Thursday, March 31, 2016
Rindu si dia nun di sana
Bercinta selalu gelisah
Terbayang kenangan yang manis
Terasa kau ada bersama
22 tahun mengejar gunung.
Dari umur 15 tahun sampai umur 37
Dari penakut sampai boleh hiking sorang2
Masih tak boleh tinggalkan dan sentiasa terkenang
Masih rindu
Masih ingin pergi selalu
Selagi daya, ingin peluk satu persatu
Soon.. akan pergi lagi.
Tambah cinta..
Tambah kenangan..
Tambah ilmu..
Aku rindu kamu!
Pada mu hai si jantung hati
Dalam tidur ku termimpi-mimpi
Selagi kita berjauhan
Hati rindu tiada tertahan
Babai March
Before meeting. Boleh senyum2. Boleh selfie. Pagi lagi. Sejuk.
Tengah meeting. Semua macam nak hentak meja, hampir nak baling paper. Tak puas hati. Panas.
Lepas meeting. Eh, tengahari kang jom gi lunch kat KLCC. Makan special sikit. Memasing da dapat bonus kan..
Lupa sekejap gaduh pasal apa tadi.
:)
Tuesday, March 29, 2016
Buat yang terbaik
Sejak pregnant aku asyik kosentret nak transfer ke Melaka je. Tapi tak tahu kenapa berat sangat rezeki nak pindah sana.
Branch kat Melaka boleh kira dengan jari. Rata2 staff kat sana semua dah settle down. Nak tunggu vacancy kena tunggu orang bersara la. Which is macam tunggu buah tak gugur.
Mungkin belum masa untuk aku balik Melaka kut. Memandangkan sekarang dah hampir habis first quarter tahun 2016, aku kena redha rezeki aku masih kat KL.
Untuk itu, aku kena ubah strategy baru. Kena stop berharap untuk sesuatu yang tak pasti (transfer Melaka)
Its time untuk upgrade KPI aku kat HQ ni. Time untuk excel.
Monday, March 28, 2016
Aura positif
Isnin yang bergaya.
Jumaat lepas balik lambat sebab siapkan keje kat ofis. Hari ni dapat compliment dari boss. Rasa best sangat. Buat keje dengan senyum penuh sampai telinga.
Hari ni juga production susu agak luar biasa. Syukur sangat. Rasa makin confident untuk terus aktif berlari sebab tak affect breastfeeding. Yang penting, lepas lari kena make sure minum air banyak2 dan makan banyak2.
Weekend ni ada race lagi. Tak sabar!
Sunday, March 27, 2016
Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu - Siti Fairuz
Tanpa ku sedar aku tersebut namamu
Mengapakah hanya dengan tiba-tiba
Aku pun menjadi rindu
Dan wajahmu ku terbayang
Adakah engkau pun begitu merindu
Bila ku rindu aku tersebut namamu
Bila ku resah ingin rasa ku bertemu
Aku jadi tak menentu
menunggu kehadiranmu
Mengapakah lama hilang tanpa berita
Apa khabarmu di sana kekasihku
Semoga engkau tak lupa padaku
Jangan biar ku merindu
Jangan biar ku tertunggu
Sepinya di hatiku menunggumu
Bila ku rindu aku tersebut namamu
Di dalam mimpi aku dibelai olehmu
Indah sungguh percintaan
Indahnya berkasih sayang
Betapa aku merindu kepadamu
Supermak yang bersemangat
Saturday, March 26, 2016
First comeback race tahun ni
My first race in this year! First race after c-section delivery. And its a trail race. 12km. Tak agak2.
Highlander Bukit Kutu 12km. Best organizer! Definitely going to register for their 2nd Highlander series :)
Aku drive all alone dari KL ke KKB. Drive macam onggiler sebab bangun lambat. Start lari pun lambat. Orang dah 17 minit lari, aku baru hegeh2 nak park keta kat Kg Pertak.
Nyaris aku nak give up tanak lari sebab takutt. Aku dah la 2 bulan tak training. Baru baik demam lak tu.
Tapi semangat pagi tadi memang luar biasa tau. Mood pun happy sangat. Hepi dapat "me time".
Honestly aku tak tau performance badan macam mana. Belasah je lari. Agak2 tak larat kang DNF je lah. Apa susah kan kan kan.
Starting point start kat Balai Raya Kg Pertak. Pastu lari ke trail Lata Medang & patah balik ke simpang trail Bukit Kutu.
Sampai kat trail Lata Medang, semua orang dah start buat u-turn. Aku still last person masa kat sini. Tapi tak rasa tertekan pun sebab semua yang nampak aku kasi aku semangat. Happy!
