkan makan suplemen atau bersenam supaya minda dan tubuh kita sentiasa sihat dan tak mental bila usia makin bertambah.

Ok, aku bukan nak bercerita tentang tips menghadapi menopaus.

Tadi aku pergi ofis pakai kasut sekolah pengawas yang aku beli sempena nak main badminton aritu. Nampak macam agak rugged la bila dipadankan dengan seluar dan kemeja. Kena pulak aku pakai jam bracelet yang ada rupa rocker sikit. Bertambah-tambah la ke-rugged-an aku.

Ekceli, kalau ikut mata orang lain, takde lah rugged mana pun. Macam biasa je kot. Dah memang hehari aku pakai style gini. Cuma jam dengan kasut je lah ikut mood. Selalu tu aku pakai jam Suunto. Jam ni memang takde jenis kecik. Bila aku pakai memang nampak lain sikit la sebab biasa orang perempuan kan suka pakai jam kecik-kecik. Masa memula aku pakai jam Suunto, dia ada tegur jugak "You pakai jam aper ni?"

Bab kasut pulak, memang jarang aku pakai high heels. Aku suka kasut tumit tinggi. Tapi untuk orang yang pegi keje naik LRT macam aku nih, plus kena jalan dekat 500 meter dari LRT ke ofis, heels memang tak sesuai. Buat sakit kaki je. Nak pulak kalau terlambat keluar rumah pastu nak kena berlari kejar masa. Boleh terpeleot kalau pakai heels. Selalu tu aku pakai selipar je. Heels simpan kat ofis. Dulu aku pakai sport shoes kena tegur. Hari ni aku pakai kasut pengawas sekolah kaler hitam pun dia tegur. Rajin betol mata dia duk perati dressing aku hehari.

Tadi dia datang kat tempat aku pastu duk bertazkirah cakap aku ni nak puas enjoy life sebab tu lah aku duk dressing pelik-pelik (pelik pada mata dia je kot). Kata dia lagi, sepatutnya, orang dah beranak dua macam aku nih pakai baju yang menampakkan ciri kematangan dan kewanitaan. Baru sesuai dengan status orang beranak dua.

Aku senyum je lah dengar ceramah dia. Koser nak bertegang urat. Lantak ler nak kutuk dressing aku ke apa. Ada aku kesah?

Yang dia tu, umur dah dekat 50-an. Tapi kenapa dressing macam 20-an. Tu dah puas enjoy life sangat la tuu ek? Sengal.




Jam Fossil bracelet yang aku pakai hari ni.


Kasut pengawas All America.. hhu

Wednesday, December 21, 2011

Kelakar gila kot

As expected, team regu kami kalah dengan bergaya.. wohooo.

Dua hari sebelum game, Nana beli baju T-shirt Yonex kaler biru untuk pakai masa tournament. Aku pung beli selai gak. Konon biar matching from top to toe. Baru boleh fefeeling pemain negara kan?. Dari segi gaya, kitaorang memang hebat. Tapi besar gila kot baju tu. Dah serupa pakai selimut gayanya.

Dua jam sebelum start game, aku baru nak baca tengang basic rules main badminton. Panik jugak lah. Tambah haru bila Nana, orang kuat yang aku harap untuk backup aku ponnnn tataw tentang rules game nih. Masaakkkkkkk.

Dua minit sebelum game start:

Referee: Sejuknya tangan? (masa salam dengan aku)

Lambung syiling. Pihak lawan pilih untuk start servis. Kami dapat pilih gelanggang.

Referee: Awak nak pilih sebelah mana?
Aku: (sambil pandang court kiri kanan) Err.. memana pun boleh
Referee: Pilih lah.
Aku: (sambil memalu) Er.. saya tak kisah memana pun.
Referee: PILIH
Aku dengan Nana serentak: Err belah sini lah.. sini.

Memang macam gamps! Boleh la pulak taim tu nak memalu. Sewel. Nervous dowh. Team lawan masuk court dengan confident. Team aku masuk court tunduk kepala sambil seret raket. Aku dah sah-sah lah nervous tak ingat. Nana yang dari tadi duk menyanyi-nyanyi hepi terus senyap sunyi.

Ref suruh warm up. Aku main pass shuttle dengan Nana. Yang buat aku cuak tu, Setiap kali aku pass bola, Nana tak boleh sambut. Ahhh sudahh. Naper dia ni? Dah berjangkit nervous dengan aku ke?

Masa game start, aku dah boleh overcome aku punya nervous. Nih satu dari advantadge yang aku ada. Kalau aku terlalu pressure, hati rasa berdebar segala, otak aku akan take over. So, badan aku akan lebih relaks dan adapt dengan situation. Tak sangka selepas lebih 10 tahun tak pegang raket, aku masih mampu pukul bola dengan bergaya (cewaaahh). At least takde lah bersepah pukulan aku kan..

Nana pulak, memang kesian. Dia still fight dengan perasaan nevous. Sampai tak boleh bergerak nak sambut bola. Banyak kali la aku tengok dia berdiri tegak peratikan bolah jatuh depan dia.. tsskk. Tu tak masuk part dia pukul bola kena referee, pastu kena penonton kiri dan kanan gelanggang.. haish. Pukul bola tak kena pun jangan cakap lah. Sentiasa kot.

Penonton siap sound "Raket bocor ke dik?" Malu beb. Malu.

Tapi setiap kali Nana buat silap, aku tepuk bahu dia.

"Rileks Nana. Good job"
"We can do it"
"Belasah je. Hentammm"

Padahalll muka aku dah tebal 40 inci kot. Ramai ok orang yang tengok game kami. Nak cover malu, aku angkat tangan kat penonton. "Rilek beb, rilek". Pastu buat tanda "Good" tunjuk ibu jari. Motifff??? Muka pulak tersengeh je macam kerang busuk.

Muka lawan kitaorang pulak stress manjang. Maybe derang rasa IQ badminton derang turun 10 point bila terpaksa berdepan dengan pemain macam kami.. huahuahua. Tapi dekat nak last-last game, derang memang sporting. Derang bagi bola lambung je. Supaya kami senang nak smash. Tapi ada aku smash? Nan hado. Aku tak reti laaa camner nak smash. Penonton siap jerit-jeri suruh smash. Nak aje aku berenti main kejap tanya camner caranya.. kahhh kahh.

Ada sekali tu masa pihak lawan tak dapat sambut servis aku, Nana siap lompat-lompat hepi. Siap berhenti kejap bagi hi-5 kat aku. Lawak ok. Apa ingat lawan bola jaring ke apa?

Paling tak boleh tahan, bila referee dengan penonton guide kami bab siapa nak bagi servis. Kekejap aku kang pandang referee. "Saya ke? Bukan? Ooo Nana amik servis? Ok, ok". Serabut aku. Penonton yang dari mula tadi pelik tengok kitaorang main jadi enjoy pulak. Siap sokong kitaorang walaupun tau kitaorang memang akan kalah. Setiap kali kitaorang dapat point, derang punya sorak kuat gila ok. Kalau pihak lawan dapat point semua senyapp je..

Game nih just satu set je. Kalah mati. Kitaorang kalah dengan point 21-7. Ok la kan.. aku bajet kitaorang dapat satu point je.. huhuhu.

Bila dah salam-salam semua, kitaorang siap posing-posing dalam court. pastu. Orang lain semua ingat kami yang menang sebab dapat sorakkan yang paling kuat. Pastu muka hepi sentiasa. Pihak lawan yang menang pulak muka stress. Haha, mau derang tak stress lawan dengan beginner macam kitaorang.

Apa pun, its a good game lah. Malu tu memang lah. Tapi enjoy yang lebih. Dapat ramai kawan. Glamer sekejap.. huhuhu.




Team lawan dengan team regu aku (besar gila baju aku kan? walhal size S tu)


Nana duk perati bola jatuh depan dia


Me in action




Tuesday, December 20, 2011

Macam dah tau je result

Semalam stayback sekejap tengok badminton tournament kat lobby. Fuhh... hebaq.. hebaq.

Nana: Hang nak tau tak kita lawan siapa nanti?
Aku: Siapa?
Nana: Tuu kat depan kita tuu (sambil tunjuk sorang budak tomboy dengan kawan dia kat depan seat aku).
Aku: *telan ayaq lioq* abes la

Malam tadi kelam kabut cari kasut nak main badminton. Aku ada kasut trekking je kot. Mana sesuai bawak dalam court badminton. Last-last, aku beli kasut sekolah je. Kaler hitam. Rasa macam pengawas pulak. Tapi best pakai kasut ni. Aku rasa pasnih aku pakai hehari bawak pegi ofis lah.

Nak tau satu cerita kelakar? Tadi aku baru tau tentang badminton punya basic rules : pertukaran servis, kanan servis genap, kiri servis angka ganjil, etc. Gila. Petang nih nak bertanding, baru terhegeh-hegeh nak baca cecara main badminton? Yelah kan, zaman aku main badminton dulu semua pakai hentam je. Sistem markah pun still guna 15 point instead of 21 sekarang ni. Tapi yang lebih haru, si Nana pun dua kali lima macam aku. Baru nak belajar jugak. Macam haremmm. Aku bajet dia lagi terer dari aku.. tsskkk

Haih, aku rasa aku dah tau dah mana hala tuju team aku. Matilaaaa.

Takper Nana, jangan risau. Kalau nak kalah pun pun biar kalah dengan bergaya.. huhuhu

Monday, December 19, 2011

Badminton tournament

Nih la tempat aku berentap esok..


Semoga aku tak memalukan diri sendiri.. huhuhuhu. Ketaq dah ni. Dah lama tak pegang raket beb! Matilah..




New Hair Cut for 2012

Sabtu aritu aku dah korbankan rambut aku yang panjang paras dada ni menjadi pendek paras telinga. uu wu wu wu.

