Tuesday, March 31, 2015
Waras
DI MALAM INI AKU MAHU BERSENDIRI
BERTEMANKAN SUNYI
UNTUK KU TENANGKAN HATI
SELAMA INI KERAP SAJA DISAKITI
DISAAT INI KULUPAKAN SEGALA
MASALAH DUNIA YANG SERING MELANDA
SEMENTARA WALAUPUN UNTUK SEMENTARA
KALA TIBA MASANYA KU PERLU
MENGAMBIL WAKTU UNTUK DIRIKU
BUKAN MEMENTINGKAN DIRI
HANYA MENJAMIN KEWARASAN INI
DALAM DUNIA YANG PENUH DENGAN
LIKU-LIKU DAN DUGAAN
DUNIA KU INI
SEMUANYA BERMENTARI
TIADA AWAN DUKA UNTUK MENGHUJANI LUKA
KU BAHAGIA WALAUPUN TUK SEMENTARA
KUTAHU DAN MENGERTI
DAKU MESTI KEMBALI
TAPI BERIKAN AKU MASA
MENCARI KETENANGAN
SEKETIKA WALAU UNTUK SEKETIKA
BEBAN KU TAK KETARA
GETARAN KU TIADA
KU AMAN SEMENTARA
KU WARAS SEMENTARA
Sunday, March 29, 2015
Once upon a time
Teringat masa kecik2. Masa tu umur aku 3 atau 4 tahun. Aku main bawah rumah nenek. Ada banyak air keluar dari celah2 papan kayu atas rumah.
Aku amik ranting kayu. Gaul air yang mengalir dengan tanah - main masak2.
Lepas tu baru aku tau, rupanya air yang mengalir tu, air mandian jenazah arwah atuk Kassim (my late mom's father).
Al-fatihah buat arwah atuk Kassim.
You Haven't Seen the Last of Me
"You Haven't Seen The Last Of Me"
Feeling broken
Barely holding on
But there's just something so strong
Somewhere inside me
And I am down but I'll get up again
Don't count me out just yet
I've been brought down to my knees
And I've been pushed way past the point of breaking
But I can take it
I'll be back
Back on my feet
This is far from over
You haven't seen the last of me
You haven't seen the last of me
They can say that
I won't stay around
But I'm gonna stand my ground
You're not gonna stop me
You don't know me
You don't know who I am
Don't count me out so fast
I've been brought down to my knees
And I've been pushed way past the point of breaking
But I can take it
I'll be back
Back on my feet
This is far from over
You haven't seen the last of me
There will be no fade out
This is not the end
I'm down now
But I'll be standing tall again
Times are hard but
I was built tough
I'm gonna show you all what I'm made of
I've been brought down to my knees
And I've been pushed way past the point of breaking
But I can take it
I'll be back
Back on my feet
This is far from over
I am far from over
You haven't seen the last of me
No no
I'm not going nowhere
I'm staying right here
Oh no
You won't see me begging
I'm not taking my bow
Can't stop me
It's not the end
You haven't seen the last of me
Saturday, March 28, 2015
Jika kau bercinta lagi
Jika Kau bercinta lagi
cintalah sepenuhnya
jika kau bercinta lagi
jagalah kau hatinya
engkau yang memilihnya
tanpa memikirkan tentang diriku
kini ku hanya dapat berdoa
agar berbahagia kau disampingnya
Jika Kau bercinta lagi
cintalah sepenuhnya
jika kau bercinta lagi
jagalah kau hatinya
aku tak dapat menghalang
engkau punya kemahuan sendiri
biarku hidup hanya mengenang
peristiwa yang tak dapat ku lupa
kini aku hanya dapat berdoa
agar berbahagia kau disampingnya
selamat tinggal
aku mengundurkan diri
Friday, March 27, 2015
Love u, heroes!
Alhamdullilah.. we have safely arrived KL last night. Kiddos sangat behave setiap kali naik flight. Maybe sebab masing2 duduk jauh2. Or maybe sebab masing2 syok duduk tepi tingkap.
Dan malam tadi juga decide nak ikut Mamoru balik Melaka habiskan cuti yang masih ada.
So.. here we are. Dari Pulau Perhentian - Kelantan - KL - Melaka.
Ekceli Mamoru kena keje hari ni dan esok. Tapi tak kisah lah. Duduk KL pun tak ada apa.
Hari ni Mummy spend time shopping dengan kiddos kat wet market. Beli fish and lotsaaaa fruits. Kita makan sedap2 minggu ni ok.
Note: Minggu ni skip Earth Hour Walk (malam ni) & IJM #RunWithMe (pagi esok). Hibernate mood on.
Sunday, March 22, 2015
Al fatihah buat arwah ibu
Demam
Ariff & Amarr down with high fever. Mommy pun dah start sakit tekak & selsema.