Bila start masuk trail Bukit Kutu, aku dengan happynya pintas sorang demi sorang. Sampai kat kawasan Batu Besar, aku dah take over more than half of the participants. Double happy.
Masa lari turun Bukit Kutu, aku rasa enjoy sangat. In fact aku cheer semua orang yang aku jumpa.
Dah lama tak rasa camni. Enjoy buat xtvt yang aku suka!
Bila sampai finishing, orang kat registration counter tu terkejut tengok aku. Last person lari tapi manage habiskan race awal. Aku pun suprise aku boleh buat camtu. Finish strong & injury free. Maybe sebab aku dah biasa dengan trail kat situ kot.
I didn't win tho. Sokay. Pasnih kena training. Baru boleh podium.. haha.
Special thanks to Mamoru sebab bagi peluang untuk aku terus berlari & offer diri jaga kiddos & baby. Mamoru pandai handle EBM okay! Impressed.
Habis event, masuk dalam keta terus pump susu. Tetek bengkak uols.. haha. 5 jam tak pump.. tskk
Im so happy today! Happy dapat lari. Happy jumpa kawan lari. Miss them so much!
Friday, March 25, 2016
Susu merudum last two weeks
Dapat message dari whatapps group Taska tempat aku hantar Aleesya.
Note: aku hantar Aleesya kat 2 tempat. Sama ada hantar kat Taska area rumah atau hantar kat child care ofis. Depends pada masa & stock susu EBM. Dedua tempat pun aku bayar even hantar atau tak. See.. betapa komitednya aku nak breastfeed Aleesya.
Last two weeks kesihatan aku tak berapa ok sangat. Last week lagi disaster sampai kena masuk air dalam badan. Memang struggle sangat nak maintain direct breastfeed & stok EBM taim demam.
Tapi biasalah. Orang bukan kisah susah payah, jerih perih nak bagi anak susu badan. Pada orang, buat apa nak susah2, susu formula berlambak katanya. Toksah nak tunjuk ibu mithali sangat lah..
Dalam keadaan badan tak sihat, susu merudum, stok EBM habis, terpaksa ulang alik ofis ke taska hari2 taim lunch hour semata nak bekalkan anak EBM. Sanggup ok. Sanggup!
Penat. Stress. Semua tu tayah cakap lah. Bab berkoyan air mata mengalir pun tak payah cerita.
Tapi, bila orang kasi remark camni.. siap whatapps kat group, hancur hati aku beb. Malu, sedih, marah, kecik hati semua ada.
Laju je air mata ni turun.
Call Mamoru. Nangis2 mengadu. Mamoru pun ada dlm group tu. Dia text owner taska. Tegur supaya jangan text kat public isu sensitif macam tu. Terpujuk sikit hati ni bila Mamoru backup aku.
Balik semalam nak amik Aleesya, owner tu takda kat Taska. Maybe dia segan nak jumpa aku. Tak apa, aku tak marah. Aku dah maafkan.
10 hari lagi Aleesya genap 5 bulan. Lima bulan journey breastfeeding ni. Hazab dia Tuhan je yang tau. Tapi aku takkan mengalah. Demi Aleesya. Demi tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Semoga dipermudahkan usaha nan satu ni
Thursday, March 24, 2016
Genap 20 tahun
Alfatihah buat arwah ibu. Semalam genap 20 tahun arwah meninggalkan dunia ni.
Arwah ibu meninggal pada pagi Jumaat. Umur arwah masa tu 38 tahun. Umur aku masa tu 17 tahun.
Alfatihah juga buat arwah ibu mertua yang aku & Mamoru tak pernah kenal. Tak sure arwah meninggal umur berapa. Muda lagi rasanya. Sebab masa dia meninggal, Mamoru baru berusia 6 tahun.
Semoga kedua2nya ditempatkan di syurga Firdausi..
Amin.
Wednesday, March 23, 2016
Bersyukur
1. Atas rezeki harta.
Murah rezeki anak2. Malam tadi dah celebrate satu family. Ariff & Amarr request toys. Weekend ni, lepas habis event, nak bawa kiddos pegi Toys R Us. Pilih sendiri toy yang berkenan. Aleesya? Mommy pilihkan set barang kemas. Bling2 macam anak Che Ta.. hihi. Mamoru? Hm.. birthday dia dah dekat.. nak kasi apa eh?
2. Atas rezeki kesihatan
Alhamdullilah. Setelah seminggu aku & kiddos terlantar hina kedemaman. Sekarang masing2 dah sihat macam biasa. Dasyat betul penangan demam awal tahun kali ni. Paling hazab aku rasa sebab dalam masa yang sama nak breastfeed Aleesya. Tak larat macam mana pun tak boleh skip tugas yang satu ni. Now alhamdullilah. Dah boleh kiss & gomol Aleesya semula. Dan syukur antibodi Aleesya & Mamoru maintain kuat. Semoga semua orang2 yang aku sayang terus sihat2 dan dilindungiNya.
Tuesday, March 22, 2016
Dendam Terlerai
Jauh masih aku di perjalanan
Kasih perasaan merantai diri
Kian menyepi tiada berita
Terasa bagai angin sentuhannya menusuk
Demi cinta yang tak mampu terlupa
Badai percintaan hadir di sini
Pahit derita walaupun berbisa
Ku pasti sambut mesra
Jika engkau jejaki diriku
Haruskah aku lalui
Dalam dendam yang menghiris
Adakah bayangnya menggamitku kembali
Haruskah aku tempuhi
Dalam dendam yang menghiris
Adakah bayangnya menggamitku kembali
Biar diri menunggu
Mengharung sisa hidupku
Biar diri menunggu
Bersama sisa menanti
Moga kesempatan ini
Menjadi dendam terlerai
First race ini tahun
Suka!
Baju cantik!
Suka! Suka!
Hm.. nak lari ka ta mau? Macam malas pun ada. Demam baru kebah. Training pulak ke Utopia. Tapi, ramai pulak geng yang aku kenal join race ni.. tsk tsk. Lari je lah. Larian kepit sambil maintain ayu. Gittew. Lepas lari boleh main masak2 megi sambil berendam tepi sungai.
Boleh gossipping sekali.. kan kan kan.
Monday, March 21, 2016
Hanya pada-Mu
La ilaha illa Anta Subhanaka inni kuntu minaz-zalimin.
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْن
Hanya pada-Mu tempat ku berserah.
Permudahkan lah wahai Tuhan yang maha Pemurah.
Friday, March 18, 2016
Thursday, March 17, 2016
Teringin...
Nak makan durian belanda.
Nak yang lembik2..
Rasa macam boleh habiskan sebiji terus.
Demam tak surut.. tekak pulak macam2..
Mana nak cari :(
Uwaa..
Tengahari tadi defrost kan rusuk lembu. Nak buat sup. Sudahnya sampai ke petang tulang tu dalam sink.
Terlantar hina je arini.
Aleesya pula good girl sangat. Dia bantai tido 4 jam straight. Dia kasi can mommy rehat puas2. Syukur sangat. Sebab aku nak dukung dia pun tak larat sangat ni..
Macam kena mc lagi je esok..
Haih.
Demam II
Setelah tiga hari berlagak kuat, pegi ofis dalam keadaan demam.
Supermak tewas juga akhirnya.
Balik keje semalam terkandas kat parking ofis dengan Aleesya. Tak larat nak drive balik umah.
Badan panas menggila. Tapi sejuk menggigil macam apa je.
Call Mamoru. Dia pun stuck dalam jem kat Kerinchi Link. Mamoru suruh tunggu dia datang. Aku cakap takpe. Aku nap sekejap. Kot2 pastu badan rasa ok, baru aku drive balik.
Sejam pertama Aleesya ok lagi dalam keta. Main2 sendiri. Masuk sejam berikutnya, dia dah start cranky. Mana taknya, biasa tu setengah jam je dah sampai umah. Ni dua jam duduk dalam keta tak bergerak2.
Tahan telinga je dengar Aleesya nangis. Nak pujuk, suara aku pun takde. Nak nangis sama, air mata rasa kering sebab panas sangat.. huhu
Sampai rumah, Mamoru tunggu kat parking. Amik Aleesya & barang2 semua.
Masuk je bilik, terus masuk dalam selimut. Badan panas, tapi sejuk macam dalam ais. Pakai dua helai selimut pun still gigil2.
Mamoru buatkan air panas. Potongkan epal (tak lalu makan benda lain selain epal). Pastu telan panadol dua biji.
Terjaga tengah malam pulak badan rasa panas sangat. Panas sampai terpaksa buka semua baju. Tinggai suar kecik je. Selimut pun campak tepi.
Mamoru basahkan badan aku dengan air sampai bantal & tilam pun basah sekali. Rasa macam tidur atas air.
Almost pukul 1 pagi baru hilang semua azab. Suhu badan normal semula. Takde rasa panas or sejuk lagi.
Syukur sangat sebab sepanjang malam tadi Aleesya tidur je. Di tau kut mommy dia tak sihat.