Rasanya buat masa ni aku tak boleh bela rambut panjang. Ekceli boleh, tapi kena ikat 24 jam lah. Tapi apa guna rambut panjang kalau asyik nak berikat je kan. Lelama sok rosak bercabang sini sana.

Amarr sekarang ni laju je tangan dia tarik rambut aku. Sakit woo. Sampai putus-putus.. tsskk. Ariff pulak, cepat lemas kalau rambut aku kena muka dia. Tu yang nak tanak, aku cantaskan aje rambut ni.

Now dah pendek dan best. Ringan rasa kepala. Tapi muka nampak cam bebudak la pulak.. huhu








Thursday, December 15, 2011

Tersilap pilih kerjaya?

Pernah tak korang rasa camni:

Selepas hampir 10 tahun graduate dan mempunyai keje tetap yang well paid tapi still rasa macam tak dapat kepuasan yang dicari.

Pastu tetiba korang realized yang sebenarnya ada sesuatu yang lain yang korang minat dalam hidup ni dan ada banyakkkkkkk mender lain yang korang terasa nak buat tapi macam dah sedikit terlewat untuk semua tu. Yelah, we cannot turn back time maa.

Pernah kan?

Aku pernah jumpa sorang mamat yang baru tahun ni berjinak-jinak masuk hutan panjat gunung. Umur dah dekat 40-an, dah kawin dan beranak-pinak. Pastu addicted dengan outdoor sampai tetiap minggu masuk hutan.

Yang tak best tu masa dalam hutan, bila dia pewai, plus family prob ke haper, dia terus bad mood. Kalau bad mood tak susahkan orang takper, nih jenis bad mood yang menyakitkan hati orang. Tanak bercakap, tanak makan, hangin satu badan. Kalau umur tu muda lagi, takper. Boleh aku bagi penampa sedass. Umur camtu, rasa haish.. berbulu je mata tengok. Tak sesuai ok. Lelebih lagi kat tetengah hutan nun. Orang lain pun penat gak tapi still boleh bagi kerjasama.

Aku tahu kenapa dia jadi camtu. Dia sebenarnya baru realized yang dia minat naik gunung dan cecita dia memang tinggi, nak conquer G7, G12 lah bagai. Tapi masa dan situasi tak begitu mengizinkan.Tu yang dia pulun masuk hutan tetiap minggu sampai anak-bini terabai. Kalau dapat wife yang memahami, takper lah. Kena jenis yang tak paham? Sebulan dua mungkin dia boleh tahan.. masuk bulan kelima, ke enam? Mau terbang periuk belanga. Nak mamfus? Agak-agak lah kan. Pepandai la bagi masa. Ni, kera dihutan disusukan, anak kat umah kurang kasih sayang (sesuai pulak peribahasa ni.

Kes aku lain pulak. Camni:

Dulu taim kekecik, aku minat melukis. Series minat. Aku boleh lukis permandangan, lukis gambar orang - perfect. Aku paling suka lukis design baju. Esp wedding dress. Melukis bagi aku satu kepuasan yang susah untuk digambarkan.

Cikgu Zarinah, guru kelas aku masa darjah 4 pernah bagi ucapan kat perhimpunan Sekolah Kebangsaan Jeram (masa aku menang pertandingan melukis peringkat sekolah), dia kata, "Adlyana seorang pelajar pendiam. Tapi dia meluahkan perasaan dia melalui lukisan". Yep, aku memang pendiam. Kan aku ada cerita pasal prob family aku masa kekecik kat sini. Semua tu buat aku jadi rendah diri dan pendiam.

Sorang lagi cikgu lukisan masa kat sekolah menengah (SM Sultan Alauddin) siap bahasakan diri dia sebagai 'mama' dengan aku. Dia suka tengok hasil lukisan aku setiap kali aku masuk kelas lukisan dia. Aku tak ingat nama dia. Dah meninggal pun sebab breast cancer. Dia asyik introduce kat cikgu lain yang aku ni anak angkat dia. Pelik. Aku rasa maybe dia pernah jumpa arwah ibu aku so dia dapat korek background aku. Aku tak suka orang ambik tahu pasal family aku. Aku tak suka raih simpati orang.

Ok, enough flashback. Back to the stori.

Aku realized yang aku tersalah pilih course masa belajar bila aku start involve dalam dunia makeup. Baru aku tahu kenapa aku tak pernah rasa penat terpaksa kerja taim weekend buat job Makeup Artist (MUA) padahal weekday dah penat kerja kat ofis. Aku minat gila makeup, fesyen. Bila aku start buka butik bridal pulak, aku agak fussy masa nak beli wedding dress. Sampai aku rasa macam nak beli mesin jahir dan jahir sendiri baju wedding untuk butik aku. Aku start capai paper dan lakar dress pilihan aku. Mender nih semua buat aku tersedar kenapa dari kecik aku minat melukis. THIS is why.

Dan by time aku tersedar, its actually almost too late.

Dulu masa kat universiti, bila orang tanya kenapa aku amik Bachelor of Economics, aku cakap sebab aku minat. Tapi bila aku fikir balik, sekarang baru aku tahu kenapa aku pilih Economics. Sebab aku suka bersaing dengan sorang mamat ni masa STPM dulu. Dia champion Economics. Markah 90% over je setiap kali exam. Berlagak tak ingat. Aku pantang orang berlagak ni. Taim tu darah muda. Aku pulun belajar subjek Ekonomi sampai markah aku dari 30% jadi 90% above setiap kali exam. Gila bersaing. Dapat result STPM, aku score A untuk ekonomi. Bila apply universiti, aku aci bubuh je form. Bila dah habis belajar, aku jadi blur. Apa yang aku nak buat dengan degree Econs ni?

Tu pasal laa bidang kerja aku tak sama langsung dengan apa yang aku belajar dulu. Jauhhhhh larinya. Now, I'm in banking line. Kerja bagus. Tapi macam aku tulis kat atas tadi, tak ada kepuasan. Sebab minat aku sebenarnya kat tempat lain. I'm stuck. Antara minat dan kerjaya.

Teringin nak sambung belajar amik Fesyen Designer ke apa. Tapi, boleh ke? Dengan kerja, dengan business, dengan family. Gila beb. Tak terkejar aku. Tak pepasal kang jadi macam kes mamat yang baru berjinak panjat gunung tu. Cuma bezanya, Mamoru yang lempar perik belanga kat aku.. huahuahuahua.

p/s: Too many things to do in a very little time. Hidup hanya sekali. Chose wisely.


Aku main badminton?

Semalam ofis-mate aku, Nana duk cari partner untuk kompeni punya badminton tournament. Dia ajak aku join. Memula tu aku macam, alahai.. aku ada masa je nak join memender ni? Kelab Kembara punya event pun selalu aku turn-down. Ini kan pulak Kelab Sukan.

Nana kata, semua orang dalam department ni tak nak join. Yelah, kat sini ramai yang dah ber-family - semua ada banyak komitmen. Yang single just dia sorang je lah.. hihi.

Haih, kesian pulak aku mendengar. Aku suruh dia bubuh nama aku. Tapi aku warn dia sesiap, aku tak reti sangat main badminton. Last aku pegang raket was like a decade ago kut.. haha. Mati lah. Jangan aku smash kepala dia sudah.

Nana cakap, dia tak kisah. Janji ada partner katanya. Menang kalah belakang kira.

Bagus. Aku suka attitude camnih. Yang penting kita enjoyyy.

Bertuah Nana dapat opis-mate macam aku tau. Aku ni gila-gila sikit. Bab mengarut memang kasi lah kat aku.

Oh, lagik satu. Aku baru je dapat ad-hoc task jadi committee untuk kompeni punya Annual Dinner. Boleh tahan aktif jugak aku kat sini ek? Nasib baik tarikh dinner jatuh on weekday. Kalau weekend, selamat tinggal romeo.

Tuesday, December 13, 2011

Lying works better than the truth

One of my colleague told me that I must have done good things in my pass that God give me a good body in this life (She's a chinese)

She said, she envied me coz I didnt gain weight even after both of my pregnancy. She could not accept that I jenis kuat makan punya orang. Seriously, I makan all of the time - in between office hours, lunch, dinner, supper, etc. But yet, still skinny. She really hate the fact that she have to work hard, control her diet just to maintain her body. She event counted how many carbo/calorie she should consume per meal - yes, to that extent.

Recently we have this sort of teambuilding workshop. There is one group xtvt that requires each group to lift one of their team members. Macam cheerleaders. It happened soo fast, the facilitator tak sempat habis cakap and my team already grab me and lifted me high up in the air. Gila terkejut hakak hokey. But being a good team member, I layan kan aje. Merasa juga I buat few cheerleader move. I loike.

Ok, back to my colleague punya story:

She said I ringan sangat. She often ask me how did I do it (maintain the body). Hah. I dont know what to tell her. Takkan nak cakap its in my genetic? Tak mungkinnnn. Coz I also have a chubby sister juga. Meaning, there is a possibility untuk badan aku mengembang (choi hihi).

I dont have any tips. But I did told a few things to her:

Morning: I will buy RM2 kuih muih or cekodok for breakfast. I did not eat all of it for breakfast. Tapi makan sikit-sikit sampai tengahari baru habis.. huhuhu. By time I finish my kuih, its already lunch hour. Trust me, bila dah makan sikit-sikit macam tu, sure rasa tak rasa lapar sangat time lunch.

Lunch: Makan nasik macam biasa. Biasanya tak lapar pun, tapi sebab nak jumpa kengkawan, so aku turun makan jugak lah (eh, dah tak tulis omputeh dah? hahaha. Ok sambung balik bahasa omputeh - mind my grammar granpa semua). But portion nasik yang aku amik adalah 1/4 dari saiz pinggan. On my way back to the office, I grab some fresh fruits / sweets (nak elak mengantuk).

Dinner: I didnt care much what to eat. Nasik, mee, fast food also boleh. I even eat a lot nasik if I do the cooking.

So, basically thats all of it.

As expected, she wont believe me. Haih. She only take it when I said I'm an outdoor person. I climb mountains.

Honestly, active in outdoor xtvts does not guarantee you will get a perfect athletic body. Sukan outdoor hanya akan buat you makan dengan lebih kerap. Dan uol kena makan banyak untuk dapatkan energy. I gain few kilos back then. Now bila kurang mendaki gunung, berat pun makin kurang :(

p/s: sometimes lying works better than the truth eh?







Rindu yang teramat

Mood: Rindu gila nak masuk hutan

Location: Ofis. Keje tak banyak. Bosan gila duduk goyang kaki macam ni.

Listening to: Guns & Roses (Album: Use Your Illusion 1). Dengar guna
MP4. Kalau pasang kat pc tak boleh kekuat. Lagu dalam album ni kasar
sikit. Tapi untuk situasi aku sekarang ni memang sangat merilekkan.


p/s: Mamoru, kengkawan.. jomma masuk hutan. Daypack pun jadi lah. Tak
tahan sangat dah ni. Rindu betul nak sarung kasut Timberland yang dah
rabak tu. Rindu nak bersilat dengan pacat. Rindu dengan unggas rimba
(ayat tak boleh blah).

Thursday, December 08, 2011

Not without Mamoru

Rasanya dua bulan lepas aku ada mention nak join Sham Castello pergi tawan gunung Murud kat Sarawak tahun depan. Tapi Mamoru tak dapat join xpdc nih sebab taim tu dia baru start kerja kat company baru. Probation 6 monnths. Takkan nak ambil cuti panjang pulak.

Mamoru suruh aku pergi je tanpa dia. Haih. Nih yang tak best nih. Aritu aku dah merasa masuk hutan 4 hari tanpa dia. Yes, of coz, without doubt aku boleh survive tanpa dia - physically. Tapi secara mental? NO, I dont dont think I want to go thru that again. It hurts so bad ok. Sebelum pergi memang rasa bersemangat. Excited semua ada. Tapi bila dah masuk hutan, tetiba rasa sunyi. Rasa macam, apa benda aku buat dalam hutan nih? Apa matlamat aku sebenarnya?

Only then I've came to realized that its not the mountain or the trek or the jungle or the team that matters. Its the FEELING, the SATISFACTION to do and SHARE things that I love the most with my loved one. Thats what matter.

Untuk kali pertama, aku rasa kosong gila masa aku berjaya tawan gunung Korbu & gunung Gayong aritu. Of coz lah aku rasa hepi dapat takluk dua puncak gunung dalam masa empat hari. Tapi perasaan tu mati kat situ je lah. Rasa macam semua yang aku buat tu meaningless. Pathetic kan? Sejak hari tu aku janji pada diri sendiri yang aku takkan masuk hutan lagi - not without my Mamoru.

So, rasanya aku terpaksa lepaskan peluang untuk tawan gunung Murud kali ni. InsyaAllah there will always be next time. Tak lari gunung di kejar, kan Mamoru?

p/s: Ada sesiapa nak buat trip naik gunung Bunga Buah or any weekend trip dalam bulan January ni? Invite aku & Mamoru ek. We'ols boleh jadi tukang masak or tukang pikul air or anything. We'ols willing je :)

Wednesday, December 07, 2011

Anak adalah anugerah

Anak adalah anugerah Tuhan yang amat besar pada aku & Mamoru.

Anak adalah pengikat kasih sayang. So true.

Anak adalah sumber kekuatan. Hilang semua penat lelah bila menatap muka anak.

Anak adalah sebab utama kami berusaha keras mengubah kehidupan ke arah masa depan yang lebih baik.

Aku tak boleh hidup tanpa anak-anak dan Mamoru.

Aku tak boleh terima sebarang bentuk penyiksaan terhadap kanak-kanak

Aku tak boleh tengok orang minta sedekah bawak anak kecil.

Aku tak boleh baca email atau cerita sedih tentang penderitaan kanak-kanak akibat penyakit atau penderaan.

Aku selalu delete email yang mengandungi cerita-serita sedih tentang kanak-kanak malang.

Aku selalu ignore dari baca paper atau tengok cerita tentang perkara sedih membabitkan kanak-kanak.

Aku selalu berdoa agar anak-anak aku sentiasa dilindungi Allah (swt), dipanjangkan umur, dijauhkan dari sebarang penyakit yang berbahaya, dilindungi dari sebarang perkara yang tak diingini. Dan aku juga berdoa agar aku & Mamoru dipanjangkan usia agar dapat mendidik dan membesarkan anak-anak kami dengan penuh kasih sayang.

Aku tak pernah merasakan kasih sayang seorang emak dalam hidup aku. Mamoru lebih lagi. Dia tak pernah merasakan kasih sayang dari kedua emak dan ayah dia sejak berusia 6 tahun lagi. Life kami agak kusut dan kelam kabut semasa kecil. Dan sebolehnya kami tak nak anak kami merasakan kepayahan dan kepedihan yang pernah kami rasakan dulu.

