Saturday, November 30, 2019

Ghost 12

We meet again Ghost! 

Ran my first full marathon with Ghost 5 back in 2014. Been loyal to this series until Ghost 9. Pastu changed to Transcend & Launch (from the same brand : Brooks). Got both for free (Trancend, from winning the Kuantan Marathon in 2017 and Launch from Brook's giveaway)

Then I started experimenting with other brands (Asics & Nike) before decided to go back to Ghost series again. 

Cant wait to run with my new Ghost 12 next week!


Sunday, November 24, 2019

Putrajaya Night Marathon 2019

Did my LSD kat Putrajaya Night Marathon last night. 

Sebab plan nak LSD, so I didnt prep my meals properly. Almost seharian tak makan sebab busy mengemas & prep untuk celebrate birthday Amarr the next morning. Disebabkan party buat pukul 7.30 pagi kat swimming pool maka, kena make sure kek, makanan & deco siap sehari awal.

So, pukul 6.30 petang baru teringat makan. Race start pukul 8.30 malam. Biasanya, alu akan avoid makan heavy meals 3 atau 4 jam sebelum berlari, tapi petang semalam aku makan  sejam sebelum race starr. Memang mendapat la kan...

Masa buat warm up dah start rasa tak selesa. Makanan dalam perut tak sempat hadam. Tapi aku tak hiraukan sebab nak LSD je, bukan nak race. Target pun just nak habiskan race dalam 2 jam camtu.

Plan asal nak buat easy run untuk first 11km, then increase pace few seconds untuk remaining 10km. Konon nak habiskan larian dalam masa 2:05. 

Tapi bila masuk 11km, perut tak bagi kerjasama.

Kat 15km, perut start mengeras sampai terpaksa berjalan. .Both side leher rasa strained dan badan start seram sejuk. Totally berjalan je dari sini sampai finishing.

Ada lah 3 kali aku muntah air sepanjang berjalan ke finishing. Tak boleh minum air langsung. Asal masuk je terus keluar. Pasrah.

First time buat 21km dalam masa 3 jam! Record masa terlama untuk habiskan half marathon.

Anyway, I still had a great time running PNM. Next year boleh join lagi 😘
See.. pace dah cantik sampai 15km. Pastu berjalan je sampai finishing. 

Thursday, November 14, 2019

Bursa Bull Charge 2019

Tak plan pun nak lari event ni sebab work schedule terlalu padat. Did i mentioned cuti for November kena freeze sebab tetiba kena takeover project orang lain? 😓

Dua hari lepas dapat text dari Edy. Dia tanya kalau aku nak ganti sorang elite runner Maybank untuk 5km Bursa Bull Charge 2019. Mula2 macam tanak sebab keje tengah banyak. Event pulak time weekdays. Memang susah nak skip keje.

Tapi bila fikir balik, lantak lah. Sebulan tak dapat amik cuti, stress kut. So, better join event ni. Boleh release stress keje.

Panas ya amatt tadi. Lari pukul 2.00 petang. Matahari pulak kemain bersinar². Tahun lepas lari event ni masa lepas hujan. Sejuk lah sikit. So bertabah je lah dengan cuaca panas tahun ni.

Ni first run lepas event Matra minggu lepas. 3 hari cuti lari, tetiba kena race lagi.. hihi. Takda recovery run langsung 😅

Berjaya habiskan larian 5km dalam 26:50. Ok lah kan. Laju² nak pi mana 😁



Tuesday, November 12, 2019

December, please hurry

Cepatlah habis November. 
Cepatlah habis projek ni.
Dah berapa hari balik rumah lambat.
Kerja macam tak ada esok.

😭😭😭

Merajuk dah Ariff.
Lambat reply text dia.
Sebab leka buat keje.
Dia nak inform pasal result kelas dia.
Tapi mummy asyik busy busy

😭😭😭

Monday, November 11, 2019

Melaka Ultra 2019 at Tanjung Bidara

First time dapat peluang berlari di kampung sendiri. Mind you, ini adalah jarak paling jauh yang pernah aku lari dalam tahun ni selepas diagnosed osteoarthritis knee, okay.

Tak dapat nak gambarkan perasaan teruja bila dapat berlari kampung sendiri. Route 30km ni tempat aku bermain masa kanak2 lagi.

10km pertama lari dalam cuaca panas (walaupun flagg off pukul 1.30 pagi)
2km seterusnya lari melawan angin ribut tepi pantai (headwind)
8km selepas tu berlari dalam hujan lebat menggila
2km lagi ditemani kilat dan petir
8km terakhir barulah tenang sikit tapi baju semua dah kuyup 😁

Dan tak sangka dapat placing no.2! Alhamdullilah.

Lutut rasa ok. Event lepas lari pun masih boleh catwalk 😊 bukan crabwalk tau 😁

Tapi still, tak berani nak lari full marathon lagi. Tengoklah, kalau selected untuk Berlin tahun depan, maybe itu akan jadi target race. Itupun, kalau terpilih, kalau tak, maintain short distance je. 



Thursday, November 07, 2019

Garmin Marathon 2019 at Cyberjaya

Last weekend punya cerita.

Joined Garmin event under 10km category. Mind you, this was my first race after Gold Coast in July 😁

Race started pukul 7 pagi. Dah panas lah. Kat Cyber / Putrajaya, kalau race start pukul 7 pagi memang terasa hazab. Kat sana bukan banyak pokok kan. Bertabah je tau. Sendiri yang sign up. Next time, kalau nak join race, kena tengok flag off time. Jangan register kalau race tu start time matahari dah keluar.

I did ok lah for my come back run at Garmin. 58min 59 secs for 10km. Cuma agak dehydrated coz aku kurang minum air. Lately memang aku susah nak minum air. Sebotol 500ml sehari pun susah tau. Haish.


Rank 11th in my category. Not bad for a come back run kan kan kan 😁😁😁