Hari ni aku MC. Tak berani nak paksa diri pi ofis. Takut jadi macam semalam :(
Note: Ariff & Amarr still on off demam. Aleesya & Mamoru masih bertahan. Can't afford kalau both of them demam sekali.
Amarr
Teacher Amarr share gambar ni kat WhatsApp.
Suka tengok Amarr happy. Lately jarang upload gambar Amarr & Ariff.
Kiddos tak suka bergambar. Kalau suruh bergambar kang, memasing buat pose pelik2. Haih.
Taim kecil2 ni je aku boleh upload gambar. Diaorang dah meningkat remaja sok, aku tak leh nak upload sesuka hati. Diaorang pun nak privacy kan..
Tuesday, March 15, 2016
Demam
Macam budak kecik aku menangis atas pangku Mamoru sebab tak dapat tengok adik aku nikah. Nak buat macam mana.. anak2 semua tak sihat.
Amarr demam panas dari hari Khamis (again). Berjangkit pulak kat Ariff.. dan finally supermak pun demam sama. Hari ni hari kelima masing2 demam. Panas je badan sepanjang masa. Bagi ubat makan & ubat masuk montot pun still panas. Kena basahkan badan & monitor suhu sepanjang masa.
Haih.
Setakat ni Aleesya & Mamoru je masih bertahan. Harap antibodi Aleesya & Mamoru kuat.
Demam pun takde makna boleh manja2 or nak cuti rehat untuk supermak. Kena pi keje gak. Keje melambak. Takda orang relief.
Semalam Mamoru amik cuti untuk jaga Ariff & Amarr kat umah. Aleesya kena hantar pi taska (tanak berjangkit).
Rasa nak nangis je buat keje dalam keadaan tak sihat. Badan panas kat luar tapi kat dalam sejuk sampai gigil2. Nak baca satu email pun amik masa setengah jam.
Pump susu pun gigil2. Tapi syukur sangat sebab stok susu macam biasa. Tak berkurang.
Semalam jugak first time period. First time lepas lahirkan Aleesya. Mood kelaut kedarat semua ada
*Nangis kuat2 dalam hati*
Saturday, March 12, 2016
Share untuk semua
Kat FB dah share. Kat sini pun rasa nak share jugak :)
Suka tengok lelaki gi masjid.
Suka suami gi masjid.
Suka bila anak2 ikut suami gi masjid.
Lebih suka bila suami ajak gi masjid sama2.
Cinta!
Note: Ramadhan tahun ni jatuh pada birthday Ariff 6/6/2016 :)
Friday, March 11, 2016
Thursday, March 10, 2016
Pilihan
Its all about making choices.
Breastfeed atau tanak breastfeed, kita yang buat pilihan.
Nak hidup tenang atau miserable hari2, itu pun pilihan.
Nak jadi kaya atau miskin pun pilihan.
Cuma setiap pilihan kena ada usaha. Dan setiap pilihan juga ada consequences nya :)
Pilihan saya adalah.. untuk teruskan breastfeed, untuk hidup tenang & untuk kaya? Hamboi.. haha. Tak salahkan pasang cita2
Peace. Love. Run? I pilih Hike, boleh?
Again, its about choices
*senyum*
Wednesday, March 09, 2016
Daniel Bedingfield - If You're Not The One
If you’re not the one then why does my soul feel glad today?
If you’re not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all
I'll never know what the future brings
But I know you're here with me now
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with
I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?
If I don’t need you then why am I crying on my bed?
If I don’t need you then why does your name resound in my head?
If you’re not for me then why does this distance maim my life?
If you’re not for me then why do I dream of you as my wife?
I don’t know why you’re so far away
But I know that this much is true
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I pray in you’re the one I build my home with
I hope I love you all my life
I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?
‘Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
‘Cause I love you, whether it’s wrong or right
And though I can’t be with you tonight
You know my heart is by your side
I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I could stay in your arms
Tuesday, March 08, 2016
Monday, March 07, 2016
Kelam kabut
Ntah bila tak kelam kabut pun tataw.
Mamoru kat Melaka hari ni.
Ultramak kena take over.
Ingatkan semua perfect. Boleh pulak lupa bawak sebelah botol pump.
Uwaaa..
Lambat la proses pumping arini. Pump sebelah. 10 mins. Masukkan dalam storage bag. Pastu pump lagi sebelah. Ulang proses yang sama..
Uwaaa... ambil masa keje lebih hari ni :(
Note: My Ariff first time amik exam (sekolah agama) minggu ni. Aku pulak yang rasa excited. Tak sabar nak dengar komen dia petang ni :)