Friday, March 20, 2020

Blessed

Hari ketiga perintah kawalan pergerakan. 

Start Ahad ni, anggota tentera akan join anggota polis buat sekatan dan pantau pergerakkan penduduk seluruh Malaysia.

Macam ni agaknya orang² dulu hadapi zaman darurat. Dulu darurat sebab peperangan - melawan musuh. Sekarang, musuh adalah sejenis virus yang berbahaya - Covid19. Hampir satu dunia terkesan dengan penyakit ni.

Di saat ekonomi yang memang slow, tambah pula Covid19, lagi ramai hilang kerja, hilang punca pendapatan sebab gaji kena potong, diberi cuti tanpa gaji, bisness lumpuh, pergerakan terbatas, aku bersyukur kehadrat Allah swt atas segala rezeki yang diberikanNya. Terutamanya rezeki diberikan kesihatan yang baik pada diri sendiri dan orang² yang disayangi. 

 Alhamdulilah. 
Alhamdullilah.
Alhamdullilah.

Semoga tempoh cemas ni cepat² berlalu dan pulih seperti sediakala. Amin.

InsyaAllah, lepas habis tempoh sekatan nanti, ada rezeki baru menanti. Anak² dah tak sabar nak pindah rumah baru. Aku? Excited juga, cuma sedih nak tinggalkan rumah yang kami duduk sekarang ni. 12 tahun menyewa kat sini. Alhamdullilah, tuan rumah sangat baik. Kami pun bukan jenis suka pindah randah. Kalau dah menetap kat satu tempat tu, memang setia kat situ je lah. 

But life must goes on. Its time to move to our own house. No more renting. 

Since dapat peluang stay kat rumah untuk 2 minggu sebab Covid19, boleh lah guna sebaiknya untuk packing barang sikit². Banyak barang nak pack. 12 tahun punya barang. Memang penuh segenap sudut rumah. Rasanya 2 bulan pun belum tentu habis pack. Takpa lah slow². 



p/s: Looking at positive side, now actually is the perfect time to own a property. Harga rumah rendah (its not going to increase any time soon), dan BNM dah reduce the OPR rate twice this year - the second time was 2 weeks ago. Interest rate adalah sangat, I repeat SANGAT rendah. If you have been aiming or eyeing any property, make that move now! 😊

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...