Kami tak ada pengalaman dalam mendidik anak-anak. Tapi kami akan sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik untuk mereka. Semoga Tuhan makbulkan permintaan kami. Dan beri peluang kepada anak-anak kami satu peluang yang kami tidak pernah dapat semasa usia kecil kami.


p/s: Agak emosi sikit hari ni. Pls jangan forward email sedih kat aku. Aku tak kuat.




Makeup stuff

Malam tadi spend masa dating sambil shopping dengan Mamoru. I bought "SOME" makeup stuff lagi. Yes, LAGI.

Nasib baik la aku guna semua product nih untuk Makeupfreak business. Kalau tak, mau kena jelingan tajam oleh incik hubby. Sebab baru je tiga hari lepas memborong makeup di MAC Mid Valley. Hihi.. well, thats the best thing being a Makeup Artist. You get to buy and try a lots of makeup stuff! Heaven okey! Kalau untuk sendiri guna, memang takkan terpakai la kan. Banyak gila kot.


MAC, Sephora, Makeup Forever



From Makeup Forever, I bought concealers and lip liner. They give me free mini pouch with one lip gloss and lipstik miniature. Comel.



I've tried dedua concealers. Its magic. And I’m in love with Makeup Forever lip liner too. Sangat long lasting. I'm gonna use it for my clients :)


From Sephora, I bought Smashbox christmas gift : Lip gloss



I've tested the colors. Love it. I prefer wearing MAC lip eraser (it works as lip balm too) before use any lip gloss. Sexy.



This is MAC lip eraser that I’m talking about!



From MAC, I bought few brushes to replace my old one. Brushes are expensive. This 6 pcs je dah cost me nearly RM1000.. grrrr. Actually, I want to go for Bobbi Brown brushes. Tapi it doesnt come in Black. So, have to satisfied with MAC lor



This is MAC products I bought before at Mid Valley outlet. Tak sempat nak test all the colors. All I can tell you, Its all matte. I'm a matte person. Aku tak suka warna yang glitter-glitter sangat.




Tuesday, December 06, 2011

Makeupfreak Bridal Boutique

Kepenatan melanda Mrs Outdoorfreak sekarang ni.

Haih. Pening kepala memikirkan baju yang dah bertimbun menunggu untuk dibasuh kat rumah. Gamaknya malam nih kena buat overtime basuh baju. Tak boleh tunggu wiken sebab every wiken juga adalah hari bekerja untuk aku. Nak buat guano, nak cepat kayo gini la caranya.. huahuahua.

Aku tahu proses nak set-up sebuah butik adalah sangat-sangat memenatkan. Never thot it will be this PENAT. Memacam mender nak kena consider. Bajet pun bukan seciput. Rasa lajuuu je duit keluar:

Buat renovation, deco
Beli pelamin
Beli Baju
Etc

Pasal baju pun satu hal. Aku nih jenis pentingkan qualiti. Aku tanak lah main rembat baju pengantin borong yang ada kat pasaran. Tak nak lah design baju aku sama je macam butik lain. Aku sukakan kelainan. Baru ada kelebihan. Buat masa nih aku memang berhabis duit kat baju sebab semua baju dalam koleksi Makeupfreak Boutique direka oleh designer terkenal. Designer ni banyak ambil job untuk design baju artis. Nanti aku reveal nama designer nih. Dan aku juga akan upload semua gambar baju yang aku ada kat Makeupfreak's website. Oh, yang nih juga satu hal. Kena cari model untuk gaya kan semua baju ni. Siapa nak volunteer jadi model aku? Kalau aku buat offer macam ni kat Facebook Makeupfreak, sure penuh inbox aku dengan resume. Anw, pada yang berminat, syarat penyertaan adalah:

Ketinggian melebihi 160cm
Bentuk badan yang menarik
Mempunyai wajah yang bersih dan senyuman yang menarik

Penyertaan juga dibuka kepada model lelaki ya. Cuma aku nak tekankan kat sini, photoshoot akan dibuat pada tarikh yang akan ditentukan oleh pihak Makeupfreak dan tiada bayaran akan diberi kepada para model. Tapi uols akan dapat free satu cd gambar untuk dijadikan portfolio dan pengalaman modeling :)

Dan ohh, Makeupfreak tengah buat promotion gila babas khas untuk 3 pasangan pengantin tahun 2012 untuk mendapatkan Pelamin Persandingan Exclusive dengan harga RM799!! Penjimatan sebanyak 55% dari harga asal. Berminat? Sila klik sini www.makeupfreak.net

p/s: I was thinking of designing one wedding dress ala Bella Swan macam dalam filem Twilight - Breaking Dawn. Serious GRAND!!!. Siapa berminat untuk pakai? *wink*



Monday, December 05, 2011

Someone Like You

Beautiful song.. love this one too.




