Masih lagi menanti official update tentang "full lockdown" yang akan bermula esok hingga 14 june. Setakat apa yang dibaca di FB Majlis Keselamatan Negara, macam tak banyak beza je dengan SOP sedia ada. PKP 1.0 juga yang terbaik, nampaknya. PKP² selepas tu tak mampu langsung nak turunkan jumlah kes covid. Unless, semua orang dapat vaksin dengan segera.
Tak tau nak restock makanan apa untuk lockdown kali ni. Lagipun, banyak kedai keperluan yang masih beroperasi, jadi tak perlu risau. Kedai bawah rumah ni pun dah lebih dari cukup untuk bekalkan makanan untuk satu apartment.
Untuk adik² yang terkesan dengan PKP 3.0 ni, esp yang duduk di Kelantan, awal² lagi Along dah transfer siap² dalam akaun adik². Buat beli bekalan makanan dan keperluan sebelum lockdown esok. Dalam situasi macam ni, kena ambil tahu hal² orang terdekat dengan kita. Walau mereka tak meminta, tapi kita yang lebih tua, yang lebih dulu merasa susah, pasti faham struggle mereka. Nak bantu orang, kena lah bermula dari keluarga sendiri.
Semoga kita sama² tabah dah kuat menempuh pandemik ni. Doa sama² semuga panjang umur kita untuk berkumpul semula lepas ni.
Yang sulung
No comments:
Post a Comment