Riuh FB tentang pengumuman total lockdown esok. Pemilihan ayat "total" lockdown tu membawa harapan yang takkan ada sebarang pergerakan langsung. Semua aktiviti akan terhenti.
Tak sure macam mana akan buat "total lockdown" kali ni. Harapnya, lebih baik dari PKP 1.0. Sebab masa PKP 1.0 pun perdana menteri ada mention, PKP 1.0 bukan lah total lockdown coz ia adalah kawalan pergerakkan. So harap bila PM sendiri cakap kali ni buat total lockdown, logiknya, lebih serius lah dari PKP 1.0 kan.
Kes harian covid di Malaysia dah jadi paling tinggi di seluruh dunia. No. 1. Semalam paling tinggi 8290 kes dengan lebih 50 - 60 mati setiap hari.
Paling sedih bila Kementerian Kesihatan merayu bantuan dari sukarelawan tapi KKM sendiri tak mampu untuk bayar gaji, tempat tinggal, kenderaan mahupun makanan kepada para sukarelawan. Sampai begitu kronik sekali situasi kali ni.
Give and take, kalau goverment betul² mahu hapuskan covid seperti PKP 1.0 dulu banyak aktiviti ekonomi mesti ditutup. Kilang, contruction, shopping kompleks yang bukan sektor penting mesti ditutup (aktiviti pembalakan pun sila tutup). Kalau betul ikut fasa yang dinyatakan dalam statement dari PM ni, total masa lockdown yang diambil antara sebulan setengah ke dua bulan. Dua bulan insyaAllah boleh beri impak yang sangat besar.
Harap kerajaan jangan gagal lagi kali ni. Rakyat dah muak.
PKP 2.0 & 3.0 yang gagal dan berterusan buat rakyat hilang sabar, kurang ajar & memberontak. Lihat je di FB, pengaruh netizen Malaysia baik positif atau negatif semuanya mahu bersuara. Kadang² yang disuarakan tu betul, kadang² tak & kadang² keterlaluan. Kalau Israel pun mereka boleh bersatu dan hentam sampai dapat perhatian dunia, artis / pemerintah yang langgar sop pun mereka boleh beramai² lobi sampai dikenakan tindakan, yang lain² apatah lagi.
Menakutkan sungguh netizen ni. Nak post apa² kat intenet pun takut. Takut jadi viral.
Apa pun tahniah buat rakyat dan pemerintah negara Brunei yang berjaya kekalkan zero covid kes dikalangan rakyat tempatan. Cemburu sebemarnya tengok mereka bebas travel dalam negeri, beraya, gathering tanpa pakai mask. Mereka bijak, tegas dan pantas dalam buat keputusan demi kesejahteraan bersama.
Kita? Semoga ada sinar untuk Malaysia sebab saya sayang Malaysia saya. Kita usaha sama² perangi wabak ni.
Kali ni. Sekali lagi. Sama²
No comments:
Post a Comment