Tak dapat nak gambarkan perasaan teruja bila dapat berlari kampung sendiri. Route 30km ni tempat aku bermain masa kanak2 lagi.
10km pertama lari dalam cuaca panas (walaupun flagg off pukul 1.30 pagi)
2km seterusnya lari melawan angin ribut tepi pantai (headwind)
8km selepas tu berlari dalam hujan lebat menggila
2km lagi ditemani kilat dan petir
8km terakhir barulah tenang sikit tapi baju semua dah kuyup 😁
Dan tak sangka dapat placing no.2! Alhamdullilah.
Lutut rasa ok. Event lepas lari pun masih boleh catwalk 😊 bukan crabwalk tau 😁
Tapi still, tak berani nak lari full marathon lagi. Tengoklah, kalau selected untuk Berlin tahun depan, maybe itu akan jadi target race. Itupun, kalau terpilih, kalau tak, maintain short distance je.
No comments:
Post a Comment