I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now
I heard that your dreams came true
Guess she gave you things I didn't give to you

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light

I hate to turn up out of the blue, uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me, it isn't over

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised in a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue, uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me, it isn't over yet

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead, yeah

Nothing compares, no worries or cares
Regrets and mistakes, they're memories made
Who would have known how bittersweet this would taste?

My makeup wishlist



This is my makeup wishlist. Hari tu pergi outlet La Mer kat Metrojaya Mid Valley. Survey product nih. Amik sample dan try for myself and my client. Aku suka sangatt! Rasanya aku akan guna product ini sebagai base makeup untuk client aku.



Untuk cuaca kat Malaysia ni, aku rasa La Mer Moisturizing Lotion dan La Mer Oil Absorbing Lotion adalah sangat sesuai. Perfect gitu.



Tapi harga setiap botol nih agak mahal. RM800 untuk sebotol kecil.. Lapan ratus ringgit okey... tsskkk.



Dan Mamoru adalah sangat best. He said, just go for it (oh, dont you just loveeeee shopping with him. No restriction at all! xoxoxo)



And, I always want the best for my client. Aku nak hasil yang terbaik untuk setiap sentuhan makeover yang aku buat. Aku nak client aku semua puas hati.


So far La Mer adalah yang terbaik. I' gonna go and get it :)


Merasa uols.. I guna product mahal untuk uols punya muka tau. Dont worry, my makeup package price takkan naik even tho I use expensive product. Dont you just love me? Hahaha.


visit my makeover page at http://www.makeupfreak.net/ aot search Makeupfreak at Facebook. We have more than 11,000 fans already!






Friday, December 02, 2011

Hensem? Romentik?

Malam tadi baru berkesempatan tengok movie Twilight: Breaking Dawn
selepas seminggu cerita ni ditayangkan. Sadis kan? Ekceli, Mamoru
awal-awal lagi dah beli tiket untuk tengok movie nih masa hari first
ditayangkan lagi (Khamis lepas). Gold Class tau. Tapi.. kan taim tu
Amarr masih dalam ward. Aku kasi tiket tu kat adik aku je. Dia pergi
tengok dengan awek dia.

So, malam tadi akhirnya dapat juga aku tengok cerita ni kat wayang.
Best. Hampir 90% ikut jalan cerita dalam buku. Thats the best thing
bila ada part 1 & 2. Kalau satu buku tu dibuat untuk satu movie je,
confirm banyak scene yang takde.

Kalau tengok / baca cerita-cerita romance macam ni, hero-hero dia
mesti hensem gila. Heroin pulak mesti cun meletop. Serba serbi
perfect. Sedangkan, in reality, apa ingat senang ke nak jumpa couple
perfect camtu?

Ada sorang colleague aku kat sini (yang dah kawin) bagi statement
berani mati, "Kat M*yb**k nih takde lelaki yang hensem".

Honestly, aku bukan jenis mata melilau cari orang hensem. Tapi
statement dia buat aku buka mata dan survey orang sekeliling aku.
Suprisingly, she's right! Walaupun company ni besar gila dan ramai
staff, tapi kat memana aku pusing memang nan ado lelaki yang boleh
dikategorikan sebagai hensem (tak kira lah cina, melayu, india, etc).
Perempuan cantik, ada, banyakk. Tapi bab perempuan cantik nih tak
boleh nak discuss sangat sebab, orang perempuan boleh kelihatan cantik
dengan makeup. So, tak fair untuk lelaki. Sebab, personally aku rasa
kalau orang lelaki pandai grooming dan guna foundation, sure ramai
lelaki kelihatan smart walaupun tak hensem.

Setuju?

Cuba tengok Edward Cullen (Robb) / Jacob Black (Taylor) / Tom Cruise
masa berlakon dalam memana movie. They trim their eyebrows. Buat
hairdo. Pakai foundation, whitened their teeth, manicure pedicure,
hire personal trainer, etc bagai. Apa ingat kalau derang tak buat
semua tu derang boleh nampak hensem? Mimpi lah kan. Sure derang akan
nampak macam tipikal mat salleh yang rambut leper (sesilap botak kat
tengah kepala), freckles melambak satu muka, kening, kumis berterabur,
gigi kuning, eyebag berdouble. bla bla bla etc semua.

So again, back to the main reason kawan aku tu susah nak cari lelaki
hensem, bukan kerana tak ada lelaki yang hensem kat company ni, tapi
sebab tak ramai lelaki yang rajin keluarkan duit untuk groom diri
sendiri. huhuhu.

Movie nite out dengan Mamoru malam tadi adalah sangat best. Stealing
time together without the kids. Spent a couple of hours sitting and
cuddling.. hihi. Macam orang bercinta baru first time dating.

Ok, seriously, Mamoru kalau kat rumah, our rutin adalah sangat
occupied dengan pc/laptop untuk jawab inquiries customer dan melayan
anak-anak. Tu tak termasuk bab aku bz mengemas rumah lagi. Nak
duduk-duduk pegang tangan memang nan hado. By time anak-anak masuk
tidur, kami pun dah terlena sekali. Memang Tak ada life sangat lah.
Jangan kata nak pegang-pegang tangan, nak borak romentik pun tak
sempat sebab asyik la kena menjawab soalan Ariff yang dah pandai
bertanya itu ini. Suara manja-manja memang jarang lah dapat dengar,
yang selalu ada, suara terpekik meleraikan Ariff dengan Amarr.

Rasanya kena selalu curi masa camnih. Esp taim tengah malam. Rasa
macam sangat HOT bila duduk berdua-dua dalam gelap sambil tengok
movie. Mamoru pula suka usap-usap bahu, tangan, peluk pinggang, kiss
rambut, leher, bahu. Serious HOT. Taim tu kalau JAWI serbu, confirm
kena angkut sekali lah. Tapi tak kisah pun. Kata halal-lan toyibbah.

Thursday, December 01, 2011

Bulan terakhir tahun ni

Hari ni dah masuk bulan terahir dalam tahun 2011. Sekejap je kan.
Tau-tau je dah setahun berlalu.

Cuba tanya diri sendiri, apa pencapaian yang kita dah dapat untuk diri
sendiri dan keluarga dalam tahun ni? Adakah hidup kita menjadi semakin
baik? Atau masih di takuk yang lama? Kalau semakin baik,
alhamdullilah. Teruskan usaha untuk mendapat yang lebih baik. Tapi
kalau still tak berubah, muhasabah diri sendiri. Lakukan perubahan.
Mungkin rezeki kita tersekat disebabkan kita taknak ubah diri ke arah
kebaikan?

Bagi aku dan keluarga, tahun nih rezeki alhamdullilahhh. Bisness
Makeupfreak sangat mendapat sambutan. Sampai kami terpaksa tolak
dengan cara baik permintaan client lain disebabkan semua tarikh dah
fully-booked. Dan Makeupfreak tak lama lagi akan melangkah ke satu
fasa baru. InsyaAllah, Makeupfreak Bridal Boutique akan dilancarkan
tak lama lagi! Doakan kami :)

Untuk tahun depan (2012) kami dah mula dapat banyak tempahan untuk
Makeupfreak sehingga ke bulan June 2012. Tapi jangan risau, masih
banyak tarikh kosong untuk tempahan. Book cepat. First come first
serve!

Dan tahun nih juga syukur, alhamdullilah, kami dah dapat kotakan
impian untuk memiliki sebuah semi-D corner lot. Tak termimpi pun nak
beli rumah sebesar nih. Bajet asal nak beli rumah landed biasa-biasa
je. Tapi alhamdullilah murah rezeki anak-anak. Dapatlah beli yang
lebih selesa sikit. Aritu dapat call dari developer. Derang dah start
pasang upgraded tiles yang kami request untuk dalam rumah dan porch.
Tak sabar nak pegi tengok rumah baru kami.

Perkembangan anak-anak:

Amarr dah pandai berjalan. Teruja betul aku & Mamoru tengok dia
berjalan. Senget-senget macam ketam. Pastu giggle-giggle sepanjang
jalan. Comel! Ekceli, masa kat hospital lagi dia dah start berjalan 5
hingga 10 langkah. Tapi dia cepat boring dan prefer merangkak balik.
Seminggu dua lagi insyaAllah, Amarr boleh berjalan sepenuhnya. Take ur
time ok Amarr. One step at a time. Amarr juga dah pandai sebut "Nakk"
bila minta sesuatu. Rasanya, nih perkataan pertama dia kut.

Ariff dah big boy. Cepat merajuk kalau aku tertinggikan suara. Buat
aku rasa bersalah je. So, mummy kena pergi cecepat pujuk. Good things
is, dia senang dipujuk dengan hugs and kisses dari mummy or daddy.
Ariff abang yang protective (kalau kat tempat orang). Ariff akan make
sure Amarr selamat dan dapat main toys yang dia put-aside untuk Amarr.
Dia takkan bagi bebudak lain amik toys tu dari Amarr. Tapi kat rumah,
of coz la dia duk berebut dengan Amarr. Dah takde orang lain kan..
Apapun, Ariff abang yang sangat baik. Selalu mengalah dengan adik.
Mummy so proud of you, sayang.

Early next year will be a good start for us. Mamoru akan mula bekerja
di tempat baru. Dia dah tender 3 months notice kat company sekarang.
InsyaAllah by February 2012, dia akan mula bekerja ditempat baru yang
bebetul dekat dengan rumah baru dan dekat dengan Bridal Boutique kami.
Dah lama dia mengidam nak kerja dengan company baru tu. Akhirnya,
Tuhan makbulkan juga. (Tahniah sayang) Semoga Tuhan murahkan rezeki
Mamoru lagi.

Plan kami untuk tahun depan mostly untuk Makeupfreak Bridal Boutique.
Kena kerja keras dan kerja extra hour demi masa depan kami dan
anak-anak. Dann oh, kena block tarikh untuk vacation juga. Tanaklah
bekerja sampai tak ada masa untuk putera-putera comel kat rumah tu :)