Not a good timing untuk demam.
Banyak barang tak pack lagi. Sunblock for kiddos pun tak cari lagi.
Petang ni nak gerak pegi airport..
Rasa nak nangis. Tak larat :(
Daddy...
Note: Will be on leave for one whole week. Holidaying with Mamoru & kiddos. Just 4 of us :)
Saturday, March 21, 2015
Padamu ku bersujud
Sangat berharap agar aku dapat transfer keje ke Melaka secepat yang mungkin.
Nak settle down. Nak dekat2 dengan Mamoru. Tanak lagi long distance relationship. Kesian kat kiddos. Kesian kat diri sendiri gak.
For that, Im more than willing to sacrifice all my outdoor xtvs just to make sure all 4 of us always stay together. Macam dulu2. Lagipun, tak ada apa2 yang nak dibuktikan lagi. Nak run long distance? Ultra run? Ultra hike? I already done that. So what else?
Its time to go home. Build real life. Real happiness.
Bukan maksud aku duduk KL ni tak happy. 13 thun kot aku duduk dan keje kat KL sejak grad. Lebih 10 tahun dari cerita suka duka semua ada kat blog ni.
Cuma, dah hilang semangat nak terus duduk kat sini. Lebih2 lagi bila orang2 yang ada sekeliling aku semuanya nak ambil kesempatan. Baik kawan atau lawan.
Kat ofis memang no mercy. Orang takkan faham macam mana aku handle 2 anak sorang2 tanpa Mamoru. They just want things delivered.
Kat luar pulak most of the time aku berdepan dengan orang yang takkan faham kenapa aku sangat into outdoor. Most of the time orang akan pandang serong bila tahu aku stay jauh dengan husband. Dan most of them akan ambil kesempatan. To them, its weird for woman to run alone. Hike alone. Dengan orang2 macam ni, kalau ada apa2 jadi, yang salah akan terletak kat dahi aku semata2 sebab aku perempuan.
Quote ayat penjenayah dari India, kata dia, kesalahan rogol tu bukan salah dia. Tapi salah perempuan sebab berada di tempat yang salah pada masa yang salah. Dan kesalaham bunuh pun bukan salah dia, sebab si perempuan sepatutnya tak melawan semasa proses rogol terjadi.
So u see.. semua salah perempuan. Sebab, siapa suruh kau lahir sebagai perempuan kan.
Haih.
I need a hero. My protector. Yang boleh kuatkan semangat ni dan lindung diri ni dari diperlekehkan orang.
Harap ada kekosongan kat Branch Melaka. Doakan aku dapat transfer cepat2 ya kengkawan. Please. Doakan family kecik ni dapat rasa nikmat berkeluarga macam family lain :)
Note:
Discuss dengan Mamoru tentang plan nak transfer ke Melaka. And my willingness to forget outdoor. Dia cakap, tak perlu lah sampai lupakan outdoor. Kata Mamoru, its ok kalau nak pegi KL (bila dah pindah Melaka) untuk join running event. Hes very supportive kan..
Friday, March 20, 2015
Thursday, March 19, 2015
Break
So sorry to those yang keep on refreshing this blog for my Tahan 2D1N via Merapoh - Kuala Tahan trip recently.
Still havent draft anything about the trip yet.
Apology.
Im taking a break for a while. In search of strength (for writing blog? well maybe).
Tuesday, March 17, 2015
Movie date
Throwback last weekend.
Movie night dengan Mamoru. Layan cerita Wild. Takde lah best sangat.. but janji tengok movie.
Lately kalau boleh, hari2 nak tengok movie.
Piknik kat Hulu Langat
Cerita weekend.
Sepatutnya weekend aritu aku join the rest of the siblings pergi Teluk Senangin 3 hari 2 malam. Santai tepi pantai.. BBQ.. seafood..
Tapi tak boleh ambik cuti buat sementara. Ada event kat ofis. Tak boleh escape. So, bawa kiddos ke Sungai Congkak je la...
Tak mandi pun. Kiddos prefer layan toys & ipad dari mandi sungai, boleh? Kids nowadays.. haih.
Monday, March 16, 2015
Bila janji tak ditepati
Pecah rasa hati bila tak dapat tepati janji nak ambil Ariff & Amarr dari sekolah petang tadi..
Dan bila Ariff mention tentang ni malam nanti, sure rasa bersalah ni jadi lebih parah.
:(
Saturday, March 14, 2015
Thursday, March 12, 2015
Allergic reaction
Doctor said, I developed severe allergic reaction to leach bites.
Still couldn't believe how on earth pacat can cause this type of allergy. This is not the first I've been bitten by pacat. More than decades kot pacat jadi teman tak mesra setiap kali aku pergi hiking. So why now?
