Monday, December 09, 2013

Jom layan bouldering kat MadMonkeyz Climbing Gym

Aku kenal wall climbing ni lagi lama dari aku kenal trek kat hutan/gunung. Tapi tak pernah serius pun nak memanjat indoor ni. Prefer outdoor lagi. Tapi disebabkan kekangan masa dan komitmen yang banyak, kena lah cari aktiviti lain yang berfaedah untuk maintain fit selain dari marathon.

Ada banyak tempat untuk indoor climbing. Cuma jauh dengan dekat je lah dengan rumah aku. Putrajaya Challenge Park (PCP) antara pilihan terbaik. Mostly sebab kos yang murah dan climbing area yang sangat besar. Tapi untuk aku yang duduk dalam KL ni, memang tak praktikal la nak berulang ke PCP. Dengan jem lagi. Nak pergi time weekend pulak memang tak dapat lah kan. Weekend aku fully occupied dengan xtvt lain.

Nak pergi Camp 5 kat One Utama pulak, pun jem jugak. Parking pun jauh dalam shopping mall. Tak convenience sangat. Aku ni kalau masuk shopping mall, memang kelaut la climbing semua ni. Dugaan banyak kat sana.

Pilihan yang ada, MadMonkeyz. Itupun salah seorang staff kat Evergreen Taman Midah yang suggestkan aku pegi sini. Ikutkan agak jauh dari rumah aku jugak. Tapi kalau pergi direct dari ofis, takde la terasa jauh sangat. Paling penting, Madmonkeyz punya climbing hours sampai pukul 11 malam (weekdays). Memang terbaik. Sebab time ni ja yang aku free. 

Aku pegi sini dua kali seminggu. Selalunya hari Isnin & Jumaat. Isnin just training sendiri. Jumaat pulak memang wajib sebab attend kelas climbing.

Oh yes, kat sini ada offer kelas untuk beginner / intermediate. Kalau nak tau lebih lanjut tentang Madmonkeyz atau kelas yang MadMonkeyz offer, visit website dia kat http://www.madmonkeyz.my/.

Why wall climbing/bouldering? Ramai member ofis aku tanya kenapa nak susah-susahkan badan pegi memanjat dinding. Aku jawab sebab climbing/bouldering buat aku lebih berdisiplin dalam pemakanan. Aku dah cuba banyak xtvt outdoor. Dalam banyak-banyak xtvt sukan yang aku buat, wall climbing/bouldering ni la yang paling susah. Sebab kalau tak jaga makan, confirm tak larat nak memanjat. Pada aku, ni salah satu cara yang paling bagus untuk jaga badan. 

Layan cerita bergambar je lah. Aku bab mengarang memang fail.

The climbing gym. Boleh nampak dari  tepi jalan. 10 minit walking distance dari LRT Wangsa Maju. Kalau naik teksi tak sampai dua minit dah sampai. Meter teksi tu pun tak sempat nak bergerak. 

Notice cube (tatau apa nama menatang ni) Ada info tentang climbing class kat sini.

MadMonkeyz's entrance at Level 2.

Registration counter. Entrance fee RM17 (non-member). RM 12 (member). Sewa kasut RM5. Chalk bag RM3. Staff kat sini memang sangat friendly & helpful.

Antara climbing gear yang dijual kat sini. Madmonkeyz turut menjual jenama kasut mereka sendiri dengan harga serendah RM250 (+ foc chalk bag)

Level bawah. Mostly untuk beginner. Ada sofa untuk berehat yang diletakkan di sudut registration kaunter.

Tangga menuju ke tingkat atas. Kat area tangga ni pun ada climbing wall. 

Tingkat atas for intermediate climbers

view lain di tingkat atas.

Locker area. Penggunaan locker adalah percuma.

MadMonkeys Climbing gym

Opening hours.
Monday 6pm - 11pm
Tue to Fri 2pm -11pm
Sat to Sun 10am -7pm


With Nicky, our trainer.

Me in action

My sis. Shes my climbing partner.


No comments: