Wednesday, June 30, 2021

Aleesya

Mami cabut gigi, pipi bengkak tak boleh cakap. Aleesya takut dan menangis tengok gauze yang ada kesan darah dalam mulut mami. Daddy tutup pintu bilik dan tarik Aleesya duduk kat luar. 

Aleesya tanya daddy, "Is she gonna die?" Pastu dia pinjam henfon abang Ariff dan text mami, "I love you" banyak² 🥰 awwww..

#mymini #5years7months #sukamainemojiwhatapps



Note: Aleesya paling lama breastfeed. Sampai umur 6 tahun ni pun masih lagi, tapi mami allow time malam je. Itu pun just sekejap. Sekadar nak hilangkan rindu dia.

 

Sunday, June 27, 2021

Perginya seorang abang yang penyayang

Abang,
In life we loved you dearly. In death we love you still. In our hearts you hold a place, no one else will ever will. 
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


Kenangan. Gambar arwah abang (duduk) dengan arwah Ayah Klang

1977 - 2021

Abang tak pernah marah. Tak pernah.
Sampaikan salam buat ibu ya Abang. 

*******


Aleesya: Mami, can I ask you a question?
Me: Yes
Aleesya: Why did you cried  in the room just now? Your stomach hurt?
Me: Hmm.. (memula fikir nak go on dgn alasan sakit perut, tapi decide cerita perkara sebenar) I cried becoz my cousin passed away.
Aleesya: Passed away?
Me: He died.
Aleesya: Oohhhh.. why he died? His stomach hurt?
Me: No, he got a heart attack? His heart hurt so bad.
Aleeaya: His heart hurt? And he died??
Me: Yes.
Aleesya: Ooohhh nooo. We must take care of our heart. You need to drink a lot of water. Eat healty food. Drink water again. Dont worry, I will protect you mami. I dont want you to die.
Me: Err.. ok....
Aleesya: And dont watch sad movie, it will break your heart. I dont want you to get hurt or die.
Me: ???

Aleesya is right tho, some people do die broken hearted

#Aleesya #5Years7Months 



 

Gambar lama

Simpan sini. Gambar² lama masa kecik dulu

Gambar lepas grad. Gambar kecil masa tahun 2002. Keje salesgirl di pasaraya Uda Ocean (tepi lrt Pasar seni). Sekarang tempat tu dah jadi stesen MRT. Gambar sebelah tu tahun 2003, masa keje di Wisma E&C, Damansara Heights.

Yang ni Alumni UUM bagi thru email. Gambar kad matrik tahun 1999. Umur 20 tahun.

Gambar masa di rumah moyang. Baju kuning tu arwah Ibu. Tak sure tahun berapa, maybe 1982 or 1983

Dengan nenek 

Me, Sham & As

Sham masa baby 1981

Me di majlis perkahwinan pakngah dengan nenek & busu. Berlengas masa ni sebab sibuk menyuruk bawah meja, curi² makan lauk pengantin

Duduk, me, sham, as & yanie. Atas pangku, Qayyum. 

Me & Qayyum

Me & Amir. Masa ni tengah cuti semester (tengah belajar di UUM)

Me & sham



 

Thursday, June 24, 2021

Ramblings

Masih dalam PKP. Ntah bila lah nak kurang kes covid ni. Semalam jumlah kes lebih 5k. Orang² dalam Malaysia ni semua penyabar dan baik² walau terpaksa berkurung sejak 10 Mei aritu sampai sekarang. Kalau penduduk negara luar, agaknya dah ada yang memberontak. 

Semalam collect laptop dari opis. Dapat laptop baru dan access yang lebih baik dari sebelum ni. Alhamdullilah, semakin mudah untuk buat kerja dan innalillah semakin busy lah bekerja lepas ni 😅

Semalam hint Mamoru tentang cita² nak jadi suri rumah sepenuh masa. Siap reka akujanji untuk jadi surirumah yang berjaya. Mamoru ok je. Kalau aku dah ready nak let go kerja, dia boleh je jadi sole bread winner. Tapi tu lah.. bila dah dapat greenlight, aku pula yang goyang. Tak ready nak tinggalkan keje buat masa ni. Sebab dengan keje ni, aku mampu beri elaun mewah tiap² bulan kat ayah. Kalau tak keje nanti macam mana nak tolong ayah? Nak tolong adik² lain? 

Kita sabar dulu la noh. Tunggu 5 tahun lagi, baru fikir semula.



Compare gambar ori dan gambar Faceapp "young". Sebelah kiri, me in my 40s sebelah lagi me in 20s

Semalam lepas dentist check gigi untuk pasang braces, dia tanya, "you belajar lagi ke? Atau dah keje? Sebab lepas ni you kena datang sini selalu on weekdays".

Omg! Bila dapat soalan macam ni dikala umur mencecah 42, bahagianya rasa.. 🥰🥰


Thursday, June 17, 2021

Long Service Award

10 years long service awards (actually its already 12 years). But due to Covid, the ceremony was delayed. Thank you for the token of apreciation with my name engraved on it.

This is not without sweat and tears ya.
#999gold #8gm





 

Tuesday, June 15, 2021

Ramalan masa depan

Tak ada siapa yang boleh meramal apa akan jadi hari esok, apatah lagi masa depan. 

Hari ni ramai yang tak puas hati dengan pelan rangka basmi covid yang PM announce dalam tv.  Untuk sambung PKP sampai hujung tahun, rasa terlalu lama.

 Walau aku atau family terdekat tak terkesan dengan PKP dan sangat bersyukur dapat work from home, tapi, simpati pada mereka yang terkesan tetap ada. Rasa terpanggil untuk membantu. Cuma mampu bantu sekadarnya. Kita pun bukan orang ada-ada.

Terfikir, kalau berlarut ke PKP 4.0 tahun depan, tak mustahil bank pun boleh bungkus. Kalau ramai orang kena buang keje, tak mampu bayar loan rumah, kereta, personal loan, credit cards, deposit orang ramai pun berkurang - macam mana bank nak cari income? 

Bukan tak pernah jadi bank bungkus / merged. Contoh terdekat, Citibank yang dah announced untuk exit market from few countries including Malaysia a couple of months ago. Its happening. Lots.. lotsa people are losing jobs, losing customers, losing incomes. 

Dalam situasi macam ni, tak kira sama ada kita bekerja sendiri atau makan gaji, nasib kita sama kalau PKP tiada penghujungnya.

Ive been planning few backup plans in case things got worst. Tho agak mustahil untuk my current employer to stop operating or etc, I still feels the need to be prepared. I think all of us should too.

Hang in tough, Malaysian. 


Lotsa love

 

PKP disambung lagi hingga 28 Jun 2021

Dalam keadaan ekonomi negara rakyat yang genting, semua orang sentiasa risau apa akan jadi hari² seterusnya. PKP demi PKP dah tak mampu sekat bilangan orang yang dijangkiti. 

Kalau pun bilangan kes menurun, ia hanya sedikit dan sementara. Sebab govement tak tegas dalam usaha untuk banteras covid. Sekatan yang sepatutnya lebih ketat untuk PKP 3.0 semakin longgar. Hari ni je, boleh tengok berapa bilangan kedai yang tutup berbanding dengan yang buka. 

Now, hanya mampu berharap pada pemberian vaksin je lah untuk kurangkan kadar jangkitan. Tapi proses pemberian vaksin ni jelas terlalu lambat. Kalau lah goverment bagi peluang klinik dan hospital swasta untuk beli dan provide vaksin ni kan boleh jadi lebih cepat dan lebih ramai yang dapat vaksin. Golongan pertengahan  confirm laju pegi ambil vaksin dan even tak kisah kalau kena membayar dengan harga yang  lebih tinggi (demi nyawa sendiri dan orang tersayang kan). Goverment pula boleh focus pada golongan yang kurang berkemampuan.  Tapi tu lah.. goverment nak conquer semua. Tak nak ditolong.

Setakat semalam, 4.3% penduduk Malaysia fully vaccinated. Indon pun dah 4.3% juga tapi yang dapat 1st dose vaksin di Indon dah hampir sama dengan jumpah penduduk seluruh Malaysia. Hebat kan Indon. Jangan pandang mereka sebelah mata

Bertabah lah ye. Selagi semua 32 juta ++ rakyat kita tak divaksin, selagi tu lah kena bertahan dalam PKP yang merapik² ni.

Gambar dibawah sekadar hiasan















 

Thursday, June 10, 2021

Renovation rumah : Interior design

 

Done hantar amendment design yang aku nak kat Kak Z from Luqkissa. Susah nak discuss tentang interior design (ID) time² PKP ni. Tak boleh jumpa. Just boleh berhubung dengan call/whatapps. Ni hantar amendment pun guna whatapps je. Harap sangat tak ada misscommunications.

Tadi minta Kak Z provide breakdown quotation. Sebab dah tau confirm akan exceed budget. Yelah, aku bukan orang kaya boleh selamba keluar puluh² ribu untuk ID. (Nak DIY pula tak reti). Mamoru awal² dah advise berpada² spend untuk ID. 

Kak Z cakap, "Kalau exceed original budget, you ada option untuk adjust design within the budget BUT..  (dengar "but" yang tak sedap ni).. maybe less cosy and less quality"

Nope. That is not an option at all. Kita bukan selalu beli rumah. Tho this is not the first time we bought a house, but this is the FIRST time we ever get a chance to renovate our own house - the one that we plan to live/stay in it. So it have to be excatly how I'd imagined it. 

I told her, IF the budget exceeded, Im willing to forgo the renovation for all bedrooms (we have 4 bedrooms) and just focus on living room, bathrooms and wet kitchen area. The bedrooms can be done later by end of the year or early next year, since we are not so rushing to move out from our current rental house (so, boleh start saving from now for the 4 bedrooms 😅)






First 3D drawing for the living room

Received the 1st 3D draft for the house. ID suruh cek kalau ada apa² nak ammend. Ni lukisan 3D dari Luqkissa Home Furnishing.

Living room

Draft 3D living room by Luqkissa lepas masukkan konsep yang aku nak. Overall ok. Cuma langsir kena tukar warna beige dan kena tinggikan sampai siling. Wall nak offwhite. Downlight kuning tu ok, tapi better ada downlight putih juga. 

Tv area

This part ok. Cuma warna wainscotting wall tu sepatutnya putih. Or maybe wall ni putih tapi bila downlight kuning dia nampak macam warna cream? Kena check dengan ID. 

Furniture dalam gambar² ni also will be provided by Luqkissa - senang, one stop centre. But my choice of couch bukan yang ni. I want chesterfield design. Not this one.

Dining area

Grand mirror konsep ni not as per my earlier concept. I want full diamond mirror covered the whole wall. Not with square shaped mirror in between of it. 

Dan feature stone wall pun kena tukar. My choice was white ledge stone cladding wall. Dont want any dark color stone wall for the living room. 

Bathroom & bedroom punya drawing pun banyak nak kena amend. Tunggu second drawing pula.

Cant wait!

 

Wednesday, June 09, 2021

Selfcare

So-called-total-lockdown dah masuk hari ke 9. Lagi 5 hari akan tamat. Jumlah kes covid macam yoyo. Still tinggi. Tak ada tanda² covid akan berkurang apatah lagi tamat. PKP confirm akan dilanjutkan. Sampai bila, only God knows. 

Life dah sangat attune dengan keje. Bangun tidur buka email dulu sebelum solat atau mandi. Weekend dan public holiday pun sama.

Hari ni AL. Utilised cuti yang masih berbaki 28 hari untuk tahun ni. Itu pun pagi² tetap on laptop, cek email - dah macam habit 😅

Habiskan masa "me time" dengan dental appointment - scalling & teeth whittening. Next week ada appointment dental lagi - nak pakai braces pulak 😁😁. Itu je yang boleh buat pun. Nak buat hair treatment, salon tutup - bukan essential business kan. Kita service gigi je lah.