Doktor pun tak boleh bagi jawapan.
Ambil sampel darah.
Bagi injection kancing gigi sampai 3 hari tak hilang rasa kebas kat bahu.
Dari hari Isnin kaki kiri bengkak macam gajah (ada 6 bekas gigitan). Aku pregnant pun tak pernah bengkak kaki camni.. ahaha. Tak sakit pun. Boleh jalan dan berlari macam biasa. Cuma bengkak he lah.
Tapi hari ni dah ok. Kaki dah kurus macam biasa.
Conclusion: aku still doubt dengan doktor punya teori. Coz result blood test clear. Tak mungkin allergy. Tapi aku tak cukup ilmu lagi nak create new teori.. huhu.
Tuesday, March 10, 2015
Trip hardcore Tahan 2D1N via Merapoh - Kuala Tahan Success
Friday, March 06, 2015
Ready for Gunung Tahan Ultra
Dah siap packing. Berat beg 4.65kg. Berat ration air je dah 1.85kg. Hampir separuh dari jumlah berat keseluruhan beg.
Boleh je nak kurangkan air sebab sepanjang trek menuju ke puncak gunung Tahan ada banyak punca air. Tapi aku malasssss nak berhenti dan refill. Biar sampai puncak baru top-up air.
Untuk trip ni, aku pikul ration & shelter sendiri. Dani & sorang lagi peserta Chinese dari Melaka pun bawak equipment sendiri. Yang lain2 prefer sharing untuk jimatkan space & ringankan beg. Jumlah peserta 9 orang termasuk guide.
So this is it. Another keje gila untuk tahun ni : Gunung Tahan Ultra 2D1N via Merapoh - Kuala Tahan.
Hari ni kami bertolak ke Merapoh (naik van). Sabtu pukul 5.30 pagi baru start hiking. Dijangka keluar dari hutan hari Ahad pukul 7.00 malam.
Semoga kami semua selamat dan trip ni success!
Note: Thank you Mamoru for ur never ending support and love. I'm so grateful having u & kiddos in my life. Wait for me! I love u, so much! xo!
Thursday, March 05, 2015
Kiddos pasang khemah
Semalam masa test DIY emergency tent, aku ajar Ariff & Amarr pasang khemah solo Eureaka Spitfire 1.
Ekceli saja nak alih perhatian diaorang berdua sementara aku working on khemah DIY.
Kiddos hepi sangat dapat main dalam khemah. Siap suruh buat campfire okay. Haih. Mana boleh bakar2 dalam kawasan apartment ni nakkk oii. Aku suruh kiddos nyalakan api style orang zaman batu. Gosok2 kat kayu... ahahaha. Mahap la anak..mummy tipu sunat.
Wednesday, March 04, 2015
Test emergency tent
Since hari ni cuti, ada banyak masa nak test outdoor gear untuk trip Tahan Ultra 2D1N.
Kovea spider stove
Petzl headlamp
Camelback water bladder
Salomon Sense3 shoes
Semua in good condition.
Pastu test DIY khemah dari emergency blanket. Aritu test atas simen ja. Abang Rashid suruh test on ground. Kebetulan angin kuat kat sini hari ni. Sesuai sangat la tu untuk tengok ketahanan khemah instant ni terhadap angin kuat.
Ada la dekat 3 jam aku biarkan khemah ni ditiup angin. Aku tak pasak stake kuat2 kat tanah. So far khemah nampak kuat. Sturdy. Angin kuat pun tak tercabut or terkoyak dari stake.
Kelemahan khemah ni bila kena tiup angin, dia berbunyi kuat. Macam bunyi plastik bila dikeronyok. Pada aku, bunyi dia tak mengganggu pun. Dah biasa tidur dalam keadaan yang lagi hazab dari ni.
Kalau hujan terlalu lebat, aku tak sure. Hujan biasa still standing lagi. Aku punya contigency plan, kalau hujan terlalu lebat sampai khemah nih tercabut, aku just guna untuk balut badan je lah. Yang penting, sebelum tidur, peralatan lain dah secure dalam plastik dan selamat dari kena air.
Rasanya tak sempat nak tidur dengan lena malam tu. Sebab sampai campsite Teku maybe dalam pukul 7.00pm atau 8.00pm. Nak prepare dinner, nak set up shelter dah pukul berapa kan.. Pastu pukul 4.00am kena bangun. 5.00 pagi dah sambung hiking. Berapa jam je tidur?
Abang Rashid ada offer share fly & ration dengan dia (ground bawak sendiri). Tapi, aku confident dengan aku punya DIY tent. Dan aku prefer bawak ration sendiri. InsyaAllah, I can do this. All I need is doa dan support dari korang especially, Mamoru